Monday, January 18, 2010

Arissa oh Arissa

Tadi pukul 12.00 tghari, aku pergi mengambil Arissa dari sekolah. Lebih kurang 5 minit menunggu Arissa pun masuk ke dalam kereta. Seperti biasa;


Arissa: bye..bye..teacher, see u tomorrow..

Arissa: Mama sihat ke hari ni?

Mama: Mama sihat, sbb mama sihat la mama ambil Arissa sekolah.

Arissa: Mama, adik Arissa mana?

Mama: Adik Arissa dah takde.

Arissa: Adik Arissa dah mati ye mama.. kenapa dia mati??? kenapa mama tak jaga adik Arissa??

Mama: Bukan mama tak jaga adik Arissa, tapi Allah nak ambil dia. (sebak dada aku).

Arissa: (mula menangis) Arissa nak adik Arissa juga...


Untuk mengelakan berlanjutan aku terus menukar cerita bertanya apa aktiviti dia di sekolah dan lain-lain.






Bila tiba di rumah, aku menyuruh dia menukar uniform dan makan tghari. Dia mula membantah. Sekali lagi dia menyungkit cerita pasal adik lagi... huhuhuuhhu... nak gugur jantung aku sebak... Bagaimana la untuk aku nak explain dekat budak berusia 3 thn 4bln ni...


Ya Allah, kuatkan la hambaMu ini. Sesungguhnya aku adalah hambaMu yg lemah.

8 comments:

Nazali Noor said...

Sabarlah ya Misah...Allah lebih mengetahui. Kamipun pernah melalui hal yang sama...Dan akhirnya kami dikurniakan Adam..nanti Abang bagi link kisah kami..Mungkin Misah lebih mengerti..

Kamalia said...

Ya Allah..sabar ye kak..kalau saya pun tak tau nak buat cmne..ni lagi nk explain kat bdk umur 3thn..Insya Allah,Allah akn beri kekuatan kpd akak..Rasulullah pernah bersabda, sesungguhnya Allah, jika ia mencintai hambanya, maka dia akan di uji.

misah said...

thanx to all

lady zaini said...

Ya Allah..susahnya. Mungkin boleh mintak ayahnya pula explain, kalau dia tanya lagi. Kut dia ada idea.

Take care.
Moga diberikan yang terbaik dunia dan akhirat, dan diberikan kekuatan untuk menghadapi segala cubaan-Nya. Amin (untuk diri-sendiri juga)

Anonymous said...

Hi!
You may probably be very curious to know how one can make real money on investments.
There is no initial capital needed.
You may begin to get income with a sum that usually goes
for daily food, that's 20-100 dollars.
I have been participating in one company's work for several years,
and I'll be glad to let you know my secrets at my blog.

Please visit blog and send me private message to get the info.

P.S. I make 1000-2000 per day now.

http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]

Unknown said...

Salam Misah,

InsyaAllah..lama2 nanti dia mengerti. Macam yg Misah buat skrg, alihkan perhatian dan tumpuannya pada benda2 lain. Misah sendiri perlu kuat dan tabah menghadapinya.

InsyaAllah ada rezeki lain lain kali...ada hikmah sebenarnya.

Idayu said...

salam, sorry sy tertinggal keretapi. sedihnyer, sabar je la..ckp kat arissa, adik pergi jumpa tuhan.

Musliyana said...

kak misah...
moga tabah dan semakin tabah...