Wah sudah lama aku tak update blog ni... alasannya adalah seperti biasa, tiada mood, malas, etc2..
Mulai 2 November yang lalu aku telah pun "berpindah" ke rumah mertuaku di melaka. Pada mulanya seminggu sebelum itu kancilku telah pun dihantar ke Melaka ( kedua2 mertua dan anis yang bawakan kancilku).
Setelah genap 2 tahun aku tinggal bersama suami terchenta, sekali lagi episod PJJ (perkahwinan jarak jauh) kami bermula lagi. Episod rindu merindu mula melanda (huhuhuhuuu......setiap hari asyik menghitung hari untuk bertemu suami tercinta pada setiap hujung minggu).
Ada juga tertanya2 mengapa aku begitu cepat "berpindah", sedangkan hubby masih lagi belum cuti belajar. Ini adalah kerana aku mempunyai misi (ceh wah macam la gempak sgt hahahah) di tanah kelahiran Hang Tuah ini (betul ke Hang Tuah lahir di Melaka?)
Sejak kebelakangan ini aku agak sibuk menguruskan perniagaan aku di sini (Melaka)...hahahah..bunyi cam bisness juta-juta je. Minggu pertama aku di sini, aku telah menerima tempahan frozen food dari H***l . Alhmdulillah, sambutan agak menggalakkan. Selain itu, aku juga sibuk menghadiri seminar2 keusahawan dan juga pameran2 yang diadakan di Menara MITC baru2 ini (Showcase satu daerah satu industri). Showcase SDSI itu amat mengagumkan, selain dapat menimba ilmu dapat juga menjamu selera terutama sekali di Malaysia Kitchen kerana menghidangkan juadah yang enak2 belaka.
Selain dari frozen food, bantal kekabu pun mendapat sambutan yang menggalakkan, terutamanya di kawasan K.Lumpur. Di sini pun permintaan bantal kekabu boleh tahan. Stok bantal disini pun dah berkurangan (ramai yang membeli kerana nak membuat kerja kawin. sesiapa yang nak beli bantal kekabu cepat2 sebelum terlambat). Alhamdulillah sekali lagi.
Aku amat bersyukur kerana dianugerahi keluarga dan mertua yang sentiasa memberi sokongan kepada aku baik dari segi spiritual, kewangan, tempat dan peralatan. Semoga Allah membalas setiap kebaikan kepada mereka.
Tuesday, November 11, 2008
Saturday, September 20, 2008
Peristiwa bulan September
Bulan September ini merupakan bulan yang penuh peristiwa-peristiwa yang menarik bagi aku. Bulan Ramadhan thn ini pun berlaku pada 1Sept. Detik-detik yang berlaku pada awal September ini, aku dan Anis membuka kedai maya yang bernama AnissaGiftShop. Alhamdulillah, sambutan agak memberansangkan walaupun baru beberapa hari dibuka. Kami di AnissaGiftShop menyediakan frozen food, cenderahati dan muffin coklat kukus. Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang telah berurusniaga bersama kami. Sebenarnya ebiz kami ini adalah idea yang tidak disengajakan, sebenarnya sebelum ini banyak juga perancangan yg ingin aku buat selama 2 thn ini, tetapi semua perancangan itu tidak menjadi. Alhamdulillah unplanned biznes ni menjadi la pulak.

Pada 5 September 2008 ini, aku dan hubby telah mendaftar syarikat di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) yang bernama BANTALKABU Enterprise dengan nombor pendaftaran MA0127180-U. Buat kengkawan diluar sana tu sekiranya ingin mencari barangan dari hasil kekabu asli, bolehlah menghubungi saya email misahmy@yahoo.com.sg. Kami menyediakan harga yang istemewa kepada anda. Weblog bantalkabu masih under construction. Anda juga boleh datang terus ke outlet a.k.a rumah kami untuk membeli produk dari hasil kekabu.


Seterusnya pada 11 September ini adalah besday Arissa yang ke-2. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, Arissa sihat dan ceria (walaupun sejak akhir ini suka merap2)serta sudah mula pandai bercakap. Buat Arissa yang tersayang, doa mama dan abah supaya Arissa sentiasa sihat, dilindungi daripada perkara2 yang tidak elok, semoga menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara, tidak lupa juga supaya Arissa menjadi anak yang solehah. Aminnn..
Pada 18 Sept, aku dan famili berbuka puasa di Dewan Penyu UTHM. Bagi aku tempat tersebut amat sesuai untuk majlis berbuka puasa beramai-ramai kerana kawasan yang luas, tetapi panas sedikit disebabkan haba cahaya lampu. Bagaimanapun majlis berbuka puasa berjalan dengan lancar. Untuk Arissa, mama bagi 5 bintang, kerana berkelaluan baik semasa majlis berbuka puasa.
Hari ini kami akan berbuka puasa di rumah Owan, rakan sekerja hubby. Aku merancang untuk memasak mee rebus dan menggoreng karipap.
Semoga pada bulan Ramadhan ini, memberi penuh makna kepada kami untuk menunaikan kewajipan baik di dunia dan juga di akhirat. Semoga perniagaan kami suksess.Aminnnn.
p/s: gambar Arissa tiup lilin kek tidak dapat disiarkan, kerana gambar2 itu ada dalam simpanan abah Arissa.
Tuesday, September 2, 2008
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Selamat menyambut ramadhan al-mubarak walaupun kita sudah berpuasa sehari. Buat kawan-kawan semua, semperna bulan yg mulia ini, saya mengambil peluang untuk memohon maaf sekiranya terkasar bahasa dan halalkan makan dan minum.
Selamat menyambut ramadhan dengan penuh keberkatan. Semoga amal ibadah pada bulan ramadhan ini dapat berterusan hingga bila-bila.
Selamat menyambut ramadhan dengan penuh keberkatan. Semoga amal ibadah pada bulan ramadhan ini dapat berterusan hingga bila-bila.
Monday, August 25, 2008
Rindunya
Malam ni genap la 2 mlm hubby ku berkursus di K.L.Rindu nye pada dia, padan muka aku, tak nak ikut pegi sekali, bukannya apa, yang sebenarnya aku dah tak larat nak travelling sana sini meninggalkan rumah. tahun ini boleh dikatakan separuh dr thn ini aku telah meninggalkan rumahku.
Lepas balik dr kampung, rumahku berhabuk sana sini, bersawang sana sini. Fuhh penatnye nak mengemas pulih seperti sedia kala (huhuuu..ni pun tak abih lagik ni mengemas). tambahan pula pokok2 bungaku seperti hidup segan mati tak mahu. itulah sebabnya aku mengambil keputusan tidak mahu mengikuti hubby ke k.l. Nasib baik adik Anis datang menemani aku dan Arissa sementara ketiadaan hubby disisi.
Buat hubby tersayang, selamat berkursus, kami kat sini tak sabar2 menanti kepulanganmu.
p/s: macam la tak biasa kene ditinggalkan hubby...huhuhhuhu
Thursday, July 31, 2008
Melaka Again....
Esok, Jumaat, kami akan balik ke Melaka lagi kerana akan membantu nenek Arissa membuat persiapan majlis perkahwinan bibik Azza. (Azza jgn kecoh2 abang amik cuti minggu depan sbb dia dah hantar kakak balik dulu). Yang pastinya bibik-bibik, nenek dan atuk tidak sabar2 menanti kepulangan Arissa.
Arissa pula sejak 2-3 minggu ni pula selalu merap (meragam), mungkin kerana hendak menyesuaikan diri di rumah sendiri, almaklum la dah tinggalkan rumah ni selama sebulan (2 minggu di Selayang, 2 minggu di Melaka). Alhamdulillah sekarang dia dah okey. Huhhuhuu...ni kami akan balik ke Melaka selama hampir 3 minggu dalam perancangannya. Hmmm tak tau la nanti Arissa macam mana.. Susah jugak aku sekiranya nanti Arissa akan susah untuk menyesuaikan diri apabila balik ke sini kelak. Harapannya nanti supaya bila balik Parit Raja nanti Arissa tidak lagi merap2..
Arissa pula sejak 2-3 minggu ni pula selalu merap (meragam), mungkin kerana hendak menyesuaikan diri di rumah sendiri, almaklum la dah tinggalkan rumah ni selama sebulan (2 minggu di Selayang, 2 minggu di Melaka). Alhamdulillah sekarang dia dah okey. Huhhuhuu...ni kami akan balik ke Melaka selama hampir 3 minggu dalam perancangannya. Hmmm tak tau la nanti Arissa macam mana.. Susah jugak aku sekiranya nanti Arissa akan susah untuk menyesuaikan diri apabila balik ke sini kelak. Harapannya nanti supaya bila balik Parit Raja nanti Arissa tidak lagi merap2..
Sunday, July 13, 2008
Gambar-Gambar
Takde apa cerita yang nak diceritakan, inilah gambar-gambar yang telah dijanjikan untuk diletakkan pada entri kali ini.
Tempat Penginapan sepanjang di Kelantan (Min Homestay, Kubang Kerian)
Tempat Penginapan sepanjang di Kelantan (Min Homestay, Kubang Kerian)
Subscribe to:
Posts (Atom)



Makan tengah hari di Restoran Nasi Ulam Cikgu Hj Hamid
Majlis Cukur Rambut Hanie Azmiera & Muhammad Fareez Iqbal