Saturday, September 20, 2008

Peristiwa bulan September

Bulan September ini merupakan bulan yang penuh peristiwa-peristiwa yang menarik bagi aku. Bulan Ramadhan thn ini pun berlaku pada 1Sept. Detik-detik yang berlaku pada awal September ini, aku dan Anis membuka kedai maya yang bernama AnissaGiftShop. Alhamdulillah, sambutan agak memberansangkan walaupun baru beberapa hari dibuka. Kami di AnissaGiftShop menyediakan frozen food, cenderahati dan muffin coklat kukus. Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang telah berurusniaga bersama kami. Sebenarnya ebiz kami ini adalah idea yang tidak disengajakan, sebenarnya sebelum ini banyak juga perancangan yg ingin aku buat selama 2 thn ini, tetapi semua perancangan itu tidak menjadi. Alhamdulillah unplanned biznes ni menjadi la pulak.

Pada 5 September 2008 ini, aku dan hubby telah mendaftar syarikat di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) yang bernama BANTALKABU Enterprise dengan nombor pendaftaran MA0127180-U. Buat kengkawan diluar sana tu sekiranya ingin mencari barangan dari hasil kekabu asli, bolehlah menghubungi saya email misahmy@yahoo.com.sg. Kami menyediakan harga yang istemewa kepada anda. Weblog bantalkabu masih under construction. Anda juga boleh datang terus ke outlet a.k.a rumah kami untuk membeli produk dari hasil kekabu.

Seterusnya pada 11 September ini adalah besday Arissa yang ke-2. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, Arissa sihat dan ceria (walaupun sejak akhir ini suka merap2)serta sudah mula pandai bercakap. Buat Arissa yang tersayang, doa mama dan abah supaya Arissa sentiasa sihat, dilindungi daripada perkara2 yang tidak elok, semoga menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara, tidak lupa juga supaya Arissa menjadi anak yang solehah. Aminnn..
Pada 18 Sept, aku dan famili berbuka puasa di Dewan Penyu UTHM. Bagi aku tempat tersebut amat sesuai untuk majlis berbuka puasa beramai-ramai kerana kawasan yang luas, tetapi panas sedikit disebabkan haba cahaya lampu. Bagaimanapun majlis berbuka puasa berjalan dengan lancar. Untuk Arissa, mama bagi 5 bintang, kerana berkelaluan baik semasa majlis berbuka puasa.


Hari ini kami akan berbuka puasa di rumah Owan, rakan sekerja hubby. Aku merancang untuk memasak mee rebus dan menggoreng karipap.

Semoga pada bulan Ramadhan ini, memberi penuh makna kepada kami untuk menunaikan kewajipan baik di dunia dan juga di akhirat. Semoga perniagaan kami suksess.Aminnnn.

p/s: gambar Arissa tiup lilin kek tidak dapat disiarkan, kerana gambar2 itu ada dalam simpanan abah Arissa.

3 comments:

lady zaini said...

malam tu arissa memang well behaved, auntie pun kasi 5 bintang.. so arissa dh dapat 10 bintang!!

aisyah...malam tu...huhu, penat kejar, sampai balik umah jer lapar semula..

Fauziah said...

wah wah... dah ada ebiz. my ebiz pun coming soon tapi lepas balik dari jepun baru bleh cargas. skang nih tengah tadek masa... huhu.. www.maipilih.com

Anonymous said...

Hi Misah..congratulation on your ebiz..semoga menjadi. Akak pun dah ada blog. visit pinkflower-pinkflower.blogspot.com

Kak Aida and abg ajim