Showing posts with label makan angin. Show all posts
Showing posts with label makan angin. Show all posts

Monday, June 23, 2008

Min Homestay

Semalam kami bertolak ke Kelantan dari Melaka jam 9 pagi dan sampai jam 9 mlm. Fuhhhh...12 jam beb dalam perjalanan baru nak sampai. Itupun kami berhenti 2 kali untuk makan, solat dan jalan-jalan makan angin di Terengganu.

Kami di Kelantan ni tinggal buat sementara waktu di Min Homestay. Ok jugak disini. Tambahan pula si cilik Arissa sangat suka dengan persekitaran sebabnya dia boleh tengok-tengok monyet, burung dan kucing. Kami juga rasa selesa dengan kemudahan asas yang disediakan. Selain itu wi-fi pun disediakan secara percuma. Pagi tadi kami pun terkejut kerana homestay ini menyediakan breakfast kepada kami. Mana taknya dengan harga yang berpatutan menyediakan servis yang bagus. Kalau tinggal di hotelpun internet kene bayar dgn harga yang agak mahal. Di Min homestay diberi percuma.

oklah buat kali ni. lain kali cerita lagi.


p/s: gambar-gambar akan ditunjukkan di n3 yg lain.