Sunday, March 7, 2010

Cerita Hujung Minggu.

Hujung minggu...seronok kalau ada aktiviti-aktiviti, takde la terperok kat dlm rumah bermalas-malasan sambil melayan internet. Selalunya kalau balik kampung, kami menghabiskan masa bersama-sama keluarga, aktiviti lain tak bukan, pa lagi acara masak-masak dan makan-makan, sambil-sambil buat sibuk tolong mak mertua siram pokok bunga (heheheh..aku tgk je, cuma bersembang2 tanya pasal pokok bunga dia yg bunga2nya cantik2 belaka).


Hari minggu yang lepas-lepas, bnyk jugak aktiviti berjalan kami. Semenjak Arissa sudah "besar", mr.hubby suka membawa kami berjalan-jln..heheheh masa dia kecik2 dulu hubby tak nak bawa kami keluar jln-jln alasan panas, nnt Arissa demam.

Sudah lama aku teringin nak berjalan-jalan kat Bandar Melaka, tetapi mr.hubby tak berapa suka atas alasan keadaan traffik pada hujung minggu agak teruk di Bandar Melaka. Akhirnya dia bawa jugak kami berjalan-jalan. Kami ber "rivercruise"di Bandar Melaka. Sangat seronok kerana sungai Melaka sudah bersih dan di tepi-tepi sungai serta bangunan-bangunan di tepi sungai bersih. Terima kasih kerajaan Melaka. Syabas!!




3 minggu lepas, hubby membawa kami termasuk mak dan abah aku pergi berjalan ke Bukit Tinggi, menikmati pemandagan dari rumah kami ke Bukit Tinggi Pahang mengambil masa kira-kira 45 minit dari rumah kami. Cantik juga kawasan ni, bangunan-bangunan di sini di inspirasi oleh bangunan-bangunan kota Perancis dan ada juga Japanese Garden. Ok la kan nak pergi Perancis dan Jepun, duit belum cukup, pi jalan-jalan kat Bukit Tinggi la dulu ye.











5 comments:

Kamalia said...

salam..kak,cntiknya sg melaka skang ni..dah lama tak pegi melaka..mahal x naik rvercruise tu?jauh tak diorg bawak pusing2?

lady zaini said...

rivercruise tuh berapa jam yer? macam best. Kitorg naik bas melancong tuh sejam, jangankan aisyah, mamanya pun tertido..sebab ada banyak tempat yg hidden dan ada construction waktu tuh..Naik cruise nih feel macam pelancong sket kan? hehe..

misah said...

kamalia dan zack.. menurut hubby , sg melaka ni dah jauh lebih bersih dari dulu. tiket pusing dari tmn rempah ke..alamak lupa plak nama tmpatnya dan ke tmn rempah semula, amik masa lebih kurang 1jam. bayaran dewasa rm10 dan kanak2 rm5.

zack, mmg macam pelancong kalau naik bot tu tambah perasan kalau naik ngan mat2 dan minah2 saleh...heheh

tak lama lagi, kalau nak shopping boleh naik teksi bot je, bayaran untuk 1 hari rm25. senang2 boleh berhenti mana2 jeti then boleh naik mana2 bot after shopping dan seterusnya ketempat jetty permulaan yg kita naik tu.

p/s: kalau nak berrivercruise kat melaka tu sgt puas hati.

lady zaini said...

ye ker? itu good news tu..tak larat nk jalan, melaka panas bangat waktu tengahari..dulu kitorg nampak bot kt sungai rempah tu..tapi belum dibuka. Dan banyak lagi tepi-tepi sungai tengah korek/bersihkan..

balik nnti boleh lerr shopping2 naik cruise.. wahh~ best2

Anonymous said...

Good website!

Nearly everyone needs to get insurance at one time or another, whether it is
auto insurance, life insurance, health insurance, or homeowners insurance.
These days it is easier than ever to acquire complimentary insurance quotations from multiple
businesses in order to find the best deal. You can also discover how to preserve
lots of money in free gas when you get your insurance cost quotes.

[url=http://freeinsurancequoteshq.com]Free insurance quotes[/url]
http://freeinsurancequoteshq.com

[url=http://familytreesoftware.org/family-history-software/]Family history software[/url]

http://familytreesoftware.org/