Monday, July 16, 2007

new update

Dah naik bersawang blog aku nih.. hampir 3 minggu tak update. Bz????hehehehheh..bz yg tak abih2.

baru-baru ni aku balik ke Selayang, adik aku Odie kawin, dia nikah pada 07/07/07 dan kendurinya pada 08/07/07. Sebelum tiba hari langsungnya kami telah pulang ke Selayang pada 05/07/07 dan sampai pd tghari. Sebelum tu kami singgah bermalam kat hutan percha dulu sbb 1) nak amik achik ikut skali balik umah mak wan. 2) mak mertua soh bawak balik bahulu 500 biji utk kenduri, bahulu tu mak mertua tempah siap pada malam 04/07/07. Sampai je kat Selayang, bermulalah masing2 mem'bz'kan diri.. hubby buat keje sampai tak cukup tido la.. Iman adik akupun sama gak orang kuat masa kenduri tu, maklumlah dia tu je anak lelaki sorang dlm adik beradik kami yg ber5 ni.

Malam 06/07/07 mak mertua aku tido kat umah makwan. pagi-pagi lagi dia dah sibuk2 tolong2 mana2 yang patut kat dewan tu (kali ni kenduri kawin buat kat dewan), Adik2 ipar aku pun turun padang buat keje2 yg patut. Anyway thank t my in-law tolong kami. tak lupa gak in-law kakak-kakak gak.

10/07/07 kami bertolak balik dari rumah makwan, singgah jap kat umah mak mertua, hantar achik. Tiba kat hutan percha, Arissa kene "warded" kat Hutan percha, coz batuk ngan selsemanya tak baik2 lagi dah sebulan lebih tak baik2 lagik. Petang Selasa tu (10/07/07) mak mertua bawa Arissa pi klinik kesihatan hutan percha. Pada hal 3 hari sebelum balik selayang tu kami bawa juga Arissa ke klinik. Kat klinik kesihatan hutan percha tu M.A bg antibiotik ngan ubat batuk. Alhamdulillah selepas 3 hari kat umah mak mertua, Arissa bebas dari batuk dan selsema.

14/07/07 kami pergi menghantar pengantin kat kuala pilah. Sepanjang perjalanan tu hujan, Alhamdulillah semasa kami sampai kat Kg Pelangai tu suasana terang.

15/07/07 lepas zohor kami pun beransur dr hutan percha ke parit raja. kami tiba lebih kurang pukul 4 ptg. Sampai je kat parit raja, Arissa pulak menagis sbb sembelit, kesian dia. Kami bawa dia ke klinik. Apa yg kami kesal, doktor yg kami jumpa tu tak merawat apa2 pun padahal masa tu Arissa menangis kesakitan. Doktor hanya memberi ubat dan menyuruh kami memasukkan sendiri ubat ke punggung Arissa. Hmmm..bukan aku nak bandingkan doktor kat Selayang sanggup merawat kalau kes seperti Arissa sehingga selesai. Kalau aku tau aku suruh saja hubby ke pharmacy beli ubat picit tu.

16/07/07 aku ke UTHM bukan sbb jual buku tapi jumpa pensyarah, sbb aku dapat keje sebagai demonstrator sambilan kat UTHM tu. Rasa cam magik je sbb pada awal bulan Julai ni aku resigned dr bookshop tu. sbbnya tak serasi. tetiba dapat lak offer jd demonstrator sambilan kat UTHM ni. Masa kat UM dulu aku buat gak keje2 demonstrator ni, selalunya aku ajar subject ergonomics dan pengeluaran asas. Kali ni aku kene ngajar Lukisan Kejuruteraan..perhhhh..lukisan kejuruteraan manual lak tu...selalu guna software je..lukisan kejuruteraan tu plak aku dah tinggalkan 10 thn yg lepas itu pun masa 1st year. lepas tu guna software je la.. heheheh..skang ni kene refresh balik subjek tu..nasib baik Sia ada bagi buku..leh gak aku refresh apa2 yg patut.


p/s: buat ajzie, jiran baru kami, terima kasih la sbb semasa aku tak de kat umah, dia la yg hulur2kan makanan kat hubby siap buat breakfast ngan dinner lak tu.