Alhamdulillah, kesihatan aku semakin beransur pulih selepas hari ketiga aku keguguran. Terima kasih buat hubby yang terpaksa "menangguhkan" studynya buat tempoh 1 minggu ni untuk menjaga dan merawat aku, selain menguruskan persekolahan Arissa.
Kegembiraan aku bermula apabila aku disahkan hamil buat kali kedua setelah menunggu agak lama. Tetapi kegembiraan itu cuma untuk seminggu sahaja apabila pada minggu ke-7 kandungan aku tidak dapat bertahan.
Sebenarnya untuk hamil kali ke-2 ini aku pernah mendapatkan khidmat nasihat doktor untuk aku mengambil pil kesuburan, tetapi doktor tidak menggalakan kerana baginya aku tidak mempunyai masalah kesuburan. Nasihat doktor supaya aku menurunkan berat badan aku dan menjaga permakanan aku (food theraphy). Alhamdulillah, selepas aku menurunkan berat badan sebanyak 9kg, aku disahkan hamil 6 minggu. Walaupun aku mengamalkan pemakanan yang sihat, aku lupa bahawa Arissa masih lagi breastfeed. Seawal kehamilan aku, setiap kali Arissa breastfeed aku terasa contraction pada rahim aku. Selepas membuat pemeriksaa doktor (disebabkan menstrual cycle aku dah lambat), aku disahkan hamil 6 minggu.
Setelah disahkan hamil, aku mula mengurangkan breastfeed kepada Arissa. Agak sukar untuk aku pisahkan Arissa dr breastfeed. Selepas seminggu (minggu ke-7 kehamilan aku) 11 Januari, pada pukul 8 pagi, aku bleeding. MIL suruh berehat, kerana kuantiti bleeding cuma sedikit sahaja. Pada pukul 12 tghari ke 1 ptg pendaharan sudah banyak (2 pad penuh) dan aku terus ke klinik berdekatan. Semasa scan, doktor kata kandungan aku tidak dapat di teruskan memandangkan "kantung" janin telah mula mengecil disebabkan oleh supplied hormon telah terputus dan tidak dapat diselamatkan.
Gugur jantungku apabila mendengar kata-kata doktor, sedih, sebak,pilu. Air mata terus berguguran. Cuba bertahan, tak berdaya. Aku tahu itu sudah ketentuan Allah. Kerana aku masih berpegang dgn kata "Kun fayakun".
Doktor bagi surat rujukan ke Hospital Selayang untuk buat rawatan susulan. Sedih aku bertambah kerana dapat melihat janin yg berusia 7 minggu keluar secara normal dan bukan melalui prosidur D&C.
Buat masa ini aku cuba kuatkan diri aku supaya tabah menghadapi dugaan yang Allah beri. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur kerana dapat merasai saat-saat terindah buat seketika. Mungkin ada hikmah yg tersembunyi yang kami sekeluarga tidak mengetahuinya. Hanya Allah sahaja yg tahu. Aku percaya apabila kita ingin merapatkan diri dengan Allah, pelbagai ujian yg diberi kepada kita untuk kita lebih dekat kepadanya.
Akhir sekali kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada (AMO,MO.SN,JM) Wad kecemasan dan Wad 11C - Gynea Hospital Selayang yg membantu, merawat dan menguruskan aku dan family. Semoga mereka dirahmati olehNya.
Buat hubby tersayang, terima kasih segalanya. terima kasih mengurus dan mengambil alih tugas-tugas rumahtangga buat masa ini. Terima kasih kerana satu-satunya orang yg memberi sokongan moral kepada aku disaat-saat emosi aku belum stabil akibat trauma.