Wednesday, April 9, 2008

Selamat Hari Lahir

Hari ini adalah hari lahir buat abah yang tersayang
Buat abah Selamat Hari Lahir.
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki,dicucuri rahmat dan berkat dari Allah Taala diberikan kesihatan yang baik.
Semoga kasih sayang yang diberikan kepada kami dipanjangkan lagi.
Kasih sayang mu terhadap kami anak-anak tidak ternilai walau pun di gantikan dengan emas permata jika dibandingkan dengan segala pengorbananmu untuk menjadikan kami anak-anak berjaya.
Semoga Allah dapat membalas segala jasa dan pengorbananmu selama ini.
Tiada apa yang boleh kami berikan untuk hari lahirmu selain doa, semoga abah dicucuri rahmat, berkat

Monday, April 7, 2008

Arissa dan Aku

Alhamdulillah, Arissa sudahpun sembuh dari demam campak. 2-3 hari juga dia merap (meragam). Hari Jumaat lepas, nenek Arissa dan bibiknya datang ke sini untuk melawat Arissa.
Selepas Arissa pulih, aku pula diserang sakit kepala, sehinggakan semalam (Ahad) ada Yasiinan jiran aku pun aku tak pergi kerana kepala terlalu berat. Cuaca yang tidak menentu agaknya.panas terik dan tetiba hujan yang sangat lebat, kepalaku terasa sgt panas. Beberapa kali aku mandi untuk hilangkan panas di kepala, namun tidak berhasil. Panas di kepala menyebabkan hidung dan mulutku berdarah ( itu normal la sejak kanak-kanak lagik, sekiranya musim panas, hidungku akan berdarah). Pada tengahari semalam hubby belikan air badak, selepas minum baru terasa lega.Tapi hari ni pun ada jugak terasa sakit sikit2 tapi still under control.

To hubby, thanx a lot buatkan breakfast semalam.

Friday, April 4, 2008

Buku Baru Untuk Dijual

Buku ini baru diterbitkan dipasaran. Ada 3 buah buku yang bertajuk:

1) Insectasia Brigade
Pengarang: Wan Ten Aminah Wan Man
Genre: Animal Fiction
Harga : RM 49.90
(p/s: buku ini amat sesuai untuk anak-anak anda yang berusia 5 tahun ke atas. Bahasanya mudah dan senang untuk difahami serta ilustrasi yang menarik kanak-kanak)

2)Monsun Dari Selatan
Pengarang : Wan Teh Aminah Wan Man
Genre: Malay Fiction
Harga : RM 29.90

3) Blazing Hibiscus Trail
Pengarang : Wan Aminah Wan Man
Genre: English Fiction
Harga : RM 39.90






Kepada sesiapa yang berminat, boleh email kepada saya misahmy@yahoo.com.sg atau azlissani@yahoo.com. Harga buku tidak termasuk kos penghantaran. Penghantaran akan dibuat selepas pembayaran dibuat.

Wednesday, April 2, 2008

new update

Fuhhhh..lamanya tak update blog ni...uhukkkkk...berhabuk dan bersawang. Asyik balik kampung je..heheheh sampai tak sempat2 nak update blog ni... dalam bulan Febuari,famili aku dari selayang melawat kami sekeluarga di parit raja, masa tahun baru cina yg lepas ni, kemudian kami balik melaka makan ikan bakar kat serkam, pastu tinggal 2-3 hari kat melaka. pastu kami pergi jenjalan lak ke langkawi selama 3 hari 2 malam.

Bulan March plak balik Selayang ngan Melaka, balik mengundi....aku undi siapa...undi adalah rahsia. Pertengahan bulan March pulak,tinggal kat Selayang dalam 2 minggu ... huhuhuhu..berjauhan dgn beloved hubby. Actually 1 week je berjauhan, 1 week lagi hubby keje kat UKM (uruskan bebudak bertanding ROBOCON). Walaupun hubby berulang alik dari Selayang ke Bangi, tapi rasanya cam berjauhan la plak.. mananya tak...pagi dlm kul 8.00pg hubby dah pergi ke Bangi..malam selalunya pukul 9.30mlm baru samapi rumah...minum2, mandi2...pastu tido..sbb esok nak pegi semula..kadang2 nak bersembang pun tak sempat. Bila tgk keadaan hubby camtu...teringat lak pulak aku dgn anak sedara aku tu...kesian..duduk kat area kl.. pepagi seawal 6.45 pagi dah kene hantar kat rumah mak aku (mak aku yg mengasuh dorang), pukul 10.00 atau 10.30 mlm baru kakak aku amik dorang tu..kengkadang anak2 hantar anak pepagi..anak masih tido..mlm plak amik anak..anak pulak dah tido.

Arissa pulak, sekarang ni sudahpun setahun setengah.. tapi tabiaat tidur dia masih sama...lewat malam baru tidur...

okeh la update buat kali ni...Arissa meragam la pulak....

Thursday, January 17, 2008

Tagged by Yan

1. Name one person who made you laugh last night. Arissa
2.What were you doing at 0800? breakfast
3. What were you doing 30 minutes ago?Check e-mail
4. What happened to you in 2006? to be a mother
5. What was the last thing you said out loud? Arissa jgn..(kes menggigit ketika breastfeed)
6. How many beverages did you have today? 1 cup of tea and 1 slice of toasted bread
7. What color is your hairbrush?Yellow
8. What was the last thing you paid for? Beli susu pekat manis
9. Where were you last night?at home
10. What color is your front door? brown and grey
11. Where do you keep your change? in my pocket....habbit
12. What’s the weather like today? panas .....sbb nak bg kain jemuran kering
13. What’s the best ice-cream flavor? strawberry and coklat
14. What excites you? cooking....can impress the feeling
15. Do you want to cut your hair? yes
16. Are you over the age of 25? yup
17. Do you talk a lot? humm.. ckp bnyk ngan org yg aku kenal..
18. Do you watch the O.C.? No
19. Do you know anyone named Steven? nope
20. Do you make up your own words? sometimes
21.Are you a jealous person?Not obviously
22. Name a friend whose name starts with the letter ‘A’ Azie
23. Name a friend whose name starts with the letter ‘K’ Kucai
24. Who’s the first person on your received call list? Hubby
25. What does the last text message you received say? tolong bagi resepi slimming juice
26. Do you chew on your straw?No
27. Do you have curly hair?No
28. Where’s the next place you’re going to?This weekend, Selayang
29. Who’s the rudest person in your life? ntah...sbb selalu buat tak tau...biarkan dia ngan labunya...heheheh
30. What was the last thing you ate? nasi putih, ayam bakar n slimming soup
31. Will you get married in the future? No,... now happy with my famili.
32. What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks? tak tgk movie....
33. Is there anyone you like right now? ntah...
34. When was the last time you did the dishes? breakfast pagi tadi
35. Are you currently depressed?Nope
36. Did you cry today?Nope
37. Why did you answer and post this?Tagged by yan
38. Tag 5 people who would do this survey. hubby, ajzie,azza, adik,dr.ezzura,yus.

Diet...Diet..diet..

2-3 hari yg lepas ni ramai lak yg sms aku mintak resepi slimming soup la, slimming juice la,,,

penat tgn aku menekan button di hp...menaip resepi...heheheh..cam aku ni slimming consultant la plak...

So far dlm 2-3 minggu ni aku ada cuba kat hubby..so far dah turun lebih kurang 3kg dlm masa ni...itu pun bnyk gak yg aku skipkan..heheh...

oklah... ni resepi soup diet tu...

1 biji bawang besar potong dadu
3 ulas bawang putih potong dadu
1cm halia dicincang halus
1 keping dada ayam yg di buang kulit dan lemak potong dadu ( kalau x mo ayam leh guna fish cake ke fish ball ke)
1 btg carrot potong dadu
1 bj tomato potong dadu
1 btg saleri potong dadu
1/4 biji capcicum
3 keping kubis potong dadu
*kalu nak letak sup bunjut pun boleh juga, atau pun lada sulah atau lada hitam

cara2 memasak:
renihkan bawang besar, bawang putih, halia dan ayam didalam air sebnyk lebih kurang 2-3 gelas air, renihkan sehingga ayam empuk.
Selepas itu masukkan carrot, dan lain2 bahan..tambahkan garam secukup rasa.


slimming soup;
1/2 batang carrot (yg saiz besar..kalau kecik 1 biji ler)
1 biji epal hijau
1 biji oren
1/2 batang saleri

cara2nya blend semua bhn2 dgn air sbnyk 750ml.


p/s: kalau nak turunkan bdn makan ler sup diet ni + ikan or ayam bakar + nasi 1 cawan selama 1 bln..kemungkinan dapt turun kan berat badan 4-6kg. sukatan ini utk lunch dan dinner. in between lunch and dinner ni minum la slimming juice. (kalau breakfast makan roti 1-2 keping + susu segar or kopi kurang manis)

Friday, January 11, 2008

Salam Maal Hijrah

Salam maal hijrah...
Semoga thn ni di rahmati dan diberkati..

----------------------------------------------

2-3 hari lepas..aku mendengar berita di tv mengatakan ada seorang kanak2 perempuan bernama sharlinie yg hilang...Jantung aku tetiba bedegup dgn kencang memikirkan nasib kanak2 ni...cuma aku berdoa supaya kanak2 tu selamat hendaknya.. Marilah kita sama-sama mendokan keselamatan dia. Minta dijauhkan dr. menjadi Nurin Jazlin yang kedua.


Semalam...berita menyatakan Sharlinie belum ditemui lagi...Aku dan suami mula bercerita tentang keselamatan anak2 dirumah dan persekitaran.. Aku mula risau tentang keselamatan persekitaran. Mula memikirkan bagaimana hendak mencegah kanak2 dr di culik...

Aku mula dgn idea2 aku yg gila2 ni..Lalu aku beritahu hubby, agaknya next time kite kene implant anak2 kita ngan penggera keselamatan, cam penggera kereta yg company CAPTOR buat tu yg leh trace mana kereta kalau kene curi... heheheheh.

Aku berharap ada la resercher yg buat benda ni... kalau ada kat sini aku rasa aku le org pertama yg akan letak kat anak aku...heheheheheh...