Monday, January 18, 2010

Arissa oh Arissa

Tadi pukul 12.00 tghari, aku pergi mengambil Arissa dari sekolah. Lebih kurang 5 minit menunggu Arissa pun masuk ke dalam kereta. Seperti biasa;


Arissa: bye..bye..teacher, see u tomorrow..

Arissa: Mama sihat ke hari ni?

Mama: Mama sihat, sbb mama sihat la mama ambil Arissa sekolah.

Arissa: Mama, adik Arissa mana?

Mama: Adik Arissa dah takde.

Arissa: Adik Arissa dah mati ye mama.. kenapa dia mati??? kenapa mama tak jaga adik Arissa??

Mama: Bukan mama tak jaga adik Arissa, tapi Allah nak ambil dia. (sebak dada aku).

Arissa: (mula menangis) Arissa nak adik Arissa juga...


Untuk mengelakan berlanjutan aku terus menukar cerita bertanya apa aktiviti dia di sekolah dan lain-lain.






Bila tiba di rumah, aku menyuruh dia menukar uniform dan makan tghari. Dia mula membantah. Sekali lagi dia menyungkit cerita pasal adik lagi... huhuhuuhhu... nak gugur jantung aku sebak... Bagaimana la untuk aku nak explain dekat budak berusia 3 thn 4bln ni...


Ya Allah, kuatkan la hambaMu ini. Sesungguhnya aku adalah hambaMu yg lemah.

Friday, January 15, 2010

Terima kasih

Terima kasih buat kawan-kawan yang banyak memberi sokongan moral disaat emosi aku yang kurang stabil. Alhamdulillah, sekarang aku telah bertambah sihat.
Terima kasih buat mak juga, kerana bersusah payah untuk memasak buat kami sekeluarga walaupun tidak begitu kuat. Jasamu tidak dapat dibalas walaupun diberi segunung emas dan berlian kalau dibandingkan dengan pengorbananmu.
Buat suami tersayang, terima kasih kerana sentiasa berada disamping aku di saat-saat begini disamping menguruskan aku, Arissa dan juga rumah tangga. Dalam 5 hari ini, rutin hubby sudah berubah. Sejak awal pagi selepas solat subuh, hubby mula menyiapkan sarapan Arissa dan aku, menyiapkan keperluan-keperluan persekolahan Arissa (eg.baju, kasut dan beg sekolah). Selain itu menyiapkan air mandian aku dan Arissa. Selepas itu memandikan Arissa dan menyiapkan dan menghantar Arissa ke sekolah.
Selepas balik dari menghantar Arissa, hubby pula sibuk untuk mengemas, membasuh dan menyidai baju. Kadang kala hubby masakkan sayur tambahan. Pernah sekali hubby masak sayur tak bergaram tetapi sedap juga sup sayur tu (heheheh...sedap sebab hubby masak dengan penuh kasih sayang).

Ini lah air rebusan mandian aku yang hubby buat setiap hari.

Wednesday, January 13, 2010

Datang dan pergi..

Alhamdulillah, kesihatan aku semakin beransur pulih selepas hari ketiga aku keguguran. Terima kasih buat hubby yang terpaksa "menangguhkan" studynya buat tempoh 1 minggu ni untuk menjaga dan merawat aku, selain menguruskan persekolahan Arissa.

Kegembiraan aku bermula apabila aku disahkan hamil buat kali kedua setelah menunggu agak lama. Tetapi kegembiraan itu cuma untuk seminggu sahaja apabila pada minggu ke-7 kandungan aku tidak dapat bertahan.

Sebenarnya untuk hamil kali ke-2 ini aku pernah mendapatkan khidmat nasihat doktor untuk aku mengambil pil kesuburan, tetapi doktor tidak menggalakan kerana baginya aku tidak mempunyai masalah kesuburan. Nasihat doktor supaya aku menurunkan berat badan aku dan menjaga permakanan aku (food theraphy). Alhamdulillah, selepas aku menurunkan berat badan sebanyak 9kg, aku disahkan hamil 6 minggu. Walaupun aku mengamalkan pemakanan yang sihat, aku lupa bahawa Arissa masih lagi breastfeed. Seawal kehamilan aku, setiap kali Arissa breastfeed aku terasa contraction pada rahim aku. Selepas membuat pemeriksaa doktor (disebabkan menstrual cycle aku dah lambat), aku disahkan hamil 6 minggu.

Setelah disahkan hamil, aku mula mengurangkan breastfeed kepada Arissa. Agak sukar untuk aku pisahkan Arissa dr breastfeed. Selepas seminggu (minggu ke-7 kehamilan aku) 11 Januari, pada pukul 8 pagi, aku bleeding. MIL suruh berehat, kerana kuantiti bleeding cuma sedikit sahaja. Pada pukul 12 tghari ke 1 ptg pendaharan sudah banyak (2 pad penuh) dan aku terus ke klinik berdekatan. Semasa scan, doktor kata kandungan aku tidak dapat di teruskan memandangkan "kantung" janin telah mula mengecil disebabkan oleh supplied hormon telah terputus dan tidak dapat diselamatkan.

Gugur jantungku apabila mendengar kata-kata doktor, sedih, sebak,pilu. Air mata terus berguguran. Cuba bertahan, tak berdaya. Aku tahu itu sudah ketentuan Allah. Kerana aku masih berpegang dgn kata "Kun fayakun".

Doktor bagi surat rujukan ke Hospital Selayang untuk buat rawatan susulan. Sedih aku bertambah kerana dapat melihat janin yg berusia 7 minggu keluar secara normal dan bukan melalui prosidur D&C.

Buat masa ini aku cuba kuatkan diri aku supaya tabah menghadapi dugaan yang Allah beri. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur kerana dapat merasai saat-saat terindah buat seketika. Mungkin ada hikmah yg tersembunyi yang kami sekeluarga tidak mengetahuinya. Hanya Allah sahaja yg tahu. Aku percaya apabila kita ingin merapatkan diri dengan Allah, pelbagai ujian yg diberi kepada kita untuk kita lebih dekat kepadanya.


Akhir sekali kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada (AMO,MO.SN,JM) Wad kecemasan dan Wad 11C - Gynea Hospital Selayang yg membantu, merawat dan menguruskan aku dan family. Semoga mereka dirahmati olehNya.

Buat hubby tersayang, terima kasih segalanya. terima kasih mengurus dan mengambil alih tugas-tugas rumahtangga buat masa ini. Terima kasih kerana satu-satunya orang yg memberi sokongan moral kepada aku disaat-saat emosi aku belum stabil akibat trauma.