Friday, January 15, 2010

Terima kasih

Terima kasih buat kawan-kawan yang banyak memberi sokongan moral disaat emosi aku yang kurang stabil. Alhamdulillah, sekarang aku telah bertambah sihat.
Terima kasih buat mak juga, kerana bersusah payah untuk memasak buat kami sekeluarga walaupun tidak begitu kuat. Jasamu tidak dapat dibalas walaupun diberi segunung emas dan berlian kalau dibandingkan dengan pengorbananmu.
Buat suami tersayang, terima kasih kerana sentiasa berada disamping aku di saat-saat begini disamping menguruskan aku, Arissa dan juga rumah tangga. Dalam 5 hari ini, rutin hubby sudah berubah. Sejak awal pagi selepas solat subuh, hubby mula menyiapkan sarapan Arissa dan aku, menyiapkan keperluan-keperluan persekolahan Arissa (eg.baju, kasut dan beg sekolah). Selain itu menyiapkan air mandian aku dan Arissa. Selepas itu memandikan Arissa dan menyiapkan dan menghantar Arissa ke sekolah.
Selepas balik dari menghantar Arissa, hubby pula sibuk untuk mengemas, membasuh dan menyidai baju. Kadang kala hubby masakkan sayur tambahan. Pernah sekali hubby masak sayur tak bergaram tetapi sedap juga sup sayur tu (heheheh...sedap sebab hubby masak dengan penuh kasih sayang).

Ini lah air rebusan mandian aku yang hubby buat setiap hari.

3 comments:

Anonymous said...

Byk besabar dah teguhkan iman ye kak misah. InsyaAllah, Allah akan beri yg lebih baik selepas ini..Amin..

-Mama Syifa & Fatin-

misah said...

Thanx azrin, skang ni dah bnyk recovered. Bukan rezeki kami nak dapat baby tahun ni kot. Cuma kene berehat 6 bln before nak concieve semula.

Musliyana said...

kak misah,
ni rebusan serai wangi dan pandan kan?tulah untungnye jika berasa di Malaysia di saat2 kita memerlukan ahli keluarga kan..

takpa..ada rezeki nanti..InsyaAllah