Sunday, September 30, 2007

Raya Makin Hampir.

Tup..tup..tup..pejam celik..pejam..cellik ada lagi lebih kurang 12 hari sahaja lagi kita akan menyambut aidil fitri. Aku rasa begitu cepat masa berlalu. Sedih pun ada nak tinggalkan bulan ramadhan yang mulia ini. Tahun ni adalah tahun kedua aku tak dapat menunaikan solat terawih, kerana pada thn lepas aku berpantang bersalinkan Arissa. Thn ni plak kene jaga Arissa kerana Arissa masih kecil lagi untuk di bawa ke masjid atau surau. Solat terawih sendirian??? aku belum buat lagik..hati ni meronta2 nak buat solat terawih, tetapi agak payah kerana bila tinggal aku dan Arissa sendirian dia tidak mahu berenggang dgn aku, macam ada "magnet" lak kat aku ni.

Mengenai persiapan hari raya, thn ni kami buat dengan kadar yang amat sederhana. Baju raya aku dah pun siap, (hubby beli kain kat tampin, buat baju kat hutan pecha), baju Arissa pun dah tempah tapi tak tau lagik la dah siapke belum (kene tanya Achik), Baju raya hubby (hubby pakai baju melayu 2-3 thn yg lepas;_ may be Isnin depan baru dia nak pi shopping kat JJ).

Kuih raya??? kuih raya tunjuk je..nak buat pun equipment tak cukup so maleh nak buat (heheheh...alasan tak mo buat kuih raya).Sebenarnya hubby dah pun memesan bbrp jenis kuih raya..aku pun tak tau hubby pesan kuih apa..

Langsir??? guna langsir yang ada.. Perabut?? mmg rumah aku tak de perabut dan tak nak beli perabut lagi...(kalau hubby pi further study, nak letak mana perabot2 tu..coz may be nak sewakan umah ni : tak de tempat nak simpan). So, sesiapa yang datang umah aku bersabo le ya..duduk bersila atas lantai..hihihihihi

Thn ni adalah thn pertama aku berpuasa dgn suami tersayang. Thn lepas aku dok kat melaka dan dlm pantang, hubby lak balik seminggu sekali. Kalau dulu masa zaman anak dara dulu, weekday mak wan ( mak aku) yang masak2, aku masak cuma weekend sahaja. Thn ni hari-hari kene masak sendiri cos hubby suka makan masakan di rumah dr beli kat pasar ramadhan. Huhhuhuhu...baru aku tau macam mana makwan hari2 bising nak masak apa untuk berbuka ngan bersahur, kini tiba giliran aku plak. Hubby tak memilih ttg makan, kalau hari2 buat sayur bening ngan ikan kembung goreng pun tak pe..cuma aku la..jemu masak benda yang sama.

Khamis lepas, kami sekeluarga dan ajzie sekeluarga berbuka puasa di rumah yus - buat port-luck. Aku bawa mee kuah, Ajzie pula bawa macaroni bakar ngan puding, Yus plak buat soto ngan bingka jangung( betul ke yus bingka jagung).

1 comment:

aZZa said...

sukenye Arissa naik keta dr UK