Kelmarin, semasa aku balik dari kedai, ntah macam mana siaran radio (radio mana pun aku tak tau) memutarkan lagu dikir barat. Tetiba aku teringat zaman masa belajar kat uni dulu. Kenangan manis bersama sahabat2 dlam menuntut ilmu.
Aku dibesarkan di Selayang, maka dialog percakapan kami loghat K.L heheheh...Selayang tu tak la K.L pun. Loghat bahasa yg aku paham banyak loghat utara, sebabnya mak aku orang Tepen (Taiping la tu). Walaupun orang tua aku asal dari negeri Perak, tapi sedikit sahaja vocab Perak tu yg aku tau sprti simple word (nyerongeng = tersengeh-sengih) dan a few words yg lain tu, tetapi vocab utara la yg bnyak sbb mak selalu guna dalam percakapan seharian (sekarang ni je dah bnyk berkurangan). Bersekolah di Selayang menggunakan bahasa Melayu Standard dikalangan rakan-rakan.
Selepas bersekolah, aku melanjutkan pelajaran di salah satu IPTA di KL. Ngeh3x, sungguh tak berkembang langsung pusing2 area KL jugak yg aku pergi....hahahahha. Semasa di IPTA, aku mula bergaul dengan ramai orang, yang datang dari seluruh Malaysia dan ada juga yg dari Singapura, Brunei, Jepun, Africa, Indonesia dan dr mana-mana benua dtg menuntut ilmu.
Semasa aku di IPTA, aku berjumpa ramai kawan-kawan yg berasal dari Pantai Timur. Aku rasa bukan tempat aku belajar sahaja yg ramai orang pantai timur malah kakak aku cakap semasa dia belajar di IPTA di Utara tanah air pun ramai juga orang pantai timur nih. Aku membuat andaian orang pantai timur ni pandai sbb bnyk makan sumber protein dr laut agaknye.
Teringat aku semasa semester pertama di uni, tinggal di kolej kediaman. Masa tu ada pogram hari terbuka kolej. So pelajar-pelajar ASASI ada membuka gerai makan. Masa tu aku jadi waiters. Memula tu ok, tetiba ada sekumpulan pelajar senior lelaki datang mengunjungi gerai kami. Bermulalah dialog antara kami:
Aku: Selamat dtg, ada apa2 yg nak order tak? Ni menunya
Brother A: Abe nok orde mee goreng sa dgn teh beng sa.
Brother B : sayo nok orde nasi goreng ladna sa dgn carrot susu sa.
Brother C : Sayo pulok nak order makan nasi aye sa dgn kopi "o" sa.
Aku : Sori bang, kami ada jual mee goreng, tp tak jual mee goreng nasi goreng ladna nasi ayam. tapi yg tambahan yg ada sa tu tak jual... lagi satu teh beng dgn kopi "o" sa pun takde.
Brother A, B, C : hahahahahahahahahahahha...
Brother C: kami dok kire, kami nak jugak yg kami pesan.
Aku: ?????? cam ne nak bg ni dah takde dlm menu.
Brother A: gi la mu bgtau kat chef tu, kami berahi nak make nih.. (dgn muka tersengih2)
Aku: Eh apa ni, dah la order yg bukan-bukan, ni cakap tak senoh pulak. (marah sbb dorang sebut berahi).
Selepas itu kawan aku Imah dtg dekat meja yg aku served. Dia tanya kat aku berbisik
Imah: Misah...pesal nih?
Aku: ntah la Imah aku geram ngan abg2 ni dah la mintak order yg bukan-bukan, pastu dok sebut perkataan berahi la plak...
Imah: eekekekek....mung ni Misah, dok pikir yg tak elok tu pehal ? takpe, bior aku yg tanya.
semasa Imah pergi tanya, brother2 tu tak mo dia nak suruh aku jugak layan, sbbnya nak ngusik aku la, biasala budak junior sememangnya senior suka sakat2...
Imah tanya aku apa yg dorang order kat ko misah?? so aku cakap la bla...bla...bla... selepas tu Imah ketawa terbahak2...... sbbnya aku tak paham loghat Kelantan. Selepas Imah explained, baru lah aku tahu, rupa2nya teh beng = teh ais. perkataan sa = satu, berahi = teringin. Patutla brother2 tu dok gelak kat aku. Belum setakat tu sahaja, semasa pembayaran, brother2 tu tak mau org lain yg amil bayaran, diorang nak suruh aku jugak yg amik payment. berlaku lagi insiden ayam itik;
Brother A : bape semua nih?
Aku : semmuanya rm 12.50.
Brother A : Ni duitnya.(note 50).
Aku: bang, ada duit kecik tak?
Brother A: duit kecik tak cukup samah.
Aku: samah tu berapa???
Brother B : samah tu samah la...
Aku: errrkkkk... bagi je la yang ada.
Brother A: kami tak mahu bg duit tak cukup..Amik la rm50 nih. tp kami nak bakinye.
Aku: sori bang, kami takde duit kecik ni, takpe la bang tak cukup samah pun tak pe la.. nnt kalau ada duit keciknya singgah sini.
Brother A, B, C : hahahahahahahahhah
Brother A: ni duitnye (hulur rm12.00)
Aku: cakap la tak cukup 50 sen....ni disebut samah..mana saya tau. saya bukan orang kelantan.