Wednesday, May 19, 2010

Selamat Hari Guru

Tidak terlewat buatku untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat suami tersayang, kerana telah menjadi "guru" dalam keluarga kami. Buat ibu bapaku guru pertamaku sejak aku dilahirkan di dunia ini, ibu dan bapa mertuaku.

Selamat Hari Guru buat guru-guru yang telah mengajarku sewaktu aku bersekolah rendah, sekolah menengah, pensyarah-pensyarah Asasi, pensyarah-pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, terutama sekali pensyarah Jabatan Kejuruteraan Rekabentuk dan Pembuatan, kerana telah mencurahkan ilmu kepada aku yg serba kekurangan dan dahagakan ilmu.

Al-Fatihah kepada guru tadikaku (Cikgu Azizah) yg telah pergi kerahmatullah, Cikgu Tahir dan kepada semua guru-guruku yg telah pulang ke rahmatullah. Tidak juga buat arwahyarham atukku juga yg seorang guru. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yg soleh.