Tuesday, January 30, 2007

Arissa

Sesudah banjir

Sudah hampir 3 minggu aku tak update blog. Almaklumla aku pun dipindahkan walaupun rumah kami tak dinaiki air. Tempat pemindahan banjir punyala jauh sampai kat Hutan Percha(rumah in law aku). Sebabnya mudah saja, kalau tetiba banjir.. aku dan Arissa sudah ada tempar yang selesa, tak perlu duduk kat pusat pemindahan banjir seperti kat sekolah2..Selain dr tu, abah ngan mak mertua balik dr haji pada 17 Januari 2007. Jadi tinggal kejap kat hutan percha tu buat seminggu.

Bila banjir mula reda di Parit Raja ni, hubby bawa aku balik semula ke rumah kami. Bila dah balik rumah sendiri macam-macam perkara nak dibuat. maklumla dah tinggalkan rumah berminggu2. Banyak website a.k.a sawang yang bertebaran kat umah. Fuhhhhh...banyak keje kene buat, tapi tak siap2. Kalau nak buat house keeping kene tunggu Arissa tido. Dalam 2 hari ni ingat kalau Arissa tido nak la buat house keeping, tapi kita swkali yg tido ngan Arissa.

Arissa sekarang ni dah pandai meniarap ngan mengundur sebaik saja mak ngan abah mertua balik dari haji. Pada mulanya mak mertua aku punyala risau cucunya tak meniarap lagi. Akhirnya kitorang dapat tau kenapa Arissa tak mau meniarap, salah satunya dia asyik dipegang. Bibik Achik dia yg selalu dukong masa duk kat sini. Now Arissa plak yg rindu bibik dia, kalau waktu siang nak bg tido kene tidokan dia ngan kain bibik dia, baru dia tido.

Thursday, January 4, 2007

Tahun baru

Tahun 2006 dah melabuhkan tirai, Selamat tahun baru 2007. Pejam celik, pejam celik dah tambah lagi setahun. Dalam awal 2007 ni, harap2 apa yg tak tercapai masa 2006 tu nak completekan dulu. Rasa2nya masa terlalu cepat berlalu.

3 Jan baru2 ni my hubby's besday. heheheh...dah tambah dah umo dia sethn lagi.. Semperna besday dia kali ni tak de apa nak bagi cuma kasih sayang je ( cam cite ahmad albab tu)..nak buat camne skang ni keje pun tak de.. cerita sedih lak plak. Anyway hepi besday..

Aku dok kat parit raja ni nak masuk bulan ke 2. aktiviti hari2 cuma ngan Arissa ngan adik2 ipar. skang ni sem baru dah start, adik ipar aku Anis dah balik Unimas, Effa sepupu suami dah start sekolah, now tinggal achik. Nanti 17/1 ni achik pun balik kg, coz abah ngan mak dah balik dr haji, tinggalla aku ngan Arissa 2 beranak bila hubby pi keje. Wargghhh sunyinye rumah aku nanti.. leh mati kutu aku.

So far aku tengok jiran2 kat sini buat hal masing2 (may be sbb hujan yg melanda kat parit raja ni..heheh). Hmmm kalu kat sini ada persatuan surirumahtangga taman ni leh gak join, tak pun persatuan isteri2 staff Kuittho. Bila cakap pasal persatuan isteri2 staff ni teringat aku masa kecik2 dulu, mak aku join BAKAT, ala persatuan isteri2 tentera ni... aku selalu gak ikut mak pi perjumpaan. Bebalik pasal persatuan surirumah ni... kalau la ada ok gak dapat la kembangkan pikiran coz ada macam2 aktiviti.. tapi kalau aktiviti gosip2 ni bahayakan kesihatan. Kalau join persatuan ni, tak de la dunia aku ngan Arissa je. Nasib baik ada internet, leh gak la surf tgk info2 apa2 yg patut.