Saturday, October 20, 2012

Sabtu.....


Rasa mengantuk yang teramat-amat, ditambah pula pagi tadi kami anak beranak pergi ke Carefour tanpa abahnya. Kerana tuan abah pergi ke bangi ada diskusi bersama-sama rakan seperjuangan.Letih kerana Ariz Safiyy tidak mahu duduk di stroller mahupun di trolley. Sakit tangan dibuatnya terpaksa dukung Safiyy dan dalam waktu yang sama terpaksa menolak troli yang penuh dengan barang-barang dapur. Yang sebenarnnya tidakla banyak sangatpun.

Sewaktu aku pergi kebahagian sejuk beku aku menerima sms dari guru piano Arissa yang menyuruh kami Arissa mengganti lesson yang dia tertinggal semalam kerana hujan lebat petang Jumaat tu, tambahan pula Jumaat minggu depan adalah Hari Raya Aidil Adha.  Waktu ganti adalah pukul 1.00 tengahari, dan semasa menerima sms tersebut baru jam 11.15 pagi dan kami hampir menyudahkan shopping barang-barang. Oleh kerana Safiyy ketika itu sudah tidak mahu berkelakuan baik, maka aku letak semula barang-barang sejuk beku ke tempatnya kerana khuatir barang-barang tersebut akan cair. dan ada juga beberapa barang tidak sempat nak dibeli oleh kerana Safiyy meragam dan terpaksa membeli di pasaraya wellward parit raja. So tiadalah aktiviti shopping baju di BP Mall.

Pukul 12.00 tengahari, kami sudah sampai ke sekolah muzik tempat Arissa belajar. Kami awal 1 jam dari yg sepatutnya. Selama 1 jam sebelum kelas bermula, Safiyy bermain dengan puzzle ABCnya (kami sentiasa bawa kerana itu mainan favouratenya). Dia lebih selesa di sini kerana dia boleh main menyusun blok-blok kayu, menyusun kereta mainannya dan disamping itu bermain dengan puzzlenya.

Kami tiba di rumah lebih kurang jam 3 petang, lepas solat zohor, aku cepat-cepat pergi ke Wellward supermarket untuk membeli beberapa bahan untuk di buat muffin. Kalau ikutkan malas nak pergi, tetapi oleh kerana permintaan Arissa, digagahi juga.

Balik dari Wellward, terus merebahkan badan dan tidur sebentar, kemudian bermulalah aktiviti membuat muffin.

 Muffin oren buat minum petang dan malam dan juga supper :)

Resipi dicedok dari sepupu dan telah diubahsuai ikut sesukahati aku;
Bahan-bahannya ialah,

125 gram butter disuhu bilik.
150 gram tepung naik sendiri
100 gram gula castor
2 sudu teh susu pekat manis
1sudu teh ovallet ( dlm resipi asal tade, memandai letak sebab nak habiskan stok)
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur gred B
jus oren dari sebiji oren dan 1 sudu parutan kulit oren (resipi asal takde, ni memandai jugak)

Cara-caranya;
1)Satukan butter, tepung, ovallet dan gula didalam mangkuk mixer, kemudian putarkan mixer sehingga sebatian menjadi kream (org putih kata creamy).
2)masukkan telur sebiji demi sebiji mix lagi, diikuti dengan susu pekat manis, jus oren bersama parutan kulitnya dan esen vanilla sehingga sebati.
3) Masukkan adunan(batter) ke dalam paper cup, dan bakar pada suhu lebih kurang 170 darjah celcius selama 10- 15 minit mengikut oven masing-masing. Oven terlebih dahulu perlu dipanaskan.

(selalunya butter dan gula di krimkan dahulu kemudian dimasukkan telur dan akhirnya tepung, resipi kali ini  krimkan gula,butter dan tepung) hasilnya sangat puas hati.)


Friday, October 19, 2012

Berblog semula

Salam. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk menulis semula blog yang sudah hampir 2 tahun tidak diupdate. Hmmm.. sebenarnya banyak benda yang nak ditulis tetapi pelbagai kekangan yang tidak dapat dielakkan. Mungkin juga selepas melahirkan little prince Ariz Safiyy banyak mengubah keadaan. 


Di saat melahirkan Safiyy, banyak benda yang perlu dilakukan dengan kerja-kerja rumah tangga, urusan bisness , tambahan pula membantu kakak menjaga anaknya. Rutin ketika itu amat ketat, tambahan pula Ariz Safiyy menyusu badan sepenuhnya. Berkejaran masa untuk mengapam susu untuk stok untuk dihantar ke nursery. Masa pula habis dijalanan, apabila urusan pergi menghantar dan mengambil Arissa ke tadikanya. Kemudian ditambah pula dengan kerja-kerja niaga, dimana berkejaran waktu untuk menjawab segala email dan pm facebook dan juga waktu pemandu syarikat courier yang datang sesuka hati mereka.

Selama tiga tahun tinggal di Selayang, kediaman kami berhampiran dengan rumah mak dan abah menambahkan lagi kekangan untuk menulis. Ada ketikanya emak uzur disebabkan oleh diabetis yang dialaminya menyebabkan kami sebagai yg terdekat dengannya perlu melaksanakan tanggungjawab yang tidak seberapanya. 

Alhamdulillah, mr.hubby banyak membantu walaupun dia sendiri sibuk dengan kerja-kerjanya sebagai pelajar penyelidikan. Adakalanya terpaksa meninggalkan kami beberapa hari untuk mengambil data dari utara ke selatan, dari barat ke timur.

Semenjak kelahiran Ariz Safiyy, beberapa perubahan pada Arissa terutama dari segi emosi. Mungkin selama empat tahun, perhatian dan kasih sayang kami sepenuhnya kepada dia, dan apabila kehadiran adiknya, mungkin Arissa terasa terpinggir atau tersisih disebabkan perhatian perlu dibahagi sama rata. Alhamdulillah, sekrang dia sudah dapat menerima kehadiran Ariz Safiyy dengan sepenuh hati.

Bagi Ariz Safiyy pula, Alhamdulillah, dia membesar dengan sihat dan ada beberapa keletahnya membuatkan kami sekeluarga terhibur dengan kehadirannya.

Buat diriku, sesungguhnya aku amat bersyukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakan kepadaku rezeki yang bertambah, keluarga yg bahagia, dapat melakukan kerja-kerja bizness bersama anak-anak dikeliling. Alhamdulillah, perniagaan Bantalkabu semakin hari semakin maju demi tapak. Dan permohonan untk cop dagangan Bantalkabu telahpun diluluskan secara verbal dan akan hanya menunggu surat tawaran sahaja, walaupun prosesnya mengambil masa hampir 2 tahun dan membuatkan aku mula berputus asa kerana ada beberapa proses perlu di pinda yg tentu sekali setiap pindaan melibatkan kos. Kos tersebut agak membebankan bagi aku yang masih mentah mengharungi bidang bisness ni.