Sejak petang semalam Arissa mula selsema dan batuk. Risau gak bila malam dia meragam sebab tak boleh tido. Jadi selepas solat asar aku pun bersiap2 untuk ke klinik membawa Arissa. Tetiba hujan pulak turun, mula-mula tu hujan turun renyai-renyai. Aku pun mula membuka pagar, sambil itu aku menelefon hubby tetiba petir dan guruh bunyi begitu kuatnya. Lalu aku terus mematikan handphone aku.
Hujan semakin lebat dan petir dan guruh masih ada lagi. Dalam masa untuk menunggu hujan reda, aku menelefon ibu mertuaku untuk menanyakan sama ada pcm boleh diberi kepada Arissa untuk selsemanya. Lalu ibu mertuaku menjawab pcm tu hanya untuk pain killer dan ubat demam, selsema tak boleh. Dia mencadangkan aku meletakkan kunyit hidup di batang hidung Arissa, dan menyaran aku pergi ke klinik sendirian dan Arissa tinggal bersama achik. Tetapi aku tidak dapat pergi keklinik untuk mendapatkan ubat Arissa kerana hujan masih tidak reda sehingga pukul 11 malam. Lagipun aku tak berapa tahu sgt pasal parit raja ni di mana klinik 24jam, tambahan pula aku tidak berapa berani untuk memandu di waktu malam di sini. Oleh kerana aku tidak dapat pergi ke klinik, aku meletakkan serbuk kunyit yg dibancuh dengan air ke batang hidung Arissa (kunyit hidup tak de kat umah). Risau Arissa meragam waktu malam kerana hubby tak de di rumah. Nasib baik Arissa tak meragam, tetapi sangat aktif berdiri dan tido pada pukul 1.15 pagi. Fuh letihnya sbb terpaksa berkejaran dgn Arissa bimbang dia terantuk.
Jadi, hari ni selepas sarapan, aku membawa Arissa ke poliklinik Zain. Aku ingat aku pergi ke klinik yg pernah hubby bawa bulan lepas kerana Arissa mengalami sembelit. hahahah...Walau bagaimana pun klinik di situ adalah klinik panel UTHM. Setelah balik dari klinik, kami singgah kejap kat kedai save n save ngan welward. Kat kedai save n save tu achik beli seluar jean ngan topi untuk dipakai semasa menyidai kain ngan merumput kat rumah mak kat melaka. Kat welward pulak beli nestum ngan biskut Arissa kerana stok dah habis, lagipun Arissa tak mahu makan bubur nasi.
Selepas balik dari Welward, aku bagi Arissa makan nestum dan beri ubat selsema ngan batuk, dan diapun tido. Agaknya kesan ubat batuk ngan selsema tu. Sementara aku masak untuk lunch achik pula tengok-tengokan Arissa. Hari ni aku cuma masak simple je, ikan goreng, sambal kicap ngan sayur bening.
Malam ni Arissa tido pukul 10.30 mlm. Harap2 dia tak bangun tgh malam utk bermain..
8 comments:
Keisan Arissa ..moga cepat sihat yea..
P.s
Arissa jangan lah bangun malam ya.. kasi mama arissa rehat ok...
alalala Arissa.. nak tumbuh gigi ek.. hehe pasni jgn gigit brg tau
ajzie...
Arissa semakin aktif pas makan ubat batuk ngan selsema, selalunya org tido pas makan ubat.
aja...
pasni jaga2 nanti Arissa nak try gigit bibik dia..heheh
nak tgk gambar arissa yg terbaru..mesti dah makin comeyyy
yan..
gambar2 arissa yg terbaru ada kat laptop abah dia..
misah
buat ler n3 baru..hihihi.. jengah kesini asyik tgk n3 'Arissa ke Klnik' aje..
ajzie tarak masa nak tulis n3 baru..lagi pun pagi td arissa ke klinik lagi coz selsema dia dtg balik.
Post a Comment