Thursday, July 31, 2008

Melaka Again....

Esok, Jumaat, kami akan balik ke Melaka lagi kerana akan membantu nenek Arissa membuat persiapan majlis perkahwinan bibik Azza. (Azza jgn kecoh2 abang amik cuti minggu depan sbb dia dah hantar kakak balik dulu). Yang pastinya bibik-bibik, nenek dan atuk tidak sabar2 menanti kepulangan Arissa.

Arissa pula sejak 2-3 minggu ni pula selalu merap (meragam), mungkin kerana hendak menyesuaikan diri di rumah sendiri, almaklum la dah tinggalkan rumah ni selama sebulan (2 minggu di Selayang, 2 minggu di Melaka). Alhamdulillah sekarang dia dah okey. Huhhuhuu...ni kami akan balik ke Melaka selama hampir 3 minggu dalam perancangannya. Hmmm tak tau la nanti Arissa macam mana.. Susah jugak aku sekiranya nanti Arissa akan susah untuk menyesuaikan diri apabila balik ke sini kelak. Harapannya nanti supaya bila balik Parit Raja nanti Arissa tidak lagi merap2..

Sunday, July 13, 2008

Gambar-Gambar

Takde apa cerita yang nak diceritakan, inilah gambar-gambar yang telah dijanjikan untuk diletakkan pada entri kali ini.

Singgah sebentar di Pantai Kemasik semasa perjalanan ke Kubang Kerian

Tempat Penginapan sepanjang di Kelantan (Min Homestay, Kubang Kerian)
Jemputan makan malam di New Horizon Garden Restaurant

Window shopping di Wakaf Che Yeh, Pasar Siti Khadijah & Rantau Panjang

Makan tengah hari di Restoran Nasi Ulam Cikgu Hj Hamid

Majlis Cukur Rambut Hanie Azmiera & Muhammad Fareez Iqbal