Mulai Oktober pembantu kedai aku dah resigned sbb dapat offer kerja yg lebih bagus. Kelamkabut jugak, sbb bnyk benda aku nak kene buat, dgn kerja2 kedai, admin, production (heheh...macam besar sgt), kerja-kerja rumah tangga kene buat. Nasib baik hubby bnyk membantu dalam urusan kerja2 rumah seperti mengemas dan membasuh kain.
Alhamdulillah, apabila kawan hubby offer pembantu dia kat kami. Sebenarnya, pembantu dia baru tiba dari medan, dan dia masih ada pembantu yg lama. Ini bermaksud dia ada 2 pembantu buat masa ni. Sementara pembantu lamanya tamat kontrak bulan 12 ni, maka dia pinjamkan seketika pembantu barunya tu. Sekurang-kurangnya ada jugak yg dapat membantu aku semasa aku dalam pantang nanti.
Buat minggu pertama agak sukar, kerana masalah komunikasi. Memula tu geram jugak aku, mana taknye, bila suruh satu, satu dibuatnya... kalau suruh lap tingkap, tingkap aja yg dia cuci, jenang tingkap tak dicucinya...kalau suruh basuh pinggan, basuh pinggan sahaja dan apa2 di dalam sinki tak dicucinya. Lepas tu buat satu kerja, taktau nak sambung apa, terus masuk dalam bilik. Mau hangin aku untuk 5 hari pertama. Semuanya kene diberitahu satu persatu. Itupun urusan Arissa dan masak memasak aku yg buat.
Alhamdulillah, ni masuk minggu ke2 dia dengan kami, dia sudah tahu apa yang nak buat. cuma kene supervise kerja2 dia. Harap-harap aku boleh bersabar dgn karenah pembantu tu. mungkin ini adalah satu pengalaman yg bakal aku tempoh untuk menerima bakal pembantu lain.
p/s: agak-agaknya kes dera pembantu rumah yg kat tv tu sbb majikan tak tahan dengan karenah pembantu rumah yg asyik kene beritahu satu persatu kerja yg dia patut lakukan...