Thursday, March 15, 2007

Kemalangan yang dasyat.

Selasa-13 Mac 2007, aku membawa Arissa ke Klinik Kesihatan Parit Raja kat Parit Daun. Selalunya suami ku yg menghantar kami ke sana. Baru-baru ni hubby dah bawa kereta kancil ku ke Parit Raja. Maka pada petang Isnin itu aku telah membawa Arissa sendirian bersama kakcik ( aku yang pandu) tetapi aku tak bawa kereta kancilku kerana hubby bawa ke pejabat. Jadi aku membawa kereta hubby.

Semasa pergi ke klinik, aku melalui jln belakang (jln kampung yg sempit). Akhirnya kami sampai ke klinik dengan selamat. Di klinik pula Arissa diperiksa seperti biasa, ditimbang berat badannya dan ukuran panjang, tetapi tidak dicucuk seperti biasa. Setelah selesai, aku mengunggu achik pulak kerana batuk dan selsemanya tidak baik2 semenjak 2 minggu yg lepas. setelah selesai achik mengambil ubat di farmasi, kami pun balik.

Semasa kami dlm perjalanan pulang, aku mengambil keputusan untuk pergi ke pejabat pos untuk renew lesen memanduku. Dipersimpangan jalan keluar klinik, kereta dan lori bergerak dgn lajunya. Dalam pada mengunggu giliran untuk melintas jln, aku sempat bersembang dengan achik, sepanjang aku drive di kuala lumpur, aku tidak takut untuk memandu, kerana di KL, lori dan kenderaan berat ada waktu2 tertentu boleh melalui kawasan town. Dalam pada bercakap begitu dgn achik, kedengaran bunyi meletup, aku sangkakan ada kereta belakang yg melanggar kereta di belakang, rupa2nya ada kemalangan di depan mata kami. Kejadian itu aku rasakan dalam sekelip mata sahaja.

kemalangan melibatkan 2 buah kereta, 1 kereta iswara dan 1 kereta kancil tetapi mereka berlainan arah. Ini lah kali pertama aku tgk kemalangan yg dasyat, dimana kereta kancil itu remuk di depan dan dibelakang kereta, habis terburai isi kereta, yg aku nampak kusyen di kereta kancil itu tercampak kira2 5 kaki dari kereta kancil tersebut.

Yang ngerinya seorang bayi lelaki ( aku rasa kerana dia pakai baju biru), tercampak berada di bawah kereta iswara. Bayi tersebut berlumuran darah. Aku tidak dapat menahan rasa sedih melihat bayi itu, Cuba yg aku berdoa semoga bayi tersebut selamat dari sebarang kecederaan dalaman.

Aku meneruskan perjalanan ke Pekan Parit Raja, oleh kerana tersa menggigil lagi melihat kemalangan, aku tidak dapat mencari dimana pejabat pos, lalu aku meneruskan perjalanan pulang ke Taman Wira.

Sejurus sampai kerumah aku terus membasuh muka, badanku terus menggigil, kesejukan. Aku terus demam, sebelum itu aku mengambil panadol dan tido.

Apabila hubby pulang, achik pula tidak sabar2 nak bercerita tentang kemalangan tersebut ketika hubby nak masuk kedlam rumah. Cuma aku menyuruh achik diam dulu, memberi laluan kepada hubby untuk berehat seketika, mandi dan solat asar. Selepas itu barulah kami bercerita ttg kemalangan itu. Tetapi belum sempat habis bercerita hubby pula marah aku dgn nada yg tinggi ( tidak pernah dia marah begitu pada aku semenjak kami berkahwin setahun lebih) kerana menggunakan jalan depan klinik untuk ke pekan parit raja. Rasa sedih sangat sbb kene marah macam tu. Yang sebenarnya aku mana la tau jalan2 kat parit raja ni. selalunya aku duduk kat rumah sehari suntuk. pastu barang2 dapur hubby yg belikan. Cuma dlm seminggu aku baru keluar dr rumah, itupun nak balik kampung.

6 comments:

Ajzie said...

Alahai..kesian nya Misah... takper lah Azlis tuh bukannya apa, dia sayang kan misah dan arissa dan adiknya tuh.. Dia risau kalau terjadi apa2 kan.

Misah, Azi kalau dari Taman Wira nak ke Parit Raja, Azi akan buat UTurn di Kuithho(ada lampu isyarat) baru ke Parit Raja. Azi tak pernah belok terus ke kanan utk ke Parit Raja coz kereta laju2 sgt(4lane), Azi risau walaupun sudah biasa memandu dalam keadaan yg sesak di Pasir Gudang hway.

Kereta dan lorry di situ mmg bawa laju2 sgt. Sepatutnya kena buat pembahagi jalan..Agar kenderaan tidak mudah2 nak belok ke kanan atau kek kiri kan.. Kedang2 ada yg tak beri signal..tuh yg bahaya tuh...


Panjang lebar pula ulusan ku ini, sebab azi tahu sgt keadaan lalulintas diparit raja tuh.. Risau sungguh kalau memandu..

aZZa said...

betul tu.. ntah ape2 je la. sape la arkitek jln tu. x leh pikir ke.. situ kan kwsn kg.. even kt putrajaya pun siap ada divider sbb x bg org cross.. lori bwk dah ler laju x hingat.. letak bumper byk2.. hahahha

azlissani said...

janganlah sedih.. bukan marah tapi risau esp bila sayang citer pasal baby tu... i luv u all

Ajzie said...

huhhhuu..Haaah kan yg tertuduh dah buat kenyataan daahhh......

Masak apa mlm nih?

misah said...

Ajzie,
Kat sini mmg merbahaya kalau nak drive. Masa kat kl dulu kite selalu gak cilok2 jln tp tak la cam kat parit raja ni bahaya.
Mlm ni tak masak sbb tghari tadi masak lebih, so makan lauk tghari td. Hari ni makan kobis masak lemak, ikan kembong goreng+bawang goreng+cili goreng, ulam daun salad ngan tomato dan sambal belacan.

Aja,..
Rasa2nya arketik jln raya ngan engineer jln raya tak study pasal ergonomic dan safety masa design jln tu.

Hubby,
Mmg la kalau drive nak selamat sbb bawa Arissa ngan Achik.Arissa tu amanah Allah kat kite, Achik lak amanah mak ngan abah.

Unknown said...

yus tak dapat bayangkan kalau berada di tempat misah, rasanya balik menggigil juga. Yus yang baru baca ni pun mcm boleh bayangkan mcm mana keadaan bayi tu, tak sanggup rasanya kalau ia terjadi pada anak kita...nauzubillah. Harap semangat Misah dah pulih kembali, kalau tgk perkara mcm ni adakalanya semangat kita hilang, mula rasa fobia sentiasa.Take care...