Tuesday, September 11, 2007

Happy birthday Arissa.

Selamat hari lahir buat anakandaku yang bernama Nur Arissa Binti Mohd Azlis Sani yang pertama. Dengan lahirnya Arissa ke dunia ini, segala kesakitan yang bonda alami terubat dengan melihat mukamu yang comel itu. Bonda adalah orang yang pertama yang paling gembira dengan adanya Arissa di sisi mama.
Buat anakandaku, tiada intan dan permata yang boleh bonda berikan kepadamu sayang. Hanya kasih sayang yang tebal dari dalam lubuk hati bonda selain mendoakan Arissa sihat, menjadi anak yang solehah, murah rezeki, cerdik dan pandai. Moga-moga dilindungi Allah dari segala dugaan dan godaan pada hari-hari mendatang serta diberi hidayah daripada Allah S.W.T.
Buat anakandaku yang dikasihi, bonda berharap pada masa yang mendatang anakanda dapat meneruskan kehidupan yang dipenuhi warna warni kehidupan. Sesungguhnya perjalanan hidupmu masih panjang dilalui.
Selamat hari lahir buat anakandaku!

3 comments:

~rin~ said...

selamat hari lahir yg pertama untuk Arissa yang comel! Semoga membesar menjadi anak yang solehah, sihat, cerdik dan cergas ! Acik rin teringin nak jumpe arissa..Sebab muke Arissa n Syifa macam nak dekat2 sama. InsyaAllah satu hari nanti..

misazlissa said...

terima kasih rin.. insyaAllah kita akn berjumpa..

Dr Ezura said...

happy birthday arisa..salam perkenalan mama arissa..thanx for dropping by my blog