Monday, February 22, 2010

Arissa dan sekolah

Sudah hampir 2 bulan Arissa ke sekolah. Alhamdulillah,

1)Dia tidak menagis sekiranya dihantar ke sekolah pada hari pertama lagi. Sebenarnya risau jugak sbb selama ni dia tidak biasa tinggal dgn org lain selain aku. Tetapi pernah ada satu pagi dia pernah menangis tidak mahu ke sekolah kerana....kerana cikgu di sekolah ada memasang CD nyanyian yg ada gambar dinasour. Selepas itu, cikgunya tidak memainkan CD itu lagi.

2) Vocab englishnya pun sudah mulai bertambah, dia dapat membezakan antara swing, spin dan swirl, dapat membezakan cooking dan baking.

3)Sudah mendapat vocab mandrin, kadang2 dia ada sebut beberapa perkataan mandrin yg aku tak tau.

4) Bahasa Melayu - nak sedih pun ada, nak gelak pun ada. Disebabkan rakan sekelasnya ramai yg berbangsa tiong hua, maka diapun terikut-ikut sebutan kawan2nya spt: barang jadi balang, udang jadi uthang, ada jadi athe.

5) Selalu complaint kat sekolah kalau masa main play doh ngan gunting-gunting sekejap je cikgu bagi main. Biasala cikgu bagi aktiviti ikut jadual bukan seperti di rumah, boleh buat apa-apa ikut suka.

6) Yang paling aku suka, sekarang dia sudah mula pandai berkongsi walaupun kadang-kadang ada angin dia tak bg sepupu2nya pegang barang2 mainan dia.

5 comments:

Kamalia said...

hehehe..bestnya anak akak g skola..amni ni br nak g skola bulan 4 nnt ni..tkut gak cmne la dia 1st day tu nnt agaknya?? amni yg blm brkwn ngn bdk jpun ni pun ckp dah pelat..jd teruk bila smpi sini..sume huruf awl tukar jd huruf H..cnth: mana; jd hana..tidor;jd hidor..huhu..pnt betulkn..

Idayu said...

arissa masuk sek cina ker?
tuh la, bila dh mix around ngan kwn2, dia dh x lokek kan? salah satu kebaikan antr ank2 sek!

misah said...

kamalia, actually Arissa dia cakap tak pelat pun tapi bila dah bergaul ngan kawan2 terpengaruh plak cara cakapnye tapi kalau english sebutannya betul plak, siap betulkan mama dianye sebutan.

idayu..
Arissa kami hantar kat playschool biasa je (english medium) tp dia ajar jugak mandrin. pasal lokek tu, dia dah beransur2 leh nak share.

Musliyana said...

wa..bgusnye arrisa...leh ckp cina pulak nnt...kak misah kena belajar pulaklah..nak communicate dgn dia...
tp best tgok anak2 membesar kan..bila dh massuk school..dia mtg skit..matang cara budak2 lah

misah said...

Dyn.. Hehehe..kalau mama dia sebut perkataan mandrin Arissa betulkan, pastu dia tak nak cakap ngan mama dia, bila mama dia kat dapur, baru dgr dia cakap mandrin.

sekarang ni kami dok ajar dia label halal kat paket2 makanan, sampai satu tahap, dia tanya, epal dengan telur boleh makan ker?? sbb tak tulis dan ada logo halal pun..