Monday, December 11, 2006

1st anniversary

Diam tak diam 3/12/2oo6 ni genap setahun perkahwinan aku ngan suami tercinta. 1st anniversary ni tak sempat nak celebrate coz terlalu bz ngan macam2 hal. Tambah plak mak ngan abah mertua aku nak pi menunaikan haji, so ramaila tetamu yg datang rumah. Hubby lak sibuk tolong abah mertua uruskan hal2 amanah raya. Kesian lak hubby coz tak sempat nak rehat bz pi sana sini.

Untuk hubby, I luv u so much. Moga2 jodoh kita berkekalan hingga akhir hayat.

Friday, December 1, 2006

Jiran2.

Semalam aku ada berkenalan ngan bbrp org jiran kat sini semasa bawa Arissa berjalan2 amik angin petang. Tak sangka jiran2 di sini baik2 belaka, ada yang mengalu2kan aku jd org parit raja.Ewaaahhh.

Aku diperkenalkan oleh salah satu jiran di depan rumah aku sbg isteri MBB (MBB tu pangkal plat no kete yg hubby aku bawa). Rupa2nya selama hari ni jiran2 aku perasan ngan kehadiran aku kat taman ni kerana dorang ada ternampak ada pakaian yg disidai dirumah aku. Selalunya baju2 kotor, hubby bawa kekg utk dibasuh almaklumla kitorang ni PJJ (perkahwinan jarak jauh)dan selama ni dia jadi tan sri selama hampir setahun. oppsss tan sri ni bukan gelaran yg dianugerahkan oleh sultan, tapi ianya bermaksud tanpa isteri..


Thursday, November 30, 2006

1st aktiviti


A'kum, ni 1st aktiviti aku kira2 2 minggu jadi fully housewife. Sekarang ni aku dah mula terasa bosan, maklumla dah biasa pagi keluar rumah pi keje, petang balik keje, jumpa kawan2 dan tgk org keliling masa jalan jem. Walau bagaimanapun, nasib baik ada pengarang jantung Nur Arissa ada, kalau tak mati kutu agaknya. jiran2 kat sini aku belum kenal lagi. Jiran sebelah rumah aku yg nombor 14 tu pi futher study ( hubby aku kata la), jiran no 10 lak tak nampak plak cam ada org, tp dr segi fizikalnya rumah dia tu dah ada bunga 4-5 buah pasu bunga. Jiran2 depan rumah aku lak tak pernah terserempak lak, yg aku nampak cuma baju yg bersidai kat depan rumah depa. Agaknya salah timing kot aku keluar rumah. Patut tak aku pi ketuk rumah jiran aku untuk berkenalan. ceh wahh.. cam impian illyana kat tv3 lak..heheh.