Wednesday, February 24, 2010

Hari ini, saya pergi ke rumah emak saya. Al maklumla keturunan famili saya suka sgt makan kari boleh dikatakan dalam seminggu mesti 2-3 kali mak masak kari. Agak sukar untuk mak melepaskan tabiat masak kari,..kari..kari. Kalau masak kari tu gerenti bnyk guna santan. Selalu jugak cakap dengan mak kenapa asyik makan kari, tukar la menu lain. Dia akan menjawab dia tak tau nak masak apa selain dari kari dan sambal kerana itulah "makanan ruji" famili kami. Susah nak explain dekat mak.

Maka, hari ini mak masak kari ayam sebab sepupu datang rumah dia. Semasa di rumah dia, mengeluarkan almond 1 balang dr kabinet, dan dia tak tahu nak buat apa dgn almond yg banyak2 tu. Dengan pantas aku cakap boleh buat kari ayam ganti santan. Aku cuma tolong kisarkan almond tu, sbb aku bergegas hendak pergi ke majlis bandaran. Rasa kari ayam almond tu sesedap dgn guna santan kelapa.



Almond Chicken curry

Di sini saya nak berkongsi resepi kari Ayam Almond.
Bahan2nya:

1 ekor ayam (potong kecil-ikut suka)
1/2 cawan almond - dikisar halus
4 sudu makan serbuk kari daging
3 tangkai daun kari
3 biji ubi kentang saiz sederhana besar

Bahan-bahan untuk di giling/ ditumbuk;
5 biji bawang merah (kecil)
5 ulas bawang putih
1 inchi halia
rempah 3 sekawan (bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis)

Cara-caranya;

1.Tumiskan bahan-bahan yg ditumbuk, sehingga naik bau(garing).
2. masukkan sedikit air (1/3 cawan) dan masukkan serbuk kari dan tunggu sehingga garing atau pecah minyak.
3. masukkan ayam, kacau sehingga ayam hampir separuh empuk.
4. tambahkan air mengikut kepekatan yg diingini, masukkan kentang
5. masukkan serbuk almond tadi, gaul rata
6. biarkan mendidih dan tunggu hingga ayam dan kentang masak sepenuhnya.

kalau suka boleh taburkan daun ketumbar di atas kari yg sudah siap dimasak.

Di sini saya ingin berkongsi kebaikan tentang kacang almond ni, antaranya menurut kajian,
*mengambil 23 biji almond ni membekalkan 9 gram heart-healty oliec asid
*lemak mono tepu - bagus untuk kesihatan.
*memperbaiki memori
*almond mempunyai "belly-filling" fiber.
*menurut researcher di Perdue, subject (sample org) yg memakan kacang almond akan merasa kenyang untuk 1 tempoh yg lama (2-3 jam).

p/s: boleh dijadikan snack ganti junk food.

5 comments:

nieda said...

salam ziarah,
nmpk menarik, tak tau plak resepi mcm ni...thank for the sharing, boleh try

Idayu said...

ooo bole ganti santan dgn almond ek? bagus tuh, tp mhl sket ler:)

misah said...

nieda, thanx droped by. Selalunya mak saya kalau buat kari kalau dia tak guna santan tapi dia guna buah keras. tapi saya rasa kari almond lagi sedap dari buah keras.

idayu, sedap memang sedap guna almond tu tapi mahal la. ni yg buat kari guna almond ni sbb ada stok dekat 1.5kg, mak bawak masa balik dr kerja haji dulu.

lady zaini said...

aduh~ kenapa boleh miss entry nih. serius nampak sedap.boleh try nnti

sini kari bangla guna tomato + kunyit, nnti saya share jugakla once dh dapat recipe.

misah said...

zack.. try la. wahh menarik tu, kari bangla.