Thursday, February 25, 2010

Apa-apa aje

Kelmarin mr. hubby cakap ada technician kat UM bertanyakan khabar aku. Apa yg aku buat sekarang. Apabila hubby bercerita tentang aku sedang running bisness sendiri, dia mula pelik?? Pelik kerana background aku adalah engineering, sedangkan aku menjalankan bisness yg jauh dari bidang engineering, iaitu aku jual bantal kekabu. Pelik bukan??? Kalau aku buat bisness bengkel kereta tak la jauh dr bidang akukan.


Kenapa pelik ke dari engineer jual bantal kekabu?? Even chef Wan pun dulu study accounting jadi chef. Mesti kah kalau blajar engineering mesti jadi engineer??? Semasa aku berhenti kerja, bila ditanya apa akan aku buat selepas berhenti kerja, aku menjawab jadi suri rumah sepenuh masa kerana ingin tumpukan perhatian kepada anak. Malah kawan2 tidak berkata apa-apa. Mungkin ini adalah lumrah kehidupan seorang wanita yg berumahtangga.


Kira-kira 2 thn lepas, apabila aku memulakan bisness online aku, ramai kawan2 terkejut kerana aku buat kerja bukan dr apa yg pernah aku belajar dulu pada pandangan mereka. Soalan-soalan cepu emas banyak yang keluar.. Antaranya ialah "Kenapa awak tak apply kerja kat U**M kat tempat kerja suami awak?" "Kenapa awak tak mintak kerja kilang-kilang berdekatan Batu Pahat?" Boleh kah aku menyatakan bhwa kawan2 ku ini tidak mengetahui keadaan sebenar??


1) Untuk memohon kerja di U**M tu tempatnya terhad. Bukannya aku tak pernah apply, malah aku pernah di temuduga untuk senarai pendek. Tetapi rezeki tidak menyebelahi aku. Aku tak tahu apa sebabnya. Ini kerana itu semuanya kerja2 bahagian HR. Tetapi yg memeranjatkan aku hampir setengah lorong jiran taman perumahan aku mengatakan aku tidak diterima kerja di U**M adalah kerana CGPA aku semasa degree tidak baik. Terperanjat jugak even hubby aku yg kerja di situ pun tak tahu reasonnya. Aku tak kisah apa orang nak cakap yg penting aku telah menghadiri kursus senarai pendek, bermakna aku layak untuk saringan yg awal-awal.


2)Mungkin pada mulanya aku agak tertekan tidak bekerja, tetapi sudah menjadi senario di Parit Raja, kebanyakkan suri rumah tangga sepenuh masa mempunyai degree, master dan ada juga yang bakal bergelar Dr (phd). Ini kerana masing-masing berkorban demi keluarga kerana mengikut suami masing-masing bertugas.


3) Aku juga pernah memohon jawatan engineer di salah sebuah kilang di Batu Pahat (hubby sendiri pun tidak tahu) tetapi dalam email jawapan, adalah dukacita kerana mereka hanya akan memilih lelaki untuk jawatan itu, kerana ianya adalah sesuai untuk lelaki (kerja syif-kilang operate 24jam sehari).


Ada juga yg bertanyakan kenapa aku tak mintak KPLI je??jadi guru. Sebenarnya aku memang tak minat menjadi guru sekolah. kalau aku nak jadi guru dah lama dah aku ambil Science Education masa degree. Lagipun hubby tidak menggalakkan aku untuk menjadi guru.


Aku cuma pekakan telinga apa org nak cakap pasal education background aku, apa yang penting aku tidak rugi apa-apa pun belajar engineering kerana aku masih apply untuk bisness aku. Antaranya:

1) Aku menggunakan ilmu salah satu subject "Project Management for Engineers" untuk aku menjalankan bisness aku. kerana bisness adalah satu project yg perlu diuruskan.

2) Antara bidang-bidang yang aku pernah belajar adalah 'time study", "SOP","Quality","ISO", "Ergonomic", "Process Flow", Supply Chain", "Design" , "Planning" dan macam-macam lagi la. Semua tu aku gunakan untuk bisness aku cuma cara pendekatan yg berbeza.


Seperti time study dan planning aku gunakan untuk aku buat steam muffin aku. Dengan planning yang betul dan time study serta layout kerja dan process flow beserta SOP yg sesuai dapat memudahkan kerja. Alhamdulillah, aku boleh manage sorang-sorang untuk membuat muffin sehingga 1000 pcs tanpa bantuan dan ruang kerja aku tidak bersepah dan aku tidak penat semasa proses membuat muffin berjalan. Ini adalah salah satu contoh yg aku gunakan apa yg telah aku pelajari di universiti dulu. Sebenarnya banyak lagi contoh-contoh yg boleh aku berikan.


Oleh itu, adakah aku rugi meninggalkan bidang engineering setelah menceburi bidang bisness??? Adakah betul kata-kata org yg sungguh septical menyatakan aku rugi belajar engineering kerana menceburi bidang bisness yg tidak related dgn engineering??


Bagi aku aku tidak rugi dan aku tetap dengan pendirian aku. Cuma aku merindui untuk membuat research. Setakat ini aku buat research pasal steam muffin aku dan bantal kekabu aku. Aku berazam satu hari nanti Bantalkabu akan menjadi jenama terkenal di Malaysia dan luar negara. InsyaAllah, aku akan cuba usahakan untuk mendapatkan geran utk research bantal kekabu aku ni (long term planning), dari segi material,keselamatan dan keselesaan serta product lain selain bantal dan kusyen.


P/s: Kalau ada yg kata aku rugi sbb tak jadi engineer, boleh tak aku kata Tun Dr. Mahathir pun rugi jadi PM sepatutnya dia kene jadi doktor perubatan sahaja..heheheh (jgn ada yang saman aku dgn statement ni sudah la ye).

Terima kasih yg tak terhingga buat suami tersayang kerana banyak memberi sokongan dan dorongan dari segi kewangan dan moral.

6 comments:

Musliyana said...

xpe kak misah..Hanya Allah je yg tahu yg terbaik untuk hamba-hambaNya...

Diyana dulu penah jugak cuba berkali2 tp tak berjaya...mula2 apply cikgu dr lepas SPM lagi nak masuk maktab..sbb ayah cikgu..dia nak anak cikgu kan...pastu tak dpt..KPLI 4 kali lepas degree pun tak dpt...

pastu apply keje bank- sbb business admin kan degree dulu.tak dpt jugak...Dyn minat keje bank..xder rezki jugak...

mm...masa jadi RA dyn rasa dyn tak leh keje dgn org dan jauh dr anak-anak...dyn suka keje dgn anak2 kat sekeliling dgn riuh2...smbil tgok diorg sepah rumah..sambil marah 2dirog skit2..hihi...so keje yg mcm mana sesuai...

Hubby ckp nak keje cari keje yg dekat dgn anak..so ada 2 option kindy/nursery or keje dr umah...

dyn pilih opt 2 tu..

doakan koga kita sama2 berjaya...AMIN

panjang pulak koment..mcm entry pulak..sorry yer kak misah..:)

lady zaini said...

tipikal la tuh kan, misah? engineering jer kena jadi engineer :P

ramai jer full housewives ada degree/master etc.. ala2 trend jepun n jerman la nih, hehe (*perasaan). sy tak boleh jadi cikgu, saya ada patience tapi takder passion :P xpandai nak tarik perhatian bebudak kecik, sebab malas nk layan.

apa yg lebih penting ialah hidup hepi, tak stress n buat betul2 jalan yg kita pilih.

GooD LuCk!

lady zaini said...

diyana, i know u like bukak2 nursery etc nih, good luck jugak :)

muhsync said...

ye betol tu...sy pun setuju. sebab sy pn akan beralih bidang selepas ini..hehe. apa yang kita belajar di U adalah untuk memperluaskan ilmu dalam diri..ramai lg org tak faham konsep menuntut ilmu. pedulikan kata org, yang penting kita teruskan usaha =)

Idayu said...

misah,
buatla apa yg kita suka dan mahu.good luck utk bisnes nih. kejayaan yg ingin dikecap mmg bnyak cabaran n dugaannya. hanya yg cekal n kuat jer yg berjaya.

saya pon engineering background, akhirnya jd cikgu sbb suami. sy terima dan redha, tp saya jugak ada plan sendri. InsyA, peluang dan rezeki sy akan dtg kemudian..

Nurse & Engineer to be said...

Betul tu kak.. sye pun engineering student.. Belajr sme mcm ape y akak belajar dulu.. sye mint dlm bisnes tp xthu nak mula dari mane..