Thursday, February 22, 2007

Menu semalam

Ikan masak sambal hijau


Bergedil roti ikan (resepi ciptaan sendiri)


Masak sayur bening




Hari ni cam biasa aku masak utk lunch. Tapi tak tau apa nak masak. Kat peti ais ada ikan bawal, ikian kembong, ikan pelata, sayur sawi, gobis, cauliflower, carrot, tomato dan kacang buncis.

Hmmmm..so hari ni aku decided masak sambal ikan bawal. Isk.....kalau masak sambal asyik warna merah..so nak tukar lak warna hijau..heheh so aku gunakan cili hijau utk buat sambal..tapi tak pedas la. sayur lak aku masak sayur bening , makanan kegemaran my hubby.

Malam.... hmmm boring lak makan nasi..so aku buat roti sumbat begedil ikan, coselaw ngan nachois (kerepek ubi),minum lak milo sederhana pekat.

Kalau nak cuba sambal ikan bawal hijau;
bhn2nya...(ni aku buat utk makan 2 0rg..tp sayur kalau org biasa utk 4 org)

Bahan utk dikisar
1) 4 biji cili hijau
2)2 ulas bawang putih
3) 3 ulas bawang merah a.k.a bawang kecik.
bahan2 tu dikisar jgn terlalu hancur.

utk di goreng
2 ekor ikan bawal yang di lumur kunyit dan garam.

tidak lupa 1 biji tomato yg dipotong dadu.
minyak utk menggoreng dan menumis

Cara membuatnya:
1) Panaskan minyak, masukkan bahan2 yg dikisar sehingga garing a.k.a pecah minyaknya.
2) masukkan tomato yg dipotong dadu, garam, gula sedikit atau serbuk perisa (option)secukup rasa.
3)masukkan ikan yg telah digoreng.
4) angkat dan masukkan kedalam pinggan. kalau nak hias bolehlah dihias mengikut kreativiti masing2.
p/s: kalau nak lebih pedas leh masukkan cili padi.

Resepi sayur bening (ni masakan yg paling best dibuat sbbnya semuanya dicampur dan direbus)
1) 2 pokok sawi
2) 4 kelopak gobis
3) 1 biji kentang ( yg kecil)
4) sedikit su'un
5) 2 inchi carrot
6) sedikit cauliflower
7) 2 biji bawang merah a.k.a bawang kecik
8) 1 hirisan nipis halia
9) 1 ulas bawang putih.
10) kalau nak ada perisa leh letak ikan bilis.tapi my hubby x suka letak ikan bilis dlm sayur bening dia.
11) Hirisan cili masak.
12) daun sup a.k.a daun saderi

Cara2nya
Masukkan air sebanyak lebih kurang 700ml air ( kalau nak kuah lebih leh tambah lagi kalau nak kuah kurang leh kurangkan air rebusan)kedalam periuk. masukkan kentang yg dipotong nipis +bawang + halia + bawang putih + ikan bilis yg ditumbuk atau tak ditumbuk , rebus sampai kentang empuk.
Kemudian masukkan cauliflower, carrot, su'un,batang sawi, last sekali masukkan daun sawi. Masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali taburkan daun sup...
mudah je kan...tak payah nak tumis2...

So far aku amalkan makan sayur bening ni ngan ikan goreng dlm 3 bulan ni berat badan aku dah turun hampir 5kg selepas bersalin…

*nak ke Sg Petani sampai hari Selasa. Dapur kita akan bersama puan-puan pada minggu depan.

Tuesday, February 20, 2007

From Selayang with luv

Saja nak berkongsi gambar-gambar kenangan keluarga Selayang yang baru pertama kali melawat kami di parit raja. Banyak jugak aktiviti yang kami buat, antaranya makan di Restoran Bariani Power kat Taman Soga, jalan-jalan di Air Hitam (kedai pengantin - Odie survey barang), melawat gudang kerepek (sambil membeli), bakar satay dan main bowling di Summit.

Saturday, February 17, 2007

Dinner Asasi

Baru2 ni aku dpat e-mail dr. kawan aku Saz tentang dinner Asasi semperna 30 thn penubuhannya. Kalau korang nak tau ni la announcement dia :

Untuk makluman, Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Lama Asasi Sains (PLAS) akan menganjurkan Majlis Makan Malam Sambutan 30 Tahun Asasi Sains Universiti Malaya yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 20 April 2007
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Tun Razak 1, PWTC


Dengan ini amatlah dialu-alukan kesemua bekas pelajar asasi sains universiti malaya dari tahun 1977 hingga 2006 untuk sama-sama memeriahkan majlis makan malam ini.

Bayaran untuk majlis makan malam ini adalah seperti yang dilampirkan dan diharapkan agar saudara/i mengisi borang yang terlampir dan hantarkan beserta bayaran sebelum 28 Februari 2007.

Untuk maklumat lanjut saudara/i boleh menghubungi ahli jawatankuasa seperti yang terlampir.

Semoga dengan kehadiran saudara/i akan menyerikan lagi majlis ini.

Sekian, terima kasih.

p/s: Tolong forwardkan email ini kepada kawan2 yang dikenali. Kerjasama saudara/i amatlah diharapkan.


Yang benar,
Nik Masmiati bt Nik Pa
b/p Persatuan Pelajar Lama Asasi Sains
No.Tel: 012-2701470
Email: nmasmiati@yahoo.com


Kalau ikutkan hati mmg aku nk pegi dinner asasi tu leh la aku dapat jumpa kawan2 masa study asasi 12 thn yg lepas. pejam celik kejap je masa berlalu. Aku masih terasa masa belajar kat asasi kelas start kul 8.00pg till 5 ptg. Itu lah rutin aku setiap hari. Kalau member2 aku yg lain yg terrer english tu kelas dorang dlm seminggu cuma ada 3 kali je kelas sampai kul 5..itu pun sbb ada lab. Aku lak terlebih terror english kene la amik extra 6 jam seminggu utk kelas english.

Aku rasa untuk aku pergi dinner tu agak susah bila mengenangkan si kecil Arissa coz dia still breastfeed terutama bila nak tido malam. Kalau aku nak tinggalkan dia kat mak aku di selayang tu mmg boleh tapi bila dia nak menyusu tu yg problem sket. Nampak gayanya kene ajar dia tido tanpa menyusu...Hmmm kejam lak rasanya...
Heheheh... betul kata mak aku bila dah beranak semuanya pikir pasal anak..pasal diri sendiri dah jatuh no 2-3.

Friday, February 2, 2007

Tetamu datang

Hari Rabu baru-baru (31 Jan ) mak ngan abah mertua serta achik dtg menjenguk kami di parit raja buat 2 malam. Arissa pulak punyala seronok, maklumla nenek, atuk ngan bibik dia datang. She was very xcited bila jumpa ngan dorang tu. Semalam cuti Thaipussam, so hubby pun ada di rumah. Bila ada di rumah semalam, apa lagi kitorang menjalankan aktiviti menghapuskan sawang2 yg ada di rumah ni. aktiviti ni bukan sekadar kami suami isteri malah mak mertua ngan achik pun amik bghn sama gak.

Hmmm...pagi tadi lebih kurang kul 8.40pg tg, dorang pun berangkat balik ke hutan percha.

Hari ni Arissa cam lalok kesan ubat batuk yg diberi mlm td.Hari ni aku tak beri ubat batuk kat dia coz batuknya dah tak de. Cuma tak leh nak bergerak nanti kedengaran dia menangis cam kete tak leh nak start. Ntah2 bunyi tu agaknye terkenan masa aku keje dulu, asyik ngan kete cngdi yg masa tu baru boleh nak crank.

Bila cerita pasal cngdi...hmmmmm warghhhhh...tesis aku...

hmmmmmm...rindu lak kat mak ngan abah kat selayang,bila la dorang nak dtg kat sini..