Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Salam...
Selamat tahun baru 2010 buat kawan-kawan semua.
Bila tanya pasal tahun baru mesti orang akan tanya apa azam tahnun baru??? kadang-kadang perpikir dibenakku mestikah azam tu mesti dibuat setiap tahun baru??...

Bagi aku tahun 2010 ni;
1) Nak berazam hari-hari untuk buat yg terbaik.
2)As usual la.. nak jadi isteri, mama, anak,menantu, kakak, adik dan kakak ipar yg baik. Kene upgrade la..hehehe
3) Lebih proaktif lagi dlm bisness.
4) 2010 ni nak kene jaga "baby" baru.
5) Nak belajar mandrin pastu tamil ( seruan 1 Malaysia)
6) Merajinkan diri untuk menulis.
7) Nak slim dan pastinya sihat dan tak mau stress-stress.
8) Kene banyakkan membaca.- Since jadi suri rumah sepenuh masa jarang sangat membaca (tak baik untuk otak).
9) Nak tambah ahli keluarga baru. (masih belum tercapai pada tahun 2009 dan masih menanti).

Buat masa ni cukupla azam tahun baru aku ni..heheheh..nanti tak terbuat rasa terbeban la plak.

Pada tahun baru ini aku berdoa semoga dipanjangkan umur untuk menjalankan amanah yg diamanahkan kepada aku, dapat memberi khidmat kepada masyarakat dan agama, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, diminta dijauhi dari mala petaka, dan semoga negara yang aku tinggal ni dalam keadaan aman dan damai. Aminnnnn.

Tuesday, December 29, 2009

December 2009

Disember .. bulan yang agak kelam kabut bagi aku..
Disember jugak bulan yg memberi aku sejuta kenangan yang manis ( kerana aku bernikah dgn suami tersayang. Masih teringat di majlis pernikahan kami, dimana abah aku gugup menyebut nama hubby yg panjang. Khutbah nikah pun panjang jugak - panjangnye selama hampir 2 jam. aku rasa dalam adik beradik aku khutbah nikah kami la yg terpangjang sehingga aku tersengguk2 mengantuk..hahahaha. tu belum lagik masa hubby serahkan duit mas kawin, siap ada dialog yg agak puitis dan romantik yg juru nikah suruh hubby cakap).
Disember jugak aku berhijrah dari Parit Raja ke Selayang ( bukan dari Mekah ke Madinah)..
Disember jugak berakhir penantian kami menunggu ayah saudara menikah setelah usianya menjangkau 45 thn. Terima kasih buat makcik baru kerana dapat membuka hati pakcik kami untuk berkahwin
Disember .. aku dapat bnyk jemputan walimatul urus.. dlm bulan ni sahaja hampir 10 jemputan yg aku terima. Terima kasih kepada yg menjemput kami sekeluarga.
Disember... berakhirnya bulan dlm tahun...
Selamat tinggal Disember 2009, Selamat Datng 2010.

Monday, November 23, 2009

Aku dan Herbalife - Part 1

Salam...

Diam tak diam sudah 3 bulan aku dan mr.hubby menggunakan product Herbalife. Alhamdulillah kami mempunyai results yg sgt bagus. Bagi diri sendiri, aku telah berjaya untuk menurunkan berat badan sebanyak 9kg, dan hubby pula 8kg. Aku sgt bersyukur dengan Herbalife dlm program diet kami, hubby aku bukan sahaja dapat turunkan berat badan, malah juga tekanan darah dan kolestrol levelnya makin baik.

Bagi aku pula Herbalife bukan sahaja dapat menurunkan berat badan aku, malah bnyk perkara yang aku dapat bila menyertai program diet ni:-

1) Sebagai House Manager a.k.a surirumah, aku bertanggung jawab utk memastikan famili aku mendapatkan diet yang sihat. Bagi aku kesihatan paling berharga, kerana kesihatan yg baik, kami dapat melakukan pelbagai aktiviti yg kami suka dan tidak perlu berhabis wang ringgit untuk membiayai kos rawatan (walaupun hubby aku gvmnt servent) dan tidak perlu untuk menghabiskan masa berulang alik ke hospital.

2)Membina interpersonal skill:- Semenjak aku menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, aku rasakan interpersonal skill aku makin hari makin merosot. Dengan joinned aktiviti yg dianjurkan oleh Herbalife, aku menjadi yakin semula. Malah aku mula bersemangat setiap masa. Malah Herbalife juga mengingatkan aku supaya sentiasa merendahkan diri dan sentiasa berkeyakinan.

3) Sentiasa membaca dan belajar:- Belajar dari segi leadership dan pemakanan yang sihat. Aku cadangkan kawan-kawan juga membaca buku ini " The truth about Food" by Jill Fullerton-Smith (yg berharga RM92.50:- hubby belikan kat kedai buku Borders ), "The Food Doctor Ultimate Diet - changing the way tou eat for good" by Ian Marber (harga RM64.95 kat Borders gak) dan "you're what you eat- Chia Joo Suan (harga RM25.00 beli kat Border). dan bnyk lagi. List buku ni aku recomendkan kat kawan-kawan yg ingin menguruskan berat badan.

4) Perasaan:- Aku mula seronok dengan menyertai program ini kerana ia bukanlah satu program diet yg regim malah flexible dan aku masih lagi boleh happy eating dan dimasa yg sama aku boleh menurunkan berat badan. Selain dari itu perasaan cinta dan sayang kepada mr.Hubby makin bertambah kerana dia bnyk memberi sokongan dari segi spiritual dan yg penting skali kewangan ...heheheheheh (bnyk usahawanita berjaya berkata, dalam bisness suami mestilah berkerjasama untuk berjaya...yelakan kalau isteri berjaya dalam bisness, hubby jugak dapat tempiasnya kannn..

Okey la buat masa ni..nanti aku akan sambung part 2.

Sunday, October 25, 2009

Selamat Pergi dan Selamat Kembali

Alhamdulillah buat mak dan abah kerana dipanggil menjadi tetamu Allah pada musim haji pada tahun ini. Pada hari Sabtu pukul 5.40 ptg, kami keluar dari rumah menuju ke Kelana Jaya. Sebelum keluar dari rumah, seperti biasa, bacaan azan dilaungkan dan sedikit bacaan doa. Perjalanan ke Kelana Jaya mengambil masa hampir 1 jam. Kami sampai di Kelana Jaya sudah hampir waktu solat maghrib. Kami bergilir-gilir menunaikan solat maghrib.

Setelah selesai solat, hubby dan kak long aku serta adik aku sudah mula standby beratur untuk mengambil sticker bag, untuk memudahkan mak dan abah, maklumla orang agak ramai. Alhamdulillah segala urusan mak dan abah di Kelana Jaya berjalan dengan lancar.

Aku dan keluarga yang tinggal di sini mendoakan abah ngan mak sentiasa sihat tubuh badan serta dipermudahkan segala urusan untuk mengerjakan ibadah haji, semoga mereka mendapat haji yang mabrur. Semoga mereka selamat pergi dan kembali.

Thursday, October 15, 2009

Gamat @ Istana Budaya

Isnin lepas pada pukul 8.30 mlm, kami telah berada didalam dewan panggung sari untuk menonton teater musikal yang betajuk Gamat. Ini adalah kali pertama aku memasuki Istana Budaya. Selama ini hanya memerhati bangunan Istana Budaya sahaja.



Istana Budaya

Acara permulaan, dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, dimana semua penonton dikehendaki berdiri tegak. Agak sudah lama tidak menyanyikan lagu kebangsaan ini. Yang paling aku ingat kali terakhir menyanyi lagu kebangsaan ketika menghadiri majlis konvokasyen hubby iaitu pada thn 2005.



Famili kecilku
Selepas menyanyikan lagu kebangsaan, persembahan pun bermula. Ketika itu bunyi dr live band sangat kuat menyebabkan Arissa menangis ketakutan.. Arissa menangis meronta hendak balik. Cuak jugak kerana persembahan baru hendak bermula dan Arissa pula hendak balik. Aku dan hubby cuba memujuk dia sedaya upaya, maklumla dah beli tiket mahal-mahal, dah masuk panggung takkan nak balik begitu aja. Maka pujuk punya pujuk, akhirnya kami dapat tahu yg Arissa takut bunya yg kuat. Mujur kami ada membawa bersama selimut kecil, aku menggulungkan selimut itu dan membuat ear muff, dan akhirnya Arissa enjoyed untuk menonton.



Dalam Panggung Sari, Istana Budaya


Persembahan teater musikal GAMAT ini sangat memuaskan hati kami sekeluarga. Enjoyed sangat.. Buat penonton kali pertama macam aku, aku sangat kagum dengan pentasnya. sambil-sambil itu terus memikirkan mekanisma pentas, di mana setiap kali perubahan scene, aku sangat kagum kerana pentas akan bergerak dan menukar setnya. Tidak hairanlah harga tiket untuk setiap persembahan agak mahal bagi aku, walaubagaimanapun aku amat berpuas hati menonton GAMAT yg terdiri dari kanak-kanak cilik yang mampu membawa penghayatan watak serta kelincahan mereka menari dan menyanyi.



Hhehehe..bersama. "LIHATLAH DUNIA!!!" Azean Irdawaty


Setelah habis persembahan, kami mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar pelakon-pelakon GAMAT. Selesai megambil gambar, kamipun keluar dari dewan dan terserempak dengan seniwati yg tidak asing lagi Azean Irdawaty..heheheh...LIHATLAH DUNIA..

Pukul 12.00 mlm, kamipun tiba di rumah. Penat dan mengantuk... Apa-apa pun lain kali sekiranya berpeluang untuk ke Istana Budaya, aku nak pergi lagi...dan akan membawa ear muff untuk sikecil Arissa.

Thursday, September 3, 2009

Aktif di tempat lain

Sekarang ni aku dan mr.hubby mula aktif diruangan ini. Walaubagaimana pun aku akan tetap mengupdate ruangan ini.

Saturday, August 29, 2009