Saturday, May 19, 2007

Rutin Baru

Bermula 15 Mei, rutin baru aku bermula. Kalau dulu aku hanya duduk di rumah sepanjang hari, sekang aku telah mula bekerja. Kalau ikutkan masa interview aku akan bermula kerja pada 16 Mei, tetapi oleh kerana ada beberapa perkara, majikan aku telah meminta untuk aku memulakan kerja pada 15 mei.

Sekarang pagi2 seperti biasa menyiapkan sarapan pagi untuk suami dan diri sendiri. Bangunkan Arissa, mandikan dan beri dia sarapan.Kemudian hantar dia ke nursery then baru pergi keje.
Waktu petang pula ambil Arissa dr nursery, beri dia makan pastu mandikan dia dan siap2 untuk memasak untuk dinner. Sebelah malam pula basuh baju, sidai baju, lipat baju dan gosok baju sendiri dan suami untuk keesokkan harinya dan berkemas2 beg Arissa yang hendak dibawa ke nursery.
Sejak aku mula bekerja, Arissa pula susah nak bangun pagi, puas jugak mengejutkannya hingga mengambil masa 30-40 minit. Mana taknya dia tido pun dekat pukul satu pagi. Terlalu aktif.

Hari Khamis lepas aku pergi lewat sikit kerana ada email yg perlu aku berikan kpd superior aku, maklumla aku kerja tak de base. Opis pun masih mobile. So hubby yg hantar Arissa ke nursery. Pada mulanya dia punyala xcited coz dia ingat abahnya nak bawak berjalan. Sampai je di nursery, dia menangis tidak mahu ditinggalkan.

Hari Jumaat aku tak pergi kerja sebagai tanda protes. Sebab apa aku protes??? Sebabnya yang pertama, aku di suruh memulakan kerja tanpa diberi name card, catalogue, list buku2 terbaru. Kerana dlm job scope aku, aku nene buat sales bilik ke bilik lecturer untuk menanyakan buku yg diperlukan untuk next sem, dan menjaga kedai buku. yang kedua, aku terasa diri aku cam org bodoh sbb buat sales tpi tak de apa2 tools dan macam org tak prepare nak buat sales. So aku tipon kat superior aku, aku tak nak buat sales sehingga basic tools aku dah ada...

Hubby aku semalam (Jumaat) dia pergi ke USM Penang membawa student2nya untuk bertanding (apaye nama pertandingan tu..terlupa lak..tp berkaitan ngan projek2 PSM budak2 tu)Mak ngan abah mertua datang bawa achik kesini untuk menemani aku dan Arissa sementara ketiadaan hubby di sini. Dorang sampai malam dan aku telah menyediakan asam laksa dan puding kacang hijau untuk juadah pada malam tadi. Pukul 10 mlm abah mertua aku menghantar hubby ke UTHM.

Pagi ni aku terima panggilan dr hubby yg menyatakan dia telah tiba di Juru lebih kurang pukul 8.00 pagi. Pukul 9.00 pg mak dan abah mertua balik ke melaka kerana adik ada kerja untuk dibuat kerana hari Isnin depan dia ada presentation. Maka tinggal la kitorang 3 beranak kat sini.

2 comments:

aZZa said...

ermm.. mcm mane nk bt keje kalo xde tools. nape Arissa nangis ms abg hntar?

misah said...

sbb dia ingat abah dia nak bawa jenjalan, tp rupa2nya ...tipah tertipu la...hehehe