Sunday, May 4, 2008

Akhirnya......

Pada 24-28 April, suami tersayang telah menghadirkan diri ke kursus Bina Negara. Selama itu aku dan Arissa tinggal di rumah mertuaku di hutan percha. Semasa di sana, tekakku teringin untuk menjamah kuih2 melayu..(heheheh..cam org peknen je la plak). So apa lagik, aku dan ibu mertuaku pun membuat projek kuih2 tradisional.

Pada hari pertama...kami pergi ke hospital kerana anak bibik Mar sakit asma.

Pada hari kedua... bermulalah projek pertama iaitu membuat rempeyek. Tiada yang reject.sebab ibu mertua ku mmg expert pasal buat rempeyek ni.

Pada hari ketiga... aku saja je tanya kat mak mertua aku sama ada dia ada mempunyai acuan kuih puteri ayu...rupa-rupanya dia tidak mempunyai acuan itu. Rupanya dalam diam ibu mertua ku pergi ke pekan tampin membeli 24 biji acuan puteri ayu tu. Pada paginya dia telah mengopek kelapa dan memarut kelapa untuk dibuat kuih puteri ayu itu. Lalu aku pun buatla..heheheh..taksangka2 jadik plak kuih puteri ayu itu....bangganya aku..

pada hari keempat...sebenarnya aku teringin sangat nak makan kuih lompang, siap bawa acuan lagik tu ke rumah mak mertua, bila aku buat lompang yang aku buat kasui jadinya...kui...kui..kui... sbbnya tak de lompang pun kat kuih tu... dah la tu plak lembik gelenok lak tu... tapi apa2 pun pak mertua aku makan bnyk gak kuih lompang yg tak jadi tu (huhuhuhu...ntah2 dia saja nak amik hati aku kot)

Pada hari kelima..... aku dan ibu mertuaku membuat kuih puteri 2 sebilik or kuih tepung bungkus. Ni mmg jadi le...sbb mak mertua aku yg bancuhkan..aku tolong bungkus je.

Sebenarnya banyak projek yg aku dan ibu mertua nak buat..antaranya.. kuih cara berlauk, mee kuning, laksam, kuih tako dan cucur badak..tapi tak sampat nak buat..jadi tunggu Anis balik dari Sarawak le...heheheh leh soh dia yg prepare bahan2..

Semalam (3/5/2008) aku mencuba pulak sekali lagi buat kuih lompang, dan hasilnya menjadi....tersenyum lebar aku..(aku cari resepi kat internet..blog sapa pun aku tak ingat)


Jadi aku pun nak share buat kuih ni bersama2:

Bahan2nya:
3/4 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1/2 cawan gula merah
3 sudu besar gula pasir
2 cawan air

Cara2nya:

1)masakkan air+gula merah+ gula pasir (kalau ada daun pandan..masukkan simpulan daun pandan untuk aroma). biarkan sehingga suam2...kemudian tapiskan
2) panaskan periuk kukus bersama acuan kuih lompang (acuan mesti betul2 panas)
3) masukkan tepung beras, tepung gandum, dan tepung ubi, bancuhkan bersama air gula tadi. gaul sampai sebati (kalau ada ketulan tepung..tapiskan)
4) masukkan kedalam acuan kuih lompang tadi..
5) biarkan selama 10 minit untuk masak.

Selamat mencuba...heheheh

(p/s: tak boleh nak amik gambar step by step...sbb nak kejar masa...tak nak bagi Arissa kacau)

5 comments:

zino said...

kalau lompang tu zino paham la.. kalau NS lompang tu penampau la.. hehe

tapi kueh lompang ni tak perasan pulak hehe

misah said...

zino..
kuih lompang tu rasanya cam ala2 kuih kasui..cuma kuih kasui guna tepung gandum.

~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

hubby den x pi lgik nih kursus bina negara nih...ntah bilo ntahhh

misah said...

lovelyzz corner,
ur hubby pun nak samb blaja jugak ke?? dia mengajar kat ipt or dr gov sector??

Anonymous said...

kak misah, thanks for the wish.
Amboi..best nye memasak kuih2 tradisional. Bak le siket..:)