Friday, December 1, 2006

Jiran2.

Semalam aku ada berkenalan ngan bbrp org jiran kat sini semasa bawa Arissa berjalan2 amik angin petang. Tak sangka jiran2 di sini baik2 belaka, ada yang mengalu2kan aku jd org parit raja.Ewaaahhh.

Aku diperkenalkan oleh salah satu jiran di depan rumah aku sbg isteri MBB (MBB tu pangkal plat no kete yg hubby aku bawa). Rupa2nya selama hari ni jiran2 aku perasan ngan kehadiran aku kat taman ni kerana dorang ada ternampak ada pakaian yg disidai dirumah aku. Selalunya baju2 kotor, hubby bawa kekg utk dibasuh almaklumla kitorang ni PJJ (perkahwinan jarak jauh)dan selama ni dia jadi tan sri selama hampir setahun. oppsss tan sri ni bukan gelaran yg dianugerahkan oleh sultan, tapi ianya bermaksud tanpa isteri..


5 comments:

Anonymous said...

Dah jadi orang Johor lak sekarang ni eh ?

Unknown said...

tersenyum saya baca gelaran tan sri tu...hihi

salam kenal dari saya. InsyaAllah tahun depan dpt kita berkenal muka yer....

misah said...

emf..thanx visited my blog. skang ni dah jd org parit raja la, coz ikut hubby.

yus,
salam perkenalan.hehehe..penah ke ur hubby dapat gelaran tan sri??

Ajzie said...

salam ziarah dari jiran sebelah rumah.. Seronok tak jadi org parit raja..hihihi.

misah said...

ajzie,
salam perkenalan, buat masa ni ok la jadi org parit raja, tapi blom mesra lagi ngan jiran2 kat sini. maklumla asyik hujan je, so tak kuar2 rumah pun. baru2 ni baru je balik kg melaka selama seminggu.