Friday, June 4, 2010

Pergi tak kembali.

Sudah lama aku tak update blog. Masa amat mencemburui aku (atau aku yg tak pandai urus masa..hhehehe).Rutin seharian aku agak ketat sejak akhir-akhir ini menyebabkan blog ini bersawang.


Sejak akhir-akhir ni aku cukup gembira kerana aku bertemu kembali sahabat-sahabat semasa belajar dari tadika hinggalah ke peringkat uni yg telah lama lost contact. Bermula dari Januari 2010 kami ex-SMSB SPM badge 94 bertemu kembali dalam 1 majlis re-union yg ringkas dan yg pentingnya seronok. Pelbagai cerita-cerita zaman sekolah kembali. Ada juga yg aku tidak hampir cam kerana masing-masing dengan perubahan fizikal. Mana nye tidak, ada diantara kami semasa sekolah kurus, tetapi sekarang terlebih sihat. Ada juga antara kami dulu sihat sekarang dah kurus dan ada juga yg masih maintain. Seronok kerana dapat berjumpa guru-guru sekolah dan juga pensyarah semasa ASASI-UM dulu (pensyarah aku ni hubby cikgu skolah dulu). Kebanyakkan kawan-kawan sekolah aku ramai yg bekerja sendiri termasuk juga aku. Ada juga yg berkecimpung dgn politik, dan yang aku tak sangka salah seorang kawan aku adalah isteri kepada YB di kawasan aku.


antara yg bergambar.

Aku juga bertemu kawan-kawan semasa di uni dulu di alam maya. Alhamdulillah kami dapat keep in touch sesama kami setelah sekian lama berpisah selepas tamat belajar. Seronok sangat. Seronok kerana dapat bertemu walaupun di alam maya. Bercerita dan bertanya khabar.

Dalam pada seronok, aku juga bersedih kerana ada diantara kami telah dijemput mengadap Ilahi terlebih dahulu. Baru- baru ini, aku mendapat berita kenalan aku semasa di uni telah mengadap Ilahi pada usia yg muda dan meninggalkan anak-anak yang masih kecil dan masih memerlukan belaian kasih sayang seorang ibu. Bagi aku, kematian adalah bila-bila, tidak kira muda atau tua.

Bila sebut tentang kematian, ada beberapa perkara bermain dipikiran aku ni:

1) apakah amalan yg akan kubawa

2) sekiranya aku di"jemput" dulu di saat anak-anak masih kecil, siapakah yang akan menjaga mereka. Untuk mengharapkan hubby menjaga anak-anak yang masih kecil agak "payah" utk dia mengurus disamping terikat dgn kerja hakikinya. Untuk harapkan mak aku utk menjaga anak-anak aku, dia pula semakin hari semakin tua dan dia sendiri memerlukan masanya sendri untuk mengaji dan memang telah tiba masanya untuk dia berehat. Begitu juga dengan ibu mertuaku. Sekiranya ada pengganti diriku, adakah ibu baru kepada anak-anak aku boleh menahan karenah anak-anak ku nanti atau bolehkah dia menerima anak-anak aku seperti anak-anaknya.

Aku cuma boleh berdoa dan berharap Allah panjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik supaya aku dapat mendidik dan mengasuh anak-anak aku sehingga mereka dewasa. Aminnnn.

Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi.

No comments: