Monday, July 16, 2007

new update

Dah naik bersawang blog aku nih.. hampir 3 minggu tak update. Bz????hehehehheh..bz yg tak abih2.

baru-baru ni aku balik ke Selayang, adik aku Odie kawin, dia nikah pada 07/07/07 dan kendurinya pada 08/07/07. Sebelum tiba hari langsungnya kami telah pulang ke Selayang pada 05/07/07 dan sampai pd tghari. Sebelum tu kami singgah bermalam kat hutan percha dulu sbb 1) nak amik achik ikut skali balik umah mak wan. 2) mak mertua soh bawak balik bahulu 500 biji utk kenduri, bahulu tu mak mertua tempah siap pada malam 04/07/07. Sampai je kat Selayang, bermulalah masing2 mem'bz'kan diri.. hubby buat keje sampai tak cukup tido la.. Iman adik akupun sama gak orang kuat masa kenduri tu, maklumlah dia tu je anak lelaki sorang dlm adik beradik kami yg ber5 ni.

Malam 06/07/07 mak mertua aku tido kat umah makwan. pagi-pagi lagi dia dah sibuk2 tolong2 mana2 yang patut kat dewan tu (kali ni kenduri kawin buat kat dewan), Adik2 ipar aku pun turun padang buat keje2 yg patut. Anyway thank t my in-law tolong kami. tak lupa gak in-law kakak-kakak gak.

10/07/07 kami bertolak balik dari rumah makwan, singgah jap kat umah mak mertua, hantar achik. Tiba kat hutan percha, Arissa kene "warded" kat Hutan percha, coz batuk ngan selsemanya tak baik2 lagi dah sebulan lebih tak baik2 lagik. Petang Selasa tu (10/07/07) mak mertua bawa Arissa pi klinik kesihatan hutan percha. Pada hal 3 hari sebelum balik selayang tu kami bawa juga Arissa ke klinik. Kat klinik kesihatan hutan percha tu M.A bg antibiotik ngan ubat batuk. Alhamdulillah selepas 3 hari kat umah mak mertua, Arissa bebas dari batuk dan selsema.

14/07/07 kami pergi menghantar pengantin kat kuala pilah. Sepanjang perjalanan tu hujan, Alhamdulillah semasa kami sampai kat Kg Pelangai tu suasana terang.

15/07/07 lepas zohor kami pun beransur dr hutan percha ke parit raja. kami tiba lebih kurang pukul 4 ptg. Sampai je kat parit raja, Arissa pulak menagis sbb sembelit, kesian dia. Kami bawa dia ke klinik. Apa yg kami kesal, doktor yg kami jumpa tu tak merawat apa2 pun padahal masa tu Arissa menangis kesakitan. Doktor hanya memberi ubat dan menyuruh kami memasukkan sendiri ubat ke punggung Arissa. Hmmm..bukan aku nak bandingkan doktor kat Selayang sanggup merawat kalau kes seperti Arissa sehingga selesai. Kalau aku tau aku suruh saja hubby ke pharmacy beli ubat picit tu.

16/07/07 aku ke UTHM bukan sbb jual buku tapi jumpa pensyarah, sbb aku dapat keje sebagai demonstrator sambilan kat UTHM tu. Rasa cam magik je sbb pada awal bulan Julai ni aku resigned dr bookshop tu. sbbnya tak serasi. tetiba dapat lak offer jd demonstrator sambilan kat UTHM ni. Masa kat UM dulu aku buat gak keje2 demonstrator ni, selalunya aku ajar subject ergonomics dan pengeluaran asas. Kali ni aku kene ngajar Lukisan Kejuruteraan..perhhhh..lukisan kejuruteraan manual lak tu...selalu guna software je..lukisan kejuruteraan tu plak aku dah tinggalkan 10 thn yg lepas itu pun masa 1st year. lepas tu guna software je la.. heheheh..skang ni kene refresh balik subjek tu..nasib baik Sia ada bagi buku..leh gak aku refresh apa2 yg patut.


p/s: buat ajzie, jiran baru kami, terima kasih la sbb semasa aku tak de kat umah, dia la yg hulur2kan makanan kat hubby siap buat breakfast ngan dinner lak tu.

11 comments:

~ yus ~ said...

kesian arissa, tak patutlah doktor tu, kalau yus pun tak puashati.

Waah jiran baru dah sampai, seronoklah. Yus nak jadi jiran gak boleh??..hihi

Ajzie said...

hihihi yus.. you're welcome dear friend... jom jadi jiran beramai2.. Alya n Ammar tentu suka ada kawan..

misazlissa said...

yus...
kalo nak jadi jiran baru kami pun leh gaks.leh la kite wat rombongan jln2 pi air itam ke, or bp tak pun kat parit raja, waktu hubby kite pi keje..heheh.
masa pi hantar Arissa ada rumah utk disewakan kat tmn wira jaya, umah corner lot.

~ yus ~ said...

corner lot?? best gak tu. berapa ekk sewa dia, besar ker? hihi. Nanti dah confirm tarikh, baru nak minta tolong betul-betul carikan rumah. Laa ni masih menanti tarikh viva, risau gak ni...kesian kat Din.

Ajzie said...
This comment has been removed by the author.
Ajzie said...

Misah, Tmn Wira Jaya tuh dimana? Mcm tak terperasan..

Yus..
Azi tak sure sama ada hall rumah "Tmn Wira Jaya tuh sama atau tidak dengan "Tmn Wira nih. Kalau sama, Azi rasa mcm sempit nanti kalau dah masuk perabut yus..... Yus kena hantar rumah kami satu set ler..hihihi Nak yg kilat2 tuh tau..hihihihi...

misazlissa said...

yus...
tak silap, haritu Azlis ada tanya2 rumah tu utk kawan dia yg baru balik dr jepun, tak silap sewa dia dalam rm 550.

Rasa2nya hall tmn wira jaya tu sama besar ngan hall kat tmn wira nih..cuma yg bezanya ada kawasan lebih kat luar tu. senang anak2 nak main ada kawasan.

Ajzie said...

Misah azi dah ronda2 tempat tuh semlm dengan Alya n Ammar..hihihihi.. Memang tak de kerja tul....

~ yus ~ said...

Ajzie: Nak sewa dulu sementara yus dpt rumah sendiri boleh..hihihi

Misah: rm550 yer..ooo boleh tahan gak sewa dia, yelah rumah corner lagipun ye tak.Entahlah nak duduk mana ni, Din lah uruskan nanti..

d.O.n.A.t said...

k.azie,k.yus, k.misah..

sewa 550 kt putrajaya mmg x dpt umah corner lot. umah A (apartment ala2 flat) pun sewa 550..
best kalo dpt umah coner lot.. berbaloi dgn 550

misazlissa said...

yus..
kalau nak rumah besar, ada kat tmn manis (depan umah Amir). Tak silap masa makan2 kat umah dia ada tulis depan umah tu for rent/sale. Rumah ala2 banglow 2 tingkat. ada halaman keliling. sewanya tak taula berapa.

aja..
kalau kat kl mmg la sewa mahal giler..rumah flat 3 bilik luas 660kps pun 550 sebulan. kalau rumah teres corner lot dlm rm1k. kat sini sewa 550 tu rate mahal kot..heheh..dah biasa ngan sewa kl bila banding kira murah la tu...