Fuhhh..lamanya aku tak update blog ni.. Heheh..sampai Ajzie tertanya2 kenapa tak update. Memula sibuk dok balik kg kat Hutan Percha coz hubby balik ngundi pada 12 April yg lalu pastu 20hb April balik seminggu kat Selayang.
Pastu lak sibuk ngan Arissa. Now dia dah mula pandai berdiri dgn berpaut pada meja, badan mama ngan abah dia dan apa2 saja yg boleh dia paut la. Arissa sekarang ni dah tak boleh dibiarkan sengsorang coz takut terjatuh.
Mulai 3 Mei, aku telah menghantar Arissa kat nursery kat taman pintas jaya. Setiap hari aku akan menghantar Arissa ke sana dengan membuat U-turn kat UTHM padahal aku boleh cross je jalan tu, tetapi aku tak berani, phobia agaknya selepas melihat kemalangan yg berlaku didepan mata aku. Bagi aku engineer yg buat design jalan kat parit raja tu ntah2 failed design kot...heheh..jgn mare. Tetapi mmgla bg aku design jalan raya di parit raja ni mmg merbahaya. Dengan keadaan jalan raya yg sibuk (ada 4 lane-2 kanan dan 2 kiri) tetapi tiada devider di tengah2nya. Tambahan pulak jalan raya tu pulak tiada signboard masuk ke simpang2, kalau drive tetiba kereta keluar ke jalan raya. kalau ada jalan keluar masuk kampung2 atau taman2 pulak tu tiada apa2 tanda, seperti signboard, anak panah kat jlan raya tu, tak pun mana2 susur keluar jalan tu letak la traffic light ke, jalur kuning yg timbul atas jalan raya tu ke... Ish melalut plak aku pasal jalan raya kat sini. Kalau YB kat parit raja ni baca sila la buat sesuatu...
Aku plak insyaAllah 16 Mei ni aku mula bekerja kat dalam UTHM. Tapi bukan pengajar atau kakitangan akademik kat UTHM tu tapi keje jaga kedai buku kat dalam UTHM tu. Kalau ikutkan ngan kelayakan aku sebenarnya overqualified, tapi apakan daya, aku dah boring duduk kat rumah walaupun Arissa ada. Sebenarnya sekarang aku mula merasakan diri aku ni kosong. Otak aku hanya memikirkan apa yg aku nak masak setiap hari, basuh baju, lipat baju, gosok baju, kemas rumah dan hal2 berkaitan dgn rumah tangga. Komunikasi dan sosial aku terhad. Pagi-pagi hubby dah pergi kerja, tinggal aku ngan Arissa. Kawan aku cuma Arissa saja. Kalau sekarang ni aku mengajar Arissa menyebut mamamama, bababababa,tatatattata. Kalau bercakap pun dgn hubby selepas jam 7 biasanya, kebiasaannya dia sampai ke rumah pukul 7. Tambah plak kalau hari ada cerita CSI, dia tgk tv dgn khusyuknya. Itu tak termasuk kalau dia pergi balik ke office pada waktu malam. Kadang2 kalu dia pergi office pd waktu malam, kalu dia balik aku pun dah tido.
Sebenarnya bukannya tak enjoy duduk di rumah mengasuh anak sendiri, tetapi sebenarnya aku dah biasa bekerja, dah biasa dgn otak berserabut semasa bekerja, jumpa pelbagai jenis org dan ragam tetiba duduk rumah otak tak bekerja sepenuhnya, terasa kosong ..
7 comments:
mak ckp arissa dah ada kwn baru kt nursery.. nama rizky ekk.. hahah ni mesti sbb mama arissa tgk cite ratapan anak tiri tu..
salam misah,
yus selalu gak jenguk sini. Memang rasa Misah mesti sibuk kot. Hmm..betul tu, ada rasa satu kekosongan bila asyik duduk rumah jer. Yus pun merasakannya, bila sampai satu tahap, boring yang amat, selalu tension gak. Kadang2 mengadu dgn ajzie..huhu. Seronok lah skrg dah dpt kuar rumah balik, moga ceria selalu.
Abid baru nak pandai maju kedepan, merangkak belum laju lagi tu. Baru satu dua tapak. Arissa pun dah dpt banyak kawan lah skrg kan.
Aja, Arissa skang ni mmg ada kawan, nama best freind Arissa bukan Rizki tapi Rifki. Now dia ada kawan baru lagik namanya Ariz.
Yus, Salam..Memang seronok dapat keluar rumah lagik, tp risau gak ngan si kecik, Arissa tu.
Now Arissa dah boleh berdiri lepas satu tgn. Hehehe..Arissa tu dah pandai berdiri tapi duduk tak leh lagik. Kemarin masa amik dia balik dr nursery, dia nyayi2 dlm kete..yg dengar bunyi tetar..tetar..tetar..agaknya nyanyi lagu twinkle twinkle little star ko...
salam..
kak misah, ni azrin. Akak tak kenal kot, tapi azlis kenal. Cube tanye dia. Full name saya Azrin Hani. Staf akademik UTHM gak. Satu department ngan azlis. Dulu saya dok sebelah nursery pintas jaya tuh. Ni sebenarnye nak mintak no hset kak lin (tuan punye nursery tu). Mesti kak misah ada kan sbb anta arissa kat situ. Thanks yea. Salam buat azlis n arissa. Bole forward kan number hset kak lin tu thru blog ni gak or kalau rajin email ke azrin@uthm.edu.my. thanks again..bye
Ahha lah misah, Risau betul lihat lama tak online.. Manalah tahu tak sihat ker apa ker kan.. Tu yang sibuk tanya dengan Aj kenapa lah Misah or Azlis tak onlin eik.. Rupa2nya busy bangat yea..
Harap semua akan ok nanti bila Misah sudah berkerja yea. Selamat Hari Ibu dari Azi..Have a wonderful day..
Hugs
Azi
Selamat bekerja honey...
kalau ikutkan tak yah je kerja sebab gaji yg diberi tak seberapa. Tapi kesian tgk boring je dok umah, so bekerja walaupun gaji tak seberapa boleh hilangkan rasa boring. insyaallah pasni lagi banyak dapat kawan sbb kena round satu uthm jual buku. Selamat hari ibu gak!
Azrin Hani, nnt saya bg no tipon tu tru email.
Ajzie, thanx amik berat pasal kitorang.Selamat hari ibu gak buat azie, azrin, yus dan ibu2 yg membaca blog ni..
Hubby, thanx bg keje. heheehh.. pas ni bleh slim le coz naik tangga turun tangga buat sales satu UTHM.heheh..anyway thanx for greating.
Post a Comment