Friday, April 2, 2010

Opening Soon...

Alhamdulillah, dapat lagi aku menulis blog ni setelah agak sekian lama menyepikan diri kerana kesibukan sendiri. Dalam 2 minggu ni selepas balik bercuti dari Hong Kong aku tidak begitu sihat gara-gara makan nasi Briani di sana. Al maklumla tiada pilihan makanan halal sangat. Aku sememangnya alah dengan nasi briani, malah makan nasi briani gam yg terkenal kat Batu Pahat pun aku alah. Mungkin kerana bahan-bahannya. Tapi kali ni mmg dasyat penangan nasi Briani Hong Kong sehinggakan aku tidak boleh membuat apa2 kerja. Selalunya kalau makan nasi briani aku cuma kembung dan selepas proses memuntahkannya balik sudah lega. tetapi kali ni habis sakit-sakit badan aku.

Oklah tinggalkan cerita alahan aku mengenai nasi briani tu. Berbalik tajuk Opening Soon, InsyaAllah 4 April 2010 ni aku akan membuka outlet Bantalkabu dan Warung Bantalkabu. Sepatutnya Outlet Bantalkabu dibuka pada 1 April 2010, tetapi ditangguhkan pembukaannya oleh kerana keadaan kesihatan aku kurang baik.

Sebenarnya apabila org melihat calcard aku ada tertulis Warung Bantalkabu "Opening Soon".Ramai tertanya-tanya bila nak bukak warungnye...Alhamdulillah setelah hampir 2 tahun meniaga secara online dan merancang untuk membuka kedai, akhirnya terlaksana juga akhirnya.


Suatu ketika dulu


Sekarang



Aku beramat berterima kasih kepada Mr. Hubby, kerana banyak membantu aku dari segi kewangan, moral, fizikal (bantu dari segi mengset up layout kedai), dan macam2 lagi. Terima kasih buat famili baik famili aku dan famili hubby yg banyak memberi sokongan moral dan tenaga. Buat kawan-kawan terutama skali geng-geng MyMuslimart, Ex-SMSB94/95, tak lupa juga Selayang fm radio rasmi thekabugargen, serta rakan-rakan yg terlibat secara tidak langsung, terima kasih banyak-banyak. Sokongan anda tidak terbalas oleh kami. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas kalian.

3 comments:

Idayu said...

tahniah...kat mna warungnya?
semoga terus berjaya!

Unknown said...

Tahniah!! Moga terus success..

misah said...

idayu.. terima kasih. warungnya kat selayang indah, selayang, batu caves, selangor. nak tau lokasi sila google di google map thekabugarden.

Yus.. terima kasih.