Hmmm...dah tak tau nak masak apa. Bila hari2 masak tak tau nak masak apa. Lunch nak masak apa, minum petang nak buat apa, dinner nak buat apa....hmmm...pening gak dibuatnya. kat peti sejuk ada sayur gobes, gobis bunga, gobis panjang, sawi, carrot, batang saleri, putik jagung, tomato, serai, ayam, ikan, udang dan mee kuning.
Masih termenung didepan peti ais yg terbuka.. Dikotak pikiran aku, kalau nak masak kari, weekend baru2 ni dah makan kari kepala ikan. nak masak sambal..jemu, nak masak kicap pun jemu, tomyam , sup ayam,ungkerp...asyik masak tu je...Lalu aku tanya achik.
Aku: Achik, ari ni nak makan ape ye, akak dah tak tau nak masak apa.
Achik: Masak la apa-apa.
Aku: Sbb tak tau ni la akak tanya ko.
Achik: Akak achik tak mo makan nasi la tgh hari ni. jemu.
Aku: Abih ko nak makan ape?
Achik: Akak, mee ada tak?
Aku: Ada.
Achik: Akak kite makan mee goreng la.
Tetiba Arissa menangis nak menyusu.
Aku: Achik, sementara kakak menyusu Arissa, tolong potong ayam 1 ketul, sawi 2 pokok, bawang merah 2 ulas, bawang putih 1 ulas di tumbuk ye.
Selepas menyusukan Arissa, tgk macam tak menarik je rencah mee goreng aku ni, so aku tambah lagi 1 kelopak kobis ngan 1 hiris lobak..heheh meriah sikit.
so teng..teng..teng.. ni la dia mee goreng untuk lunch aku hari ni bersama achik.
Mee goreng bersama air oren sunkist
5 comments:
Wahhh rindu mee kuning..sini sapgetti ler jadi mee.. Ehh tapi sedap gaks tau misah..
Idea Menu esok..
Spagetti
Ayam Bakar
Rendang Daging - Daging ada tak?
Buat Lontong kering pun best..ada sambal sotong besar2 tuh and kuah kacang.. adehhh saya pun terliur nih..
Ajzie,
Esok planning nak buat pulut serunding buat makan petang. itupun kalau rajin pi kedai cari lemang segera.heheheh.kalau lemang segera tarak, terpaksa tanak beras pulut le. heheh
wah.. best tu pulut serunding, keta ada.. bolehlah gi kedai kan.. heheh. Drive carefully
Misah.. smlm azi buat pulut kuning makan dengan kentan dan ayam.. Serunding daging dah lama abis ...
Misah, Azi buat lemang juga disini..Lepas beras pulut dah lembut dalam kukusan, Azi gulung pakai Alufoil dan bakar dalam oven ..huhuhu
Ok ler dari tak de kan..
samalah dgn yus, hari2 masak sampai takde idea kadang tu. Tanya kat cik Din jawabnya apa2lah asal kenyang. Kalau paksa gak beri idea, mintak yg bukan2 yg brg susah nak dpt..ngada2 tul...hihi.
Waah azi, sempat lagi buat pulut kuning. Yus ada gak buat tapi guna microwave, nak buat pulut kuning asli, malas..haha
Post a Comment