Friday, October 19, 2012

Berblog semula

Salam. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk menulis semula blog yang sudah hampir 2 tahun tidak diupdate. Hmmm.. sebenarnya banyak benda yang nak ditulis tetapi pelbagai kekangan yang tidak dapat dielakkan. Mungkin juga selepas melahirkan little prince Ariz Safiyy banyak mengubah keadaan. 


Di saat melahirkan Safiyy, banyak benda yang perlu dilakukan dengan kerja-kerja rumah tangga, urusan bisness , tambahan pula membantu kakak menjaga anaknya. Rutin ketika itu amat ketat, tambahan pula Ariz Safiyy menyusu badan sepenuhnya. Berkejaran masa untuk mengapam susu untuk stok untuk dihantar ke nursery. Masa pula habis dijalanan, apabila urusan pergi menghantar dan mengambil Arissa ke tadikanya. Kemudian ditambah pula dengan kerja-kerja niaga, dimana berkejaran waktu untuk menjawab segala email dan pm facebook dan juga waktu pemandu syarikat courier yang datang sesuka hati mereka.

Selama tiga tahun tinggal di Selayang, kediaman kami berhampiran dengan rumah mak dan abah menambahkan lagi kekangan untuk menulis. Ada ketikanya emak uzur disebabkan oleh diabetis yang dialaminya menyebabkan kami sebagai yg terdekat dengannya perlu melaksanakan tanggungjawab yang tidak seberapanya. 

Alhamdulillah, mr.hubby banyak membantu walaupun dia sendiri sibuk dengan kerja-kerjanya sebagai pelajar penyelidikan. Adakalanya terpaksa meninggalkan kami beberapa hari untuk mengambil data dari utara ke selatan, dari barat ke timur.

Semenjak kelahiran Ariz Safiyy, beberapa perubahan pada Arissa terutama dari segi emosi. Mungkin selama empat tahun, perhatian dan kasih sayang kami sepenuhnya kepada dia, dan apabila kehadiran adiknya, mungkin Arissa terasa terpinggir atau tersisih disebabkan perhatian perlu dibahagi sama rata. Alhamdulillah, sekrang dia sudah dapat menerima kehadiran Ariz Safiyy dengan sepenuh hati.

Bagi Ariz Safiyy pula, Alhamdulillah, dia membesar dengan sihat dan ada beberapa keletahnya membuatkan kami sekeluarga terhibur dengan kehadirannya.

Buat diriku, sesungguhnya aku amat bersyukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakan kepadaku rezeki yang bertambah, keluarga yg bahagia, dapat melakukan kerja-kerja bizness bersama anak-anak dikeliling. Alhamdulillah, perniagaan Bantalkabu semakin hari semakin maju demi tapak. Dan permohonan untk cop dagangan Bantalkabu telahpun diluluskan secara verbal dan akan hanya menunggu surat tawaran sahaja, walaupun prosesnya mengambil masa hampir 2 tahun dan membuatkan aku mula berputus asa kerana ada beberapa proses perlu di pinda yg tentu sekali setiap pindaan melibatkan kos. Kos tersebut agak membebankan bagi aku yang masih mentah mengharungi bidang bisness ni. 

No comments: