Sunday, March 7, 2010

Cerita Hujung Minggu.

Hujung minggu...seronok kalau ada aktiviti-aktiviti, takde la terperok kat dlm rumah bermalas-malasan sambil melayan internet. Selalunya kalau balik kampung, kami menghabiskan masa bersama-sama keluarga, aktiviti lain tak bukan, pa lagi acara masak-masak dan makan-makan, sambil-sambil buat sibuk tolong mak mertua siram pokok bunga (heheheh..aku tgk je, cuma bersembang2 tanya pasal pokok bunga dia yg bunga2nya cantik2 belaka).


Hari minggu yang lepas-lepas, bnyk jugak aktiviti berjalan kami. Semenjak Arissa sudah "besar", mr.hubby suka membawa kami berjalan-jln..heheheh masa dia kecik2 dulu hubby tak nak bawa kami keluar jln-jln alasan panas, nnt Arissa demam.

Sudah lama aku teringin nak berjalan-jalan kat Bandar Melaka, tetapi mr.hubby tak berapa suka atas alasan keadaan traffik pada hujung minggu agak teruk di Bandar Melaka. Akhirnya dia bawa jugak kami berjalan-jalan. Kami ber "rivercruise"di Bandar Melaka. Sangat seronok kerana sungai Melaka sudah bersih dan di tepi-tepi sungai serta bangunan-bangunan di tepi sungai bersih. Terima kasih kerajaan Melaka. Syabas!!




3 minggu lepas, hubby membawa kami termasuk mak dan abah aku pergi berjalan ke Bukit Tinggi, menikmati pemandagan dari rumah kami ke Bukit Tinggi Pahang mengambil masa kira-kira 45 minit dari rumah kami. Cantik juga kawasan ni, bangunan-bangunan di sini di inspirasi oleh bangunan-bangunan kota Perancis dan ada juga Japanese Garden. Ok la kan nak pergi Perancis dan Jepun, duit belum cukup, pi jalan-jalan kat Bukit Tinggi la dulu ye.