Thursday, October 15, 2009

Gamat @ Istana Budaya

Isnin lepas pada pukul 8.30 mlm, kami telah berada didalam dewan panggung sari untuk menonton teater musikal yang betajuk Gamat. Ini adalah kali pertama aku memasuki Istana Budaya. Selama ini hanya memerhati bangunan Istana Budaya sahaja.



Istana Budaya

Acara permulaan, dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, dimana semua penonton dikehendaki berdiri tegak. Agak sudah lama tidak menyanyikan lagu kebangsaan ini. Yang paling aku ingat kali terakhir menyanyi lagu kebangsaan ketika menghadiri majlis konvokasyen hubby iaitu pada thn 2005.



Famili kecilku
Selepas menyanyikan lagu kebangsaan, persembahan pun bermula. Ketika itu bunyi dr live band sangat kuat menyebabkan Arissa menangis ketakutan.. Arissa menangis meronta hendak balik. Cuak jugak kerana persembahan baru hendak bermula dan Arissa pula hendak balik. Aku dan hubby cuba memujuk dia sedaya upaya, maklumla dah beli tiket mahal-mahal, dah masuk panggung takkan nak balik begitu aja. Maka pujuk punya pujuk, akhirnya kami dapat tahu yg Arissa takut bunya yg kuat. Mujur kami ada membawa bersama selimut kecil, aku menggulungkan selimut itu dan membuat ear muff, dan akhirnya Arissa enjoyed untuk menonton.



Dalam Panggung Sari, Istana Budaya


Persembahan teater musikal GAMAT ini sangat memuaskan hati kami sekeluarga. Enjoyed sangat.. Buat penonton kali pertama macam aku, aku sangat kagum dengan pentasnya. sambil-sambil itu terus memikirkan mekanisma pentas, di mana setiap kali perubahan scene, aku sangat kagum kerana pentas akan bergerak dan menukar setnya. Tidak hairanlah harga tiket untuk setiap persembahan agak mahal bagi aku, walaubagaimanapun aku amat berpuas hati menonton GAMAT yg terdiri dari kanak-kanak cilik yang mampu membawa penghayatan watak serta kelincahan mereka menari dan menyanyi.



Hhehehe..bersama. "LIHATLAH DUNIA!!!" Azean Irdawaty


Setelah habis persembahan, kami mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar pelakon-pelakon GAMAT. Selesai megambil gambar, kamipun keluar dari dewan dan terserempak dengan seniwati yg tidak asing lagi Azean Irdawaty..heheheh...LIHATLAH DUNIA..

Pukul 12.00 mlm, kamipun tiba di rumah. Penat dan mengantuk... Apa-apa pun lain kali sekiranya berpeluang untuk ke Istana Budaya, aku nak pergi lagi...dan akan membawa ear muff untuk sikecil Arissa.

4 comments:

Ajzie said...

Sesekali dapat menonton teater musikal sebegini tentu seronok.


Seniwati Azean Irdawaty nmpk sihat dan cantik.

lady zaini said...

ehh..yg ni ker yg amy mastura belakon tuh? ke lain?

Memang nampak menarik gamat nih :) I bet Aisyah pun mesti suka kalau pegi...

misah said...

ajzie... mmg seronok tgk teater musical tu..Seniwati Azean Irdawaty mmg nampak sihat dan cantik tapi masa keluar dewan ada org pimpin tgn dia.

zack... yup yg ni mmg ada amy mastura, dia jd ibu gamat..... kalau ecah pi tgk, gerenti dia suka, sbb bnyk jenis dance...yg kami paling suka ialah group ikan buntal yg cheif ikan buntal tu datin natasya hudson..

lady zaini said...

uwaaaa~ bior betul. pelakon glamer betul...dah ler aisyah suka dance, mesti dia join sekali... :D