Sunday, July 11, 2010

Parents/Teachers' Day.

Jumaat lepas (9 Julai 2010) adalah perents/teachers' day di sekolah Arissa. Kami dijemput oleh admin sekolah untuk berjumpa dan berbincang dengan guru Arissa mengenai pogress di sekolah. Ini kira-kira cam ambil report card la ni.

Aku dan mr. hubby berkobar-kobar utk ke sekolah Arissa untuk mengetahui perkembangan Arissa di sekolah. Alhamdulillah utk pencapaian term kali ini amat memberansangkan. Ms. Jacintha (guru kelas Arissa) memberitahu kami Arissa bnyk menunjukkan prestasi yang baik dari segi sosial (kalau masa masuk sekolah dulu, dia susah untuk berkongsi dan berkawan) sudah menunjukkan perubahan yang ketara, boleh bermain bersama-sama rakan-rakan. Dari segi akedemik pula, dia menunjukkan minat dan memberi perhatian sepenuhnya dlm kelas. Dia juga lebih cenderung kepada seni seperti seni kraf, muzik dan juga tarian.Tambah Ms.Jacintha lagi, Arissa jenis yg berdikari.

Alhamdulillah, matlamat kami suami isteri untuk dia pandai bersosial dan pandai berkongsi nampaknya ada perubahan. Keseluruhan prestasi Arissa utk term ni diberi gred A, tidak seperti term yang lepas prestasi keseluruhannya B.

Arissa juga sudah boleh membaca sedikit demi sedikit dan vocab englishnya makin hari makin bertambah. Sekarang ni kalau aku cakap mummy chicken, baby chicken, Arissa akan betulkan dgn mummy chicken tu hen dan anak dia tu chicken, mummy goat anak dia kita panggil kid. Pernah dia tengok di tv ada pengacara yg mengeluarkan ayat "Hi kids how are you today?", terus dia tanya aku, "mama, kambing pun tgk tv ke?"-gedegangggg..... aku terdiam sebentar dan aku pun cakap kid yg orang tu kata ialah budak-budak. Dan Arissa pun cakap, "mama, jgn panggil Arissa kid tau. sbb Arissa bukan anak kambing"...heheheh...
Hmm...mulai minggu depan setiap Selasa, Arissa akan balik pukul 1pm kerana ada kelas tambahan..huuhuhu..sian anak aku, sekolah tadika pun ada kelas tambahan. Kesian pula, kerana setiap hari Selasa dia akan ada kelas renang, tentu dia akan kepenatan apabila pulang dari sekolah.

No comments: