Thursday, March 29, 2007

Teringin

Bila aku pegi dapur, kat dapur aku ni cuma ada dapur gas 2 tungku, peti sejuk, periuk, kuali penggelek tepung dan beberapa barang2 basic untuk memasak. Tapi dengan barang2 yg ada kat dapur tu bolehla aku memasak untuk suami tersayang.

Geram je bila tengok kat katalog2 yg org hantar kat depan rumah tu, tgk dapur dia punya la cun. Kabinate dapur berserta hood. Tapi bila pikir2 plak memandangkan suami aku akan menyambungkan pelajaran ntah kat mana2 maka tersekatla impian aku, terpaksa tunggu suami pergi study dulu pastu baru boleh nak upgrade dapur aku yg comel tu..

Tapikan bnyk benda yang aku berangan nak ..hubby pls take a note (heheheh..jgn mare..ala kite tak keje la. paham2 je la yek.)
1) renovate dapur aku, nak letak tiles dari lantai sampai ke syiling (bukannya apa kalau berminyak senang nak di lap)
2) Nak sinki yg macam umah mak tu, yg 3 sinki tu, pastu yg kat luar tmpat basuh baju tu nak letak dobi sink..sink yg dlm tu.
3)nak letak set kabinate dapur yg ada hood skali tu.
4) nak mixer yg stainles steel
5) set sudip pengacau, set beatter egg tu yg macam2 bentuk
6) oven
7) periuk kukus

Bila la agaknya aku nk dpt sume tu...hehehe..

Tuesday, March 27, 2007

Donut

Pagi semalam semasa aku meyusukan Arissa, tetiba Achik menanya resepi donut dan popia basah yg selalu aku buat. Kebiasaannya kalau aku membuat kuih Achik tengok macam tu je, ada juga aku panggil nak tunjuk kat dia cam mana nak buat donut ngan popia, tetapi dia tak berminat cuma tgk2 gitu je. So semalam dia mintak resepi kerana semasa mak mertua aku datang, Achik ada bgtau kat mak mertua aku yg dia nak terap donut tu saja tetapi bancuhannya mak mertua aku yg bancuh, tetapi mak mertua aku kata dia nak rasa Achik yg buat dr A-Z.

Setelah selesai menyalin resepi, dia menayakan kepada aku macam-macam. Sampai aku tak larat nak layan, so aku pun cakap, petang ni jugak Achik kene buat praktikal.. Heheheh..cam cikgu ERT (Ekonomi Rumah Tangga) lak aku ni. Maka petang semlam, Achik mengeluarkan bahan2 untuk membuat donat. Semasa sesi kelas membuat donat..suara aku menjadi tinggi kerana Achik seperti ragu2 menyukat bahan2. Semasa menyukat ramuan,


Achik : kakak, tepung ni cukup tak?
Aku dgn selamba menjawab,
Aku: Dlm resepi tu berapa yg nak, ko kira berapa?
Achik: 7 sudu besar tepung. Achik kira 7 sudu dah.
Aku: Camne?? sama tak ngan resepi tu??
Achik: sama.

habis cerita.

Semasa menerap,
Aku: tau tak camne nak ukur tebal tepung tu??
Achik: letak tgn atas tepung.
Aku: bukan
Achik: betul la..
Aku: kalau letak atas tgn atas tepung camne nak tau tebal dia, mungkin nipis mungkin tebal.
Achik: ??????
Aku: camni senang2 ambil tutup botol ni ukur sama tak tebal tepung tu ngan tinggi tutup botol tu.
Achik: kenapa nak guna tutup botol tu??
Aku: sbbnya tebal tepung tu yg nak diterap sama dgn tinggi tutup botol tu.
Sebenarnya aku saja bg tutup botol tu sbg "jig" utk menentukan tebal tepung tu.

Setelah selesai menerap tepung, dan dibiarkan tepung itu kembang, Achik menggoreng donut dan membuat minuman untuk minum petang.

Sebenarnya Achik tu mmg boleh buat kalu dia berkehendak, donut yg dibuat menjadi walaupun 1st try.

Heheh... sebenarnya semasa mengajar Achik tu, tak tau le aku menjadi kurang sabar. heheheeh panas baran aku mula menjadi. Hmmm.... agaknya mmg ditakdirkan aku tak boleh menjadi seorang guru, kerana kurang sabar...heheh. So semalam secara tak langsung aku "bercuti" menyediakan minum petang kerana Achik telah menyiapkannya.

Inilah hasil tangan Achik, donut sedap dimakan bersama air teh.

Monday, March 26, 2007

Hari Minggu Yang Sibuk

Pada hari Sabtu baru2 ni aku mengikut hubby pegi ke Mutiara Rini kat Johor Baharu. Hubby ke sana untuk menyelia projek student dia mengenai heat stress di kedai dobi untuk PSM student dia. Kebetulan pula di Mutiara Rini tu ada kawan semasa aku study di UM buat degree dulu, Azfa. Dia tu dulu ex-housemate masa sewa rumah kat vista angkasa.


Arissa dan mama semasa perjalanan pergi ke JB
Sebaik tiba di Mutiara Rini aku menelefon Azfa, menanyakan di mana lokasi rumahnya, sementara menunggu hubby melihat2 kerja studentnya di kedai dobi tu. Sesampainya kami di rumah Azfa, kami dijamu makan tengahhari. Kami dijamu, sup fishball +sayur, ayam gereng bertepung dan sweet sour ikan kembung besar. Selepas itu dalam pukul 4 petang kami pun beransur pulang. Kami bercadang selepas pergi ke rumah Azfa, kami ingin ke Danga Bay.
Makan tengah hari di rumah Azfa: Azfa dan anaknya Firdaus
Di dalam perjalanan ke Danga Bay, jalan terlalu sesak, maka aku dan hubby decided untuk tidak pergi ke Danga Bay memandangkan hari sudah petang, kerana kami tidak mahu sampai ke rumah pada waktu malam. Apabila sampai di depan rumah ada sebuah ketera honda city didepan rumah sebelah kami a.k.a rumah akmal dan ajzie. Rupa2nya mak dan ayah akmal datang kerumah tu untuk melihat2 keadaan rumah mereka. Akupun mengambil peluang untuk berkenal2an dgn orang tua Akmal. Oleh kerana waktu maghrib telah masuk, aku meminta mengundurkan diri untuk masuk ke rumah kami.

Arissa, mama, bibik dan nenek Alya ngan Ammar

Selepas solat maghrib, abah mertua aku menelefon kami, bertanyakan sama ada kami sudah sampai atau tidak. Rupa2nya abah dan mak mertua aku telah tiba di Ayer Hitam dalam perjalanan ke rumah kami kerana rindukan Arissa.
Keesokkan hari , aku menyiapkan sarapan donut dan hubby membeli nasi lemak di gerai belakang rumah kami. Selepas sarapan, aku dan hubby pergi ke pasar untuk membeli lauk untuk stok seminggu, lagipun hubby ada menjemput kawan2nya Bihah dan Owan suami isteri untuk makan tgh hari di rumah kami. Selepas lunch hubby dan achik menghantar Bihah ke stesen bas kat Ayer Hitam, ttp bas terlepas, dan Bihah terpaksa naik bas malam untuk balik ke KL. Kesian Bihah.
Selepas Asar, mak dan abah mertua pulang ke kampung. So rumah kami pun jd sunyi seperti sedia kala.
p/s: Azie: Boleh la tgk gambar kami ngan nenek Alya ngan Ammar untuk pengubat rindu...heheh

Wednesday, March 21, 2007

Menu lunch hari ini


Hmmm...dah tak tau nak masak apa. Bila hari2 masak tak tau nak masak apa. Lunch nak masak apa, minum petang nak buat apa, dinner nak buat apa....hmmm...pening gak dibuatnya. kat peti sejuk ada sayur gobes, gobis bunga, gobis panjang, sawi, carrot, batang saleri, putik jagung, tomato, serai, ayam, ikan, udang dan mee kuning.


Masih termenung didepan peti ais yg terbuka.. Dikotak pikiran aku, kalau nak masak kari, weekend baru2 ni dah makan kari kepala ikan. nak masak sambal..jemu, nak masak kicap pun jemu, tomyam , sup ayam,ungkerp...asyik masak tu je...Lalu aku tanya achik.


Aku: Achik, ari ni nak makan ape ye, akak dah tak tau nak masak apa.

Achik: Masak la apa-apa.

Aku: Sbb tak tau ni la akak tanya ko.

Achik: Akak achik tak mo makan nasi la tgh hari ni. jemu.

Aku: Abih ko nak makan ape?

Achik: Akak, mee ada tak?

Aku: Ada.

Achik: Akak kite makan mee goreng la.


Tetiba Arissa menangis nak menyusu.


Aku: Achik, sementara kakak menyusu Arissa, tolong potong ayam 1 ketul, sawi 2 pokok, bawang merah 2 ulas, bawang putih 1 ulas di tumbuk ye.


Selepas menyusukan Arissa, tgk macam tak menarik je rencah mee goreng aku ni, so aku tambah lagi 1 kelopak kobis ngan 1 hiris lobak..heheh meriah sikit.


so teng..teng..teng.. ni la dia mee goreng untuk lunch aku hari ni bersama achik.



Mee goreng bersama air oren sunkist

Thursday, March 15, 2007

Kemalangan yang dasyat.

Selasa-13 Mac 2007, aku membawa Arissa ke Klinik Kesihatan Parit Raja kat Parit Daun. Selalunya suami ku yg menghantar kami ke sana. Baru-baru ni hubby dah bawa kereta kancil ku ke Parit Raja. Maka pada petang Isnin itu aku telah membawa Arissa sendirian bersama kakcik ( aku yang pandu) tetapi aku tak bawa kereta kancilku kerana hubby bawa ke pejabat. Jadi aku membawa kereta hubby.

Semasa pergi ke klinik, aku melalui jln belakang (jln kampung yg sempit). Akhirnya kami sampai ke klinik dengan selamat. Di klinik pula Arissa diperiksa seperti biasa, ditimbang berat badannya dan ukuran panjang, tetapi tidak dicucuk seperti biasa. Setelah selesai, aku mengunggu achik pulak kerana batuk dan selsemanya tidak baik2 semenjak 2 minggu yg lepas. setelah selesai achik mengambil ubat di farmasi, kami pun balik.

Semasa kami dlm perjalanan pulang, aku mengambil keputusan untuk pergi ke pejabat pos untuk renew lesen memanduku. Dipersimpangan jalan keluar klinik, kereta dan lori bergerak dgn lajunya. Dalam pada mengunggu giliran untuk melintas jln, aku sempat bersembang dengan achik, sepanjang aku drive di kuala lumpur, aku tidak takut untuk memandu, kerana di KL, lori dan kenderaan berat ada waktu2 tertentu boleh melalui kawasan town. Dalam pada bercakap begitu dgn achik, kedengaran bunyi meletup, aku sangkakan ada kereta belakang yg melanggar kereta di belakang, rupa2nya ada kemalangan di depan mata kami. Kejadian itu aku rasakan dalam sekelip mata sahaja.

kemalangan melibatkan 2 buah kereta, 1 kereta iswara dan 1 kereta kancil tetapi mereka berlainan arah. Ini lah kali pertama aku tgk kemalangan yg dasyat, dimana kereta kancil itu remuk di depan dan dibelakang kereta, habis terburai isi kereta, yg aku nampak kusyen di kereta kancil itu tercampak kira2 5 kaki dari kereta kancil tersebut.

Yang ngerinya seorang bayi lelaki ( aku rasa kerana dia pakai baju biru), tercampak berada di bawah kereta iswara. Bayi tersebut berlumuran darah. Aku tidak dapat menahan rasa sedih melihat bayi itu, Cuba yg aku berdoa semoga bayi tersebut selamat dari sebarang kecederaan dalaman.

Aku meneruskan perjalanan ke Pekan Parit Raja, oleh kerana tersa menggigil lagi melihat kemalangan, aku tidak dapat mencari dimana pejabat pos, lalu aku meneruskan perjalanan pulang ke Taman Wira.

Sejurus sampai kerumah aku terus membasuh muka, badanku terus menggigil, kesejukan. Aku terus demam, sebelum itu aku mengambil panadol dan tido.

Apabila hubby pulang, achik pula tidak sabar2 nak bercerita tentang kemalangan tersebut ketika hubby nak masuk kedlam rumah. Cuma aku menyuruh achik diam dulu, memberi laluan kepada hubby untuk berehat seketika, mandi dan solat asar. Selepas itu barulah kami bercerita ttg kemalangan itu. Tetapi belum sempat habis bercerita hubby pula marah aku dgn nada yg tinggi ( tidak pernah dia marah begitu pada aku semenjak kami berkahwin setahun lebih) kerana menggunakan jalan depan klinik untuk ke pekan parit raja. Rasa sedih sangat sbb kene marah macam tu. Yang sebenarnya aku mana la tau jalan2 kat parit raja ni. selalunya aku duduk kat rumah sehari suntuk. pastu barang2 dapur hubby yg belikan. Cuma dlm seminggu aku baru keluar dr rumah, itupun nak balik kampung.

Sunday, March 11, 2007

E-mail berantai.

Baru2 ni aku terima e-mail berantai, rasa bengang pun ada, marahpun ada. Aku pun tak tau la siapa punya idea atau fikiran yg berbuat begitu. Sehingga mengatakan sesiapa yg tak mengedarkan kepada beberapa org, org itu akan ditimpa kecelakaan. Bagi aku, mengenai bala, bencana, bukan kita yg tentukan, bagi aku hanya Allah yang maha kuasa shj yg mengetauhi, kalau korang nak tau inilah email berantai yg aku terima. Tak de mengena ngan email berantai. Ttp kalau ilmu yg tak dikongsi tu mmg tak boleh.

BERITA DARI MASJID NABAWI BERITA PENTING BERITA UNTUK UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA. SURAT INI DATANGNYA DARI SYECKH ACHMAD DI SAUDI ARABIA . "AKU BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH SWT DAN NABI MUHAMMAD SAW, WASIAT UNTUK SELURUH UMMAT ISLAM DARI SYECKH ACHMAD SEORANG PENJAGA MAKAM RASULULLAH DI MADINAH, YAITU DI MESJID NABAWI SAUDI ARABIA. "Pada malam tatkala hamba membaca Al'Quran di makam Rasulullah, dan hamba Sampai tertidur, lalu hamba bermimpi. Didalam mimpi hamba bertemu dengan Rasulullah SAW, dan beliau berkata, "didalam 60.000 orang yang meninggal dunia, di antara bilangan itu tidak ada seorangpun yang mati beriman, dikarenakan: 1. Seorang istri tidak lagi mendengar kata-kata suaminya 2. Orang yang kaya yang mampu, tidak lagi melambangkan atau menimbangkan rasa belas kasih kepada orang-orang miskin. 3. Sudah banyak yang tidak berzakat, tidak berpuasa, tidak sholat dan tidak menunaikan ibadah haji, padahal mereka-mereka ini mampu melaksanakan. Oleh sebab itu wahai Syechk Achmad engkau sabdakan kepada semua ummat manusia di dunia supaya berbuat kebajikan dan menyembah kepada Allah SWT. "Demikian pesan Rasulullah kepada hamba, Maka berdasarkan pesan Rasulullah tersebut dan oleh karenanya hamba berpesan kepada segenap ummat Islam di dunia. Pesanan nabi: A. Bersalawatlah kepada Nabi Besar kita Muhammad SAW. B. Janganlah bermalas-malasan untuk mengerjakan sholat 5 ( lima )waktu. C. Bershadaqoh dan berzakatlah dengan segera, santuni anak-anak yatim piatu. D. Berpuasalah dibulan ramadhan serta kalau mampu tunaikan segera ibadah haji. PERHATIAN: Bagi siapa saja yang membaca surat ini hendaklah menyalin/mengcopynya untuk disampaikan kepada orang-orang lain yang beriman kepada hari penghabisan / kiamat. Hari kiamat akan segera tiba dan batu bintang akan terbit, Al'Quran akan hilang dan matahari akan dekat di atas kepala, saat itulah manusia akan panik. Itulah akibat dari kelakuan mereka yang selalu menuruti hawa nafsu dalam jiwa. Dan barang siapa yang menyebarkan surat ini sebanyak 20 (dua puluh) lembar dan disebarkan kepada teman-teman / rekan-rekan anda. Atau Masyarakat Islam sekitarnya, maka percayalah anda akan memperoleh keuntungan setelah Dua minggu kemudian. Telah terbukti pada seorang pengusaha di Bandung, setelah membaca dan menyalinnya juga menyebarkan sebanyak 20 (dua puluh) lembar, maka dalam jangka waktu 2 (dua) minggu kemudian, dia mendapat keuntungan yang sangat luarbiasa besarnya. Sedangkan terhadap orang yang menyepelekannya dan membuang surat ini, dia mendapat musibah yang besar yaitu kehilangan sesuatu harta/benda yang sangat dicintai dan disayanginya. Perlu diingat kalau kita sengaja tidak memberitahukan surat ini kepada orang lain, maka tunggulah saatnya nasib apa yang akan anda alami, dan jangan menyesal apabila mendapat bencana secara tiba-tiba Atau Kerugian yang sangat besar. Sebaliknya jika Anda segera menyalin/mengcopynya dan menyebarkannya kepada orang lain, maka anda akan mendapatkan keuntungan besar atau rezeki yang tiada disangka-sangka.

Wednesday, March 7, 2007

Semangat Yang Hilang

Pagi td aku ada dengar bbrp lagu, yg muzik dan liriknya aku mmg suka. Sedap didengar. Lirik ni kadang kala terkena kat batang hidung aku. Sejak akhir2 ini aku rasakan seperti hilang punca, kadang2 aku rasa aku boleh kawal semua keadaan..kadang2 tmtah la.

Semangat yang hilang
Jika engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan
Nanti aku disana
Diufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

* Di dalam kubur manapun
Jasad aku ditanam
Aku akulah jua
Kita laksanakan
Mati hati yang damai
Disana kejujuran

** Semarak impian
Segunung harap dujulang
Usah diragukan
Keupayaan diri
Api yang membara
Mengikutkan kata apa
Jawapannya disini
Semangat kita yang hilang
Semangat yang hilang
Kita cari pulang

Inilah lirik utk memotivasikan diri

There's a hero
If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are

There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you
It's a long road
When you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold
You can find loveIf you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear

Lord knows
Dreams are hard to follow
But don't let anyone
Tear them away
Just hold on
There will be tomorrow
And in time
You'll find the way


Superman
I can’t stand to fly
I’m not that naive
I’m just out to find
The better part of meI’m more than a bird...

i’m more than a plane
More than some pretty face beside a train
It’s not easy to be meWish that

I could cry
Fall upon my knees
Find a way to lie
About a home

I’ll never see
It may sound absurd...but don’t be naive
Even heroes have the right to bleedI may be disturbed...but won’t you concede
Even heroes have the right to dream
It’s not easy to be meUp,

up and away...away from meIt’s all right...you can all sleep sound tonight
I’m not crazy...or anything...

I can’t stand to fly
I’m not that naive
Men weren’t meant to ride
With clouds between their kneesI’m only a man in a silly red sheet

Digging for kryptonite on this one way street
Only a man in a funny red sheet
Looking for special things inside of meInside of me
Inside meYeah, inside me

Inside of me
I’m only a manIn a funny red sheet
I’m only a manLooking for a dream
I’m only a manIn a funny red sheet
And it’s not easy, hmmm, hmmm, hmmm...
Its not easy to be me

Saturday, March 3, 2007

Banyaknye cerita

Khamis 22 Febuari lebih kurang pukul 5.45 ptg kami berangkat pulang ke Hutan Percha kerana suami aku ada kerja di kulim pada hari Jumaat. Jadi kami 2 beranak ditinggalkan di kampung kerana suami aku risau utuk meninggalkan kami 2 beranak di parit raja ni.

Sabtu 24 Feb, Aku dan Arissa mengikut atuk dan nenek Arissa pergi ke Sg.Petani..tetapi pada mlm tu kami tak terus ke Sg. Petani sebaliknya kami tidur di Kulim kerana suamiku telah booked bilik di hotel Seri Malaysia. Semasa perjlnan ke Seri Malaysia, kami dah tersilap jalan sehingga tersasar ke hospitak baru kulim. Dengan bantuan ex student mak mertua aku dan org tempatan akhirnya kami jumpa jugak Seri Malaysia tu. Menurut suami aku signboard Seri Malaysia ada di pekan Kulim tu ttp kami tak nampakpun. Dulu lebih kurang 2 thn lepas masa Seri Malaysia tu baru bukak aku penah sampai sbb ada rombongan ke kawasan Kulim hitech technology park. Masa pergi dulu landmark yg penah aku nampak ialah Pelita Nasi Kandar. Semasa abah mertua aku bawa..aku tak nampak pun Kedai Pelita Nasi Kandar tu. Rupa2nya kami melalui jln lain.
Pada malam tu Arissa tak berapa sihat (demam), seperti biasa aku berikannya Uphamol for infant kepada Arissa utk melegakan demamnya.

Keesokkannya 25 Feb kami ke Sg.Petani. Rumah yg kami tuju rumah Pak Ngjang (abg mak mertua aku). Arissa masih lagi dedar demamnya. Semasa di rumah Pak Ngjang, Mak Ngjang sediakan laksa pd tgh hari tu. Aku makan tersekat2 sbb Arissa tak mau duduk. Mlm tu kami ke rumah Pak Ndak plak. Cik Ina jiran lama mak aku dulu dtg mencari aku ker rumah pak Ndak semata2 utk bertemu dgn aku dan famili. Cik Ina ni mmg baik, semasa menjadi jiran aku semasa di selayang, Cik Ina dan famili sangat mengambil berat ttg jiran2nya baik senang atuapun susah(bkn jg tepi kain org). Satu yg bagus ttg Cik Ina ni dia tak pernah nak buruk2kan jiran2 yg lain atau menyampaikan gosip2 liar dan boleh simpan rahsia. Tetapi malangnya aku tak sempat nak layan Cik Ina kerana Arissa "mengamuk" pada malam tu. Tak sempat aku nak berbual pjg, cuma dapat bertanya khabar saja. Mlm tu lebih kurang pukul 11.45mlm suami dan mak mertua aku keluar ke pekan Sg. Petani mencari klinik 24jam untuk mencari ubat Arissa, sbb Arissa sakit perut mlm tu. Pada pukul 12 tgh mlm Arissa pun tido sehingga pagi.

Hari Isnin 26 Feb bapak mertua aku cadang kami balik ke Melaka memandangkan Arissa tak sihat. Risaukan Arissa tak biasa ngan suasana disana. Kiranya rumah sepupu my hubby ( dekat tikam batu kat ngan rumah org tua datuk K ) yg kami planned tak jadi pergi. Seterusnya kami pergi singgah rumah mak wan, rumah mak aku kat selayang tu. Tido barang semalam kat sana.

Esoknya Selasa dalam pukul 10 pagi kami pun bertolak ke Melaka, tido sana semalam.

28 hb feb, pagi dlm pukul 7.45pg, kami bertolak ke parit raja bawak skali achik untuk temankan Arissa masa aku nak sambung balik tulis thesis yg berkurun tersepuk kat dlm pc. Elok sampai depan rumah, my hubby kata Dr.Borhan tipon dia pasal Dr. Mona nak jumpa pasal projek PO-PBL dia. tapi bila balik my hubby muka dia sedih coz kete MMR dia tu dah kene condem. nak wat camne aku cuma leh soh dia bersabar la. Kita leh la soh dia bersabar, tapi dia yg bertungkus lumus menjayakan MMR tu, alih2 kete2 tu dah kene jd besi buruk.

1 Mac, aku ingat leh la buat kerja2 aku yg terbengkalai tu, ttp. Arissa lak buat hal, bila petang dia tak mo duduk ngan bibik dia. dlm pukul 3 petang je dia dah mula merengek, mula nak didokong. bila didokong dia pegang macam rindukan kita sesangat pada hal biarkan dia ngan bibik dia cuma bbrp jam saja.

Achik pulak, bila tinggal di parit raja selalu tak sihat, ni pun dia batuk dan selsema. Terpaksa la aku buat kerja perlahan2. Kesian lak achik tu, may be dia rindu kat mak mertua aku kat kampung kot..heheheh.

ok lah buat kali ni, nak sambung baca dan tulis apa2 yg patut.