Sebaik tiba di Mutiara Rini aku menelefon Azfa, menanyakan di mana lokasi rumahnya, sementara menunggu hubby melihat2 kerja studentnya di kedai dobi tu. Sesampainya kami di rumah Azfa, kami dijamu makan tengahhari. Kami dijamu, sup fishball +sayur, ayam gereng bertepung dan sweet sour ikan kembung besar. Selepas itu dalam pukul 4 petang kami pun beransur pulang. Kami bercadang selepas pergi ke rumah Azfa, kami ingin ke Danga Bay.
Makan tengah hari di rumah Azfa: Azfa dan anaknya Firdaus
Di dalam perjalanan ke Danga Bay, jalan terlalu sesak, maka aku dan hubby decided untuk tidak pergi ke Danga Bay memandangkan hari sudah petang, kerana kami tidak mahu sampai ke rumah pada waktu malam. Apabila sampai di depan rumah ada sebuah ketera honda city didepan rumah sebelah kami a.k.a rumah akmal dan ajzie. Rupa2nya mak dan ayah akmal datang kerumah tu untuk melihat2 keadaan rumah mereka. Akupun mengambil peluang untuk berkenal2an dgn orang tua Akmal. Oleh kerana waktu maghrib telah masuk, aku meminta mengundurkan diri untuk masuk ke rumah kami.
Arissa, mama, bibik dan nenek Alya ngan Ammar
Selepas solat maghrib, abah mertua aku menelefon kami, bertanyakan sama ada kami sudah sampai atau tidak. Rupa2nya abah dan mak mertua aku telah tiba di Ayer Hitam dalam perjalanan ke rumah kami kerana rindukan Arissa.
Keesokkan hari , aku menyiapkan sarapan donut dan hubby membeli nasi lemak di gerai belakang rumah kami. Selepas sarapan, aku dan hubby pergi ke pasar untuk membeli lauk untuk stok seminggu, lagipun hubby ada menjemput kawan2nya Bihah dan Owan suami isteri untuk makan tgh hari di rumah kami. Selepas lunch hubby dan achik menghantar Bihah ke stesen bas kat Ayer Hitam, ttp bas terlepas, dan Bihah terpaksa naik bas malam untuk balik ke KL. Kesian Bihah.
Selepas Asar, mak dan abah mertua pulang ke kampung. So rumah kami pun jd sunyi seperti sedia kala.
p/s: Azie: Boleh la tgk gambar kami ngan nenek Alya ngan Ammar untuk pengubat rindu...heheh
5 comments:
Terima kasih mamaarissa.. Alya n Ammar excited tgk gambar nenek ibu.. Nenak Ibu n Atok datang kemas rumah yea..hihihi. Kesian mereka ..takper2 tak lama lagi kami dah nak balik tau.. Arissa nanti ada kawan lah..
mana aci.. nenek n atuk arissa je rindu kt arissa. bibik aja pun rindu kt arissa.. xpe2.. ahad ni kite jupe arissa ek.. kena amik cuti sbtu ahad sbb nk jupe arissa
heheh... bibik aja rindu kat A ker? hehehehehehehehehehehehehe
Ajzie, dah kenalkan camne muka misah. Alya ngan Ammar dah hilang rindu kat nenek ibu ke??
Aja, kalau rindu kat Arissa mai la kat sini..
si A tu ari2 tgk...
Post a Comment