Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Salam...
Selamat tahun baru 2010 buat kawan-kawan semua.
Bila tanya pasal tahun baru mesti orang akan tanya apa azam tahnun baru??? kadang-kadang perpikir dibenakku mestikah azam tu mesti dibuat setiap tahun baru??...

Bagi aku tahun 2010 ni;
1) Nak berazam hari-hari untuk buat yg terbaik.
2)As usual la.. nak jadi isteri, mama, anak,menantu, kakak, adik dan kakak ipar yg baik. Kene upgrade la..hehehe
3) Lebih proaktif lagi dlm bisness.
4) 2010 ni nak kene jaga "baby" baru.
5) Nak belajar mandrin pastu tamil ( seruan 1 Malaysia)
6) Merajinkan diri untuk menulis.
7) Nak slim dan pastinya sihat dan tak mau stress-stress.
8) Kene banyakkan membaca.- Since jadi suri rumah sepenuh masa jarang sangat membaca (tak baik untuk otak).
9) Nak tambah ahli keluarga baru. (masih belum tercapai pada tahun 2009 dan masih menanti).

Buat masa ni cukupla azam tahun baru aku ni..heheheh..nanti tak terbuat rasa terbeban la plak.

Pada tahun baru ini aku berdoa semoga dipanjangkan umur untuk menjalankan amanah yg diamanahkan kepada aku, dapat memberi khidmat kepada masyarakat dan agama, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, diminta dijauhi dari mala petaka, dan semoga negara yang aku tinggal ni dalam keadaan aman dan damai. Aminnnnn.

Tuesday, December 29, 2009

December 2009

Disember .. bulan yang agak kelam kabut bagi aku..
Disember jugak bulan yg memberi aku sejuta kenangan yang manis ( kerana aku bernikah dgn suami tersayang. Masih teringat di majlis pernikahan kami, dimana abah aku gugup menyebut nama hubby yg panjang. Khutbah nikah pun panjang jugak - panjangnye selama hampir 2 jam. aku rasa dalam adik beradik aku khutbah nikah kami la yg terpangjang sehingga aku tersengguk2 mengantuk..hahahaha. tu belum lagik masa hubby serahkan duit mas kawin, siap ada dialog yg agak puitis dan romantik yg juru nikah suruh hubby cakap).
Disember jugak aku berhijrah dari Parit Raja ke Selayang ( bukan dari Mekah ke Madinah)..
Disember jugak berakhir penantian kami menunggu ayah saudara menikah setelah usianya menjangkau 45 thn. Terima kasih buat makcik baru kerana dapat membuka hati pakcik kami untuk berkahwin
Disember .. aku dapat bnyk jemputan walimatul urus.. dlm bulan ni sahaja hampir 10 jemputan yg aku terima. Terima kasih kepada yg menjemput kami sekeluarga.
Disember... berakhirnya bulan dlm tahun...
Selamat tinggal Disember 2009, Selamat Datng 2010.

Monday, November 23, 2009

Aku dan Herbalife - Part 1

Salam...

Diam tak diam sudah 3 bulan aku dan mr.hubby menggunakan product Herbalife. Alhamdulillah kami mempunyai results yg sgt bagus. Bagi diri sendiri, aku telah berjaya untuk menurunkan berat badan sebanyak 9kg, dan hubby pula 8kg. Aku sgt bersyukur dengan Herbalife dlm program diet kami, hubby aku bukan sahaja dapat turunkan berat badan, malah juga tekanan darah dan kolestrol levelnya makin baik.

Bagi aku pula Herbalife bukan sahaja dapat menurunkan berat badan aku, malah bnyk perkara yang aku dapat bila menyertai program diet ni:-

1) Sebagai House Manager a.k.a surirumah, aku bertanggung jawab utk memastikan famili aku mendapatkan diet yang sihat. Bagi aku kesihatan paling berharga, kerana kesihatan yg baik, kami dapat melakukan pelbagai aktiviti yg kami suka dan tidak perlu berhabis wang ringgit untuk membiayai kos rawatan (walaupun hubby aku gvmnt servent) dan tidak perlu untuk menghabiskan masa berulang alik ke hospital.

2)Membina interpersonal skill:- Semenjak aku menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, aku rasakan interpersonal skill aku makin hari makin merosot. Dengan joinned aktiviti yg dianjurkan oleh Herbalife, aku menjadi yakin semula. Malah aku mula bersemangat setiap masa. Malah Herbalife juga mengingatkan aku supaya sentiasa merendahkan diri dan sentiasa berkeyakinan.

3) Sentiasa membaca dan belajar:- Belajar dari segi leadership dan pemakanan yang sihat. Aku cadangkan kawan-kawan juga membaca buku ini " The truth about Food" by Jill Fullerton-Smith (yg berharga RM92.50:- hubby belikan kat kedai buku Borders ), "The Food Doctor Ultimate Diet - changing the way tou eat for good" by Ian Marber (harga RM64.95 kat Borders gak) dan "you're what you eat- Chia Joo Suan (harga RM25.00 beli kat Border). dan bnyk lagi. List buku ni aku recomendkan kat kawan-kawan yg ingin menguruskan berat badan.

4) Perasaan:- Aku mula seronok dengan menyertai program ini kerana ia bukanlah satu program diet yg regim malah flexible dan aku masih lagi boleh happy eating dan dimasa yg sama aku boleh menurunkan berat badan. Selain dari itu perasaan cinta dan sayang kepada mr.Hubby makin bertambah kerana dia bnyk memberi sokongan dari segi spiritual dan yg penting skali kewangan ...heheheheheh (bnyk usahawanita berjaya berkata, dalam bisness suami mestilah berkerjasama untuk berjaya...yelakan kalau isteri berjaya dalam bisness, hubby jugak dapat tempiasnya kannn..

Okey la buat masa ni..nanti aku akan sambung part 2.

Sunday, October 25, 2009

Selamat Pergi dan Selamat Kembali

Alhamdulillah buat mak dan abah kerana dipanggil menjadi tetamu Allah pada musim haji pada tahun ini. Pada hari Sabtu pukul 5.40 ptg, kami keluar dari rumah menuju ke Kelana Jaya. Sebelum keluar dari rumah, seperti biasa, bacaan azan dilaungkan dan sedikit bacaan doa. Perjalanan ke Kelana Jaya mengambil masa hampir 1 jam. Kami sampai di Kelana Jaya sudah hampir waktu solat maghrib. Kami bergilir-gilir menunaikan solat maghrib.

Setelah selesai solat, hubby dan kak long aku serta adik aku sudah mula standby beratur untuk mengambil sticker bag, untuk memudahkan mak dan abah, maklumla orang agak ramai. Alhamdulillah segala urusan mak dan abah di Kelana Jaya berjalan dengan lancar.

Aku dan keluarga yang tinggal di sini mendoakan abah ngan mak sentiasa sihat tubuh badan serta dipermudahkan segala urusan untuk mengerjakan ibadah haji, semoga mereka mendapat haji yang mabrur. Semoga mereka selamat pergi dan kembali.

Thursday, October 15, 2009

Gamat @ Istana Budaya

Isnin lepas pada pukul 8.30 mlm, kami telah berada didalam dewan panggung sari untuk menonton teater musikal yang betajuk Gamat. Ini adalah kali pertama aku memasuki Istana Budaya. Selama ini hanya memerhati bangunan Istana Budaya sahaja.



Istana Budaya

Acara permulaan, dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, dimana semua penonton dikehendaki berdiri tegak. Agak sudah lama tidak menyanyikan lagu kebangsaan ini. Yang paling aku ingat kali terakhir menyanyi lagu kebangsaan ketika menghadiri majlis konvokasyen hubby iaitu pada thn 2005.



Famili kecilku
Selepas menyanyikan lagu kebangsaan, persembahan pun bermula. Ketika itu bunyi dr live band sangat kuat menyebabkan Arissa menangis ketakutan.. Arissa menangis meronta hendak balik. Cuak jugak kerana persembahan baru hendak bermula dan Arissa pula hendak balik. Aku dan hubby cuba memujuk dia sedaya upaya, maklumla dah beli tiket mahal-mahal, dah masuk panggung takkan nak balik begitu aja. Maka pujuk punya pujuk, akhirnya kami dapat tahu yg Arissa takut bunya yg kuat. Mujur kami ada membawa bersama selimut kecil, aku menggulungkan selimut itu dan membuat ear muff, dan akhirnya Arissa enjoyed untuk menonton.



Dalam Panggung Sari, Istana Budaya


Persembahan teater musikal GAMAT ini sangat memuaskan hati kami sekeluarga. Enjoyed sangat.. Buat penonton kali pertama macam aku, aku sangat kagum dengan pentasnya. sambil-sambil itu terus memikirkan mekanisma pentas, di mana setiap kali perubahan scene, aku sangat kagum kerana pentas akan bergerak dan menukar setnya. Tidak hairanlah harga tiket untuk setiap persembahan agak mahal bagi aku, walaubagaimanapun aku amat berpuas hati menonton GAMAT yg terdiri dari kanak-kanak cilik yang mampu membawa penghayatan watak serta kelincahan mereka menari dan menyanyi.



Hhehehe..bersama. "LIHATLAH DUNIA!!!" Azean Irdawaty


Setelah habis persembahan, kami mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar pelakon-pelakon GAMAT. Selesai megambil gambar, kamipun keluar dari dewan dan terserempak dengan seniwati yg tidak asing lagi Azean Irdawaty..heheheh...LIHATLAH DUNIA..

Pukul 12.00 mlm, kamipun tiba di rumah. Penat dan mengantuk... Apa-apa pun lain kali sekiranya berpeluang untuk ke Istana Budaya, aku nak pergi lagi...dan akan membawa ear muff untuk sikecil Arissa.

Thursday, September 3, 2009

Aktif di tempat lain

Sekarang ni aku dan mr.hubby mula aktif diruangan ini. Walaubagaimana pun aku akan tetap mengupdate ruangan ini.

Saturday, August 29, 2009

Tuesday, August 18, 2009

Untuk berkongsi bersama

Sejak akhir-akhir ni berat badan aku makin hari makin "semangat". Semenjak Arissa dah besar ni agaknye, pergerakan agak kurang, makan pulak berselera sahaja. Nak berjogging atau bersenam sekarang ni pun keadaan persekitaran yang tidak menyakinkan kerana terpaksa membawa Arissa bersama.

Bayangkanla, dulu masa di Parit Raja berat badan aku paling berat pun 63kg untuk aku yg tinggi 165cm. maksudnya BMI aku adalah 23.1. bermaksud masih dalah lingkungan BMI yg ideal. Selepas aku berpindah ke Selayang, menemani Mr. Hubby menyambungkan pelajaran di UMKL, berat badan aku semakin hari semakin menaik sehingga pernah mencapai berat ke 80kg, itu pun dalam masa 5 bulan. Apabila berat badanku menaik begitu drastik, aku cuba mengamalkan diet yg rendah lemak, makan rebus2 aja. Dalam masa 3 bulan aku turun hampir 2kg. Huhuhuhhu..aku dah overweight.

Bila dah overweight, terasa pergerakan mula terbatas, dan lutut aku mula terasa sakit, terutama untuk duduk dan berdiri. Memula tu aku cuba control makan, makan cuma yg rebus2 aja dan aku juga ada mengambil slimming produk, tapi aku rasa tertekan, kerana bila aku ambil produk tu aturan pemakanannye pula agak ketat bg aku, kerana aku tidak boleh:
1) mengambil makanan 4 jam sebelum dan 4jam selepas mengambil produk tersebut ( aku stress sbb asyik kene tgk jam je)
2) aku terasa badanku lemah, maybe sbb takleh nak makan.
3)aku cepat menjadi marah dan sensitif kerana perut aku kosong dan aku LAPAR.
oleh kerana 3 faktor diatas, maka aku pun berhenti mengambil produk tersebut (aku cuma amik 10 hari je, ada balance 20 sachet kat umah aku lagi yg tak dimakan)

Episod baru bermula, semasa aku menyertai Karnival 1 Malaysia, aku telah berjumpa dengan Prof. Dr. Jay dr MSU. Perkenalan bermula apabila dia membeli tilam kekabu dan mula bertanya adakah kami inginkan healthy living style. Dan aku dgn pantasnya menjawab sudah tentu ya, kerana aku risaukan kesihatan Mr.Hubby kerana baru-baru ni dia telah diprescribe oleh doktor ubat hypertension a.k.a darah tinggi.

Prof Jay kata, utk kesihatan yg baik bermula dari makanan yg baik. Bnyk jugak la yg Prof Jay tu cerita pasal healty diet. Balik rumah aku cakap ngan hubby kita amik la pogram tu memandangkan hubby dulu pernah mengambilnya, mmg berkesan, tetapi terhenti setelah aku berhenti kerja.

Keesokkan harinya hubby jumpa lagi Prof Jay, dan prof Jay memberi sedikit penerangan yg padat, dan katanya produk ni bagus utk seisi keluarga dan dapat menggantikan makanan harian dan kita boleh mendapatkan suppliment dan income juga.

Mulai 6 ogos, aku telah mula mengambil produk ini utk 1 famili, yg bestnya, aku tidak pelu sibuk2 ke dapur utk memasak, penyediaannya pun cuma 3minit sahaja. pogram ini aku mengambil 2 hari sekali. utk sarapan dan dinner. Yang bestnye lunch aku leh makan cam biasa, tapi kene kurangkan.

Pada 12 ogos, berat badan aku turun 2kg, iaitu dari 78kg ke 76kg. Hari ni 18 ogos, berat badanku turun lagik, dari 76kg ke 75kg. heheheh yg ni lambat turun sbb last weekend aku melantak nasi dagang ngan nasi beriani...korang pun taukan berapa tingginye kalori nasi dangang ngan nasi beriani.

Dengan pogram ni tekanan darah hubby pun sudah kembali normal (120/90 atau 110/85) kalau dulunye (140/110) dan berat badannya pun sudah turun 2kg.

okla buat hari inii..
ada masa aku akan share lagi.

Tuesday, August 4, 2009

Alhamdulillah dan terima kasih semua.

Salam... Hari Rabu lepas aku mendapat short notice dari salah seorang ajk koperasi wanita selayang untuk menyertai karnival 1 malaysia di stadium MPS Bandar Baru selayang. Jadi untuk tidak melepaskan peluang, aku pun terus mendaftarkan diri untuk membuka booth Bantalkabu. Bayangkanlah tanpa membuat apa-apa persiapan dan strategi jualan, aku main redah saja. Pada hari Khamis petang, aku baru mencari-cari rak untuk buat display dan bunting yang ada.

Pada hari Jumaat pagi-pagi lagi aku meminta pertolongan abah aku untuk menganggkut bantal-bantal untuk ke tapak ekspo (nasib baik abah ada van , kerana matrix kami cuma muat beberapa biji bantal sahaja). Hari Jumaat ni lah hari pertama kami. Suasana tidak sibuk, tidak ramai pengunjung, yang ramai adalah peserta pesta. Selepas bersiap2 mengemas, kami duduk menunggu pelanggan-pelanggan datang ke booth kami. Sedih juga mulanya sebab hari pertama langsung tiada sambutan. Bukan gerai aku aja, malah gerai yg lain2 pun sama juga. Mungkin sebab Jumaat orang masih bekerja. Hari pertama kami balik dgn penatnya..huhuuh..penat menunggu org beli bantal kami takde.

Di Karnival 1 Malaysia @ Stadium MPS, Selayang


Pada hari kedua(Sabtu), Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. ramai juga pelanggan yang datang ke booth kami. Pengunjung ramai yang hadir selepas kehadiran menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna dan koperasi Dato Sri Ismail Sabri b. Yaakob merasmikan tapak ekspo dan pertubuhan koperasi wanita selayang. Seronok juga, masa ni tak menang tangan melayan pengunjung, terutama pada sebelah malam. Malam, kami balik rumah kemas sikit-sikit barang2 dah tido dgn keletihan.

Di karnival 1 Malaysia @Stadium MPS, Selayang


Pada hari Ahad, kami menyertai carboot sale di zoo negara.

Carboot kat Zoo Negara


Alhamdulillah, dengan menyertai karnival dan carboot sale ni dapat juga aku menjalinkan rangkaian homebiz aku yang baru setahun jagung ini. Ada juga yg memberi nasihat bagaimana untuk memperkembangkan bisness serta strategi permasaran dan lain2.


Terima kasih buat hubby yang sentiasa memberi semangat dan dorongan untuk aku meneruskan bisness aku secara kecil-kecilan. Tak lupa juga mak dan abah. Terima kasih buat abah kerana sudi bersusah payah menolong kami setup gerai dan menyediakan kenderaan ubtuk kami. Buat mak juga terima kasih kerana bersusah payah tapaukan lunch untuk kami di booth karnival. Serta buat pelanggan yg membeli barangan kami, jutaan terima kasih. Buat Arissa tersayang, terima kasih kerana memberi kerjasama semasa mama sedang sibuk berniaga. Terima kasih buat koperasi wanita selayang kerana memberi peluang kepada kami untuk memperkenalkan produk kami.

Terima kasih sekali lagi....

Wednesday, July 29, 2009

Latest news

Salam...

Sudah lama blog ni tak berupdate..Kenapa ya??? kerana aku agak sibuk kebelakangan ini kerana menyiapkan tempahan deco pillow dari rakan2. Tambahan pula aku juga agak sibuk menyiapkan seminar paper dan menyiapkan tesisku yg tertunggak... Alhamdulillah aku telah pun menghantarnya dan menunggu comment dr supervisor. Moga2 tiada lagi major corrections.


Ini lah hasil kerja tangan kami suami isteri

Jumaat lepas, kami pulang ke Hutan Percha, dgn tujuan untuk menghadiri upacara pernikahan sepupu hubby di Felda Palong. Rupa-rupanya rancangan kami terpaksa dibatalkan kerana pada pagi Sabtu pukul 4.40pagi, aku telah dikejutkan dengan panggilan dr makcik aku dari kampung dr Kuala Kangsar menyampaikan berita tentang datuk kesayangan kami telah meninggal dunia. Al-Fatihah kepada roh Allahyarhan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..AMINNNNN.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru buat guru-guru yang telah mengajar aku.
Guru pertama aku adalah mak dan abah aku
Mereka adalah guru yg mengajar aku dari aku lahir hingga kini.
Banyak yang aku belajar dr mereka.

Buat guru tadika Arwahyarham Cikgu Azizah, al-Fatihah buatmu. Beliau adalah guru formal pertamaku. Aku doakan beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Buat guru-guruku semasa aku sekolah rendah dan menengah, terima kasih banyak-banyak kepada kalian. Usaha kalian yg penuh ikhlas mendidik aku hingga aku dapat menjejakkan kakiku ke menara gading.

Juga tidak lupa, buat suami tercinta, selamat hari guru. Terima kasih kerana menjadi guru yg terbaik buatku buat masa ini.

Monday, May 11, 2009

Happy Mother's day

Selamat hari ibu buat bonda dan bonda mertua tersayang.

Buat bonda tersayang, terima kasih segalanya, jasamu tidak dapat dibalas kalau dibanding dgn emas permata.
Terima kasih segalanya, dr setitik susu dr tubuhmu yg membolehkan aku menghilangkan dahaga dan sekali gus menjadu minuman dan makanan sehingga aku berumur 2 thn.
Terima kasih lagi buat bonda yang sanggup berjaga malam untuk merawat aku .
Terima kasih buat bonda yang sanggup berkorban nyawa untuk aku melihat dunia
Terima kasih bonda kerana sanggup berkorban apa sahaja keinginanmu demi membesarkan kami dan menyekolahkan kami sehingga kami berjaya ke menara gading.
Terima kasih juga buat bonda kerana sanggup membuat apa sahaja untuk kami walaupun kami sudah berkeluarga.

Buat bonda mertua, terima kasih kerana terima diri ini seadanya.
Terima kasih kerana sudi menjaga aku semasa di dalam pantang
Sudi sama-sama bejaga mlm tatkala Arissa berjaga malam hingga ke subuh
Terima kasih kerana memahami aku tatkala aku dlm kesusahan.

Terima kasih segalanya...
Buat ibu2 diluar sana, tidak terlambat buatku mengucapkan selamat hari ibu... Semoga kejayaan ibu-ibu diluar sana dapat menjadi inspirasi aku untuk terus menjadi ibu yang cemerlang.

Tuesday, April 14, 2009

Apa ada pada nama??

Dok belek-belek nama-nama yang cantik, seronok juga. Ada juga kata-kata "Apa ada pada nama?".

Hmmm agak menarik ye...setelah dipikir dan membuat "research" (wah...dah lama tak guna perkataan ni sejak berenti keje).

Nama memberi pelbagai maksud. Rasulullah pun ada berpesan, panggil lah anak2 kamu dengan nama yang baik-baik.

Nama juga menunjukkan orang, negeri, negara, binatang, agama dan lain-lain. Nama juga menunjukkan asal usul seseorang antara contohnya:

1) Wan :- selalunya kalau orang yang bernama Wan berasal dari pantai timur, sama ada Terengganu ataupun kelantan. Tetapi ada juga org yaang berasal dari perak atau pun selangor mempunyai nama Wan. Kalau mengikut sahabat aku, kalau Wan di Selangor menunjukkan ibu keturunan raja berkahwin dengan orang kebanyakkan, maka anaknya Wan. Sekiranya di Perak (bhgn K.Kangsar; Wan pula disebabkan ibu bernama Syarifah berkahwin dgn org biasa anaknya menjadi Wan)

2) Nik:- nama Nik juga sinonim dgn org Kelantan. Sbg contoh: Nik Aziz

3) Baba:- Selalunya sinonim dengan org Melaka Cthnya:- Ghaffar Baba

4) Jusoh :- Kebanyakkan orang bernama Jusoh ni org Pahang ataupun Terengganu

5) Nayan:- Selalunya nama ni glamer kat utara tanahair.

6)Raja, Tengku, Puteri, Megat :- Nama -nama bangsawan

7) Paiman, Samuri, wagiman;- nama sinonim dgn org Jawa.

8) Lee, Yap, Seong:- nama2 org berketurunan Cina, Tetapi kalau sur name Ma tu, keturunan Cina Muslim.

9) Rajoo, Naidu:- nama 2 orng india

Itu bab asal usul dan keturunan. Nama juga menunjukkan kelakuan , seseorang.

Seperti nama Farok...selalu dilabel sbg seorang lelaki buaya darat, kasanova dan etc2 yg negatif. Kalu nama jalan "Lorong Haji Taib" org akan tau di situ tempat yg tidak baik..(nama jalan tu bunyi baik je, tetapi disalah gunakan utk tujuan yg tidak bermoral.

Nama juga menunjukkan bangsa; contohnya Airel Sharon (Nama Yahudi), Fateema (ejaan cam ni biasanya org dr timur tengah or dr India).

Hmmmm... tetiba aku teringat kepada kawan lama yang membuat phD psikologi. Dia agak arif dengan nama-nama nih. Dia juga pernah memberitahu aku raut wajah seseorang pun boleh agak, orang itu bangsa apa. Aku cuma tau kulit sawo matang tu, selalunya org Melayu, gelap, orang india, mata sepet, org cina. Tapi kalu org putih tu, akupun tak tau, malah sahabat aku tau mengklasifikasikan mat2 saleh tu asal mana, dr UK ke US ke, Europe Country ke, Org Yahudi ke...etc2.

Ilmu Allah maha besar, walau satu dunia hutan di tebang utk dijadikan pena dan seluruh lautan dibumi dijadikan dakwat, tidak cukup utk menulis segala ilmunya... Subhanallah.

Monday, April 13, 2009

Happy Birthday Abah

Sabtu 11 April 2009,
bertempat di rumah aku
kami adik beradik berkumpul
buat makan-makan
celebrated birthday abah

Buat abah tersayang,
Selamat hari lahir
Semoga Panjang Umor
Murah Rezeki
Diberkati dan dikasihi Allah
Terima kasih kerana menjadi abah yang terbaik buat kami semua
Terima kasih selama ini menjadi kamus berjalan kami
Terima kasih kerana sudi melayan karenah kami walaupun kami sudah mempunyai anak sendiri
Terima kasih kerana menjadi kaunter pertanyaan kami
Terima kasih kerana menjadi "restoran" kami
Terima kasih segalanya.


Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. AMINNNN

Friday, April 10, 2009

Aktiviti persatuan surirumah tangga (tak rasmi) BBS Fasa 2B

Semalam, aku menghadiri majlis makan-makan di rumah jiran aku (Yana).
Salah satu aktiviti surirumah tangga disini
Rupa-rupanye best jugak suri-suri rumah tangga disini
Ada aktiviti makan-makan
Yang aku diberitau, makan-makan adalah aktiviti utama
selain aktiviti meniaga

Semalam, di rumah Yana
Dia masak nasi putih, tomyam, daging masak merah, telur dada
tidak ketinggalan pencuci mulut "collek" atau menyicah buah mangga...

Seronok juga aktiviti begini
Boleh berkenalan dgn jiran-jiran
Kebanyakkan suri rumah tangga seperti aku,
Pernah bekerja dan berhenti kerja demi keluarga.

Hari ini juga petang tadi
Aku dijemput Kak CT
Dia masak laksam..
Slurpppp...sedapnye
dah lama tak makan laksam
tapi di sana sekejap aja
Arissa pula buat hal
nak balik
tak sempat nak sembang lama-lama
tapi ok la
sekurang2nya dpt mengeratkan jalinan muhibbah kejiranan.

next time, my turn plak.

Sunday, April 5, 2009

Bantalkabu Roadshow

Setelah 2 minggu merancang untuk membuat "roadshow" bantalkabu,
Maka hari ini, setelah membuat persiapan,
kami pun memulakan langkah pertama kami,
untuk memperkenalkan produk kami untuk pasaran tempatan (BBS Fasa 2B),
Selepas bersiap2, maka pada pukul 3ptg, kamipun pergi ketapak "roadshow" kami,
kebetulan hari ni ada kenduri di dewan berhampiran tempat kami,
Alhamdulillah, selepas duduk-duduk 20 minit, ada la satu kereta singgah dan membeli kekabu,
Ku harapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditgh hari..
So, selepas mendapat customer yg pertama, hujanpun turun dgn lebatnya,
Apa lagi, kamipun berkemas2 dan balik ke rumah.
Next week, harap2 cuaca baik dan kami boleh meniaga lagik..

Chayyok!!!!!! utk diri aku.

Tuesday, March 31, 2009

Sedikit update

Salam semua, hohohoho dah berbulan tak hapdate blog ni.
Ntah naper skang ni cam maleh je nak update.
Aku rasa semenjak dua menjak pas pindah ni ntah apa2 la yg aku buat
kerje rumah tak abih2 sampai tak sempat nak online.
Kalu dapat online pun tak de idea plak nak tulis.

Cerita pasal kejiranan aku di tempat baru ni, Sebenarnya aku tak berapa kenal sgt ngan jiran2 disini.Yang aku kenalpun jiran sebelah rumah, dan jiran lat sebuah rumah ngan rumah aku dan auntie kat depan rumah aku ( jiran sebumbung ngan aku, aku cuma kenal maid dia je -: cuma baru2 ni je 2-3 hari lepas baru dapat berkenalan).

Environment di sini tak sama ngan environment kat Parit Raja (rumah lama) kerana di PR, boleh dikatakan sepanjg jalan rumah ters kami, aku boleh kenal semua ahli2 tetapnya.
Berbeza di sini, kebanyakkan ibu rumahtangga bekerja, rutin searian mereka sudah keluar dr awal pagi seawal 6.15am dan pulang ke rumah pula bila mlm menjelma.
Maka aktiviti kejiranan pula terhad, masing2 sibuk dgn tugas masing2.

Dulu kalau di PR, setiap petang ramai anak2 bermain di jalan , anak2 bermain sehingga lampu jalan dibuka. Berbeza di sini, oleh kerana ibubapa tiba dirumah lewat petang, anak2 hanya bermain di tmn asuhan kanak2 atau ditinggalkan bersama pengasuh. Maka agak susah untuk melihat kanak2 bermain2.

Sekiranya hujung minggu, ibu bapa akan membawa anak2 keluar sama ada balik kg, kenduri kawin ataupun shopping. Begitu jua ngan aku.

Walau bagaimanpun, aku bertuah kerana jiran sebelah aku org rumahnya (Yana) tidak bekerja (suri rumah cam aku gak ler). Haahahahh ada le ahli mesyuarat tingkap. Heheh..yang bestnye kami boleh bersembang dalam rumah (biasanye aku akan duduk di pot arissa dan dia kat pot anaknye (fara)). Yana ni jenis yang bisness minded (al-maklum la mek kelate), kalu tgk kat banner anissagiftshop.blogspot.com yg ada tulih segategi tu dia punya blog ler. Kalu aku jual bantal kabu, dia pula jual beanbag. Dia juga tidak lokek berkongsi cerita pasal bisness, susah nak cari org yg boleh share pasal bisness ni. Bagi dia dan suami, rezeki tu adalah milik Allah dan kita sesama hendaklah tolong antara satu sama lain terutama sekali org melayu dan islam dan bg mereka berkongsi itu adalah sbg 1 ibadah.

Baru-baru ini beberapa insiden yg agak dukacita dan juga agak melucukan. Yang menduka citakan jiran sebelah rumah aku dimasuki pencuri semasa mereka balik kg cuti sekolah baru2 ni. Kesian mereka sekeluarga (bukan keluarga Yana), kerana ditimpa musibah.

Insiden yg melucukan adalah, ada beberapa juru jual yg datang kerumah-rumahmenjual produk2 mereka. Ada la 2-3 org jurujual dtang masa tu aku dok siram pokok2 kat laman rumah. mereka boleh tanya aku, ini perbualan aku ngan juru jual tu

J.J: Kak, tuan rumah ada?
Aku : Ya, kenapa?
J.J: Sebenarnya saya jual ni (produk dia ler), jadi kalau boleh saya nak jumpa tuan rumah kakak.
Aku: Tuan rumah tak balik lagi ( refer kat hubby aku).

dlm hati aku, mamat ni dia ingat aku ni pembantu rumah kot...huhuuh, btw ok gak, jadi aku tak yah ler nak layan sgt. Semenjak dari tu, bila jurujual datang, aku akan jawab, tuan rumah tak de...hehheheh

p/s: skang ni susah nak percaya juru jual ni, ada tu mmg betul dia keje nak cari rezeki halal, dan ada jua yg mengambil kesempatan utk mengintip rumah org utk dijadikan mangsa.

Saturday, February 7, 2009

New Update: Tahun baru hijrah dan tahun baru masihi.

Tidak terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru hijrah dan tahun baru masihi (walaupun dah masuk 2bln stgh). Sejak akhir-akhir ini aku tidak kesampaian untuk meng”update” blog ini kerana sibuk berpindah ke rumah baru. Alhamdulillah pada 1 Muharram kami selamat tiba ke rumah baru kami. Kami dijangkakan tinggal di sini selama 3 thn (bergantung kepada kerja-kerja phD suami tersayang), dan diharap beliau akan menghabiskan phDnya pada waktu yg telah ditetapkan. Dan aku akan menemani si kecil Arissa dgn phDcnya.



antara tanaman di belakang rumah kami


Pandangan sisi rumah sewa baru kami



Pandangan belakang rumah kami (pandangan hadapan tak ambil )


Wah..lamanye aku tidak mengupdate blog ni (ayat biasa...hehehe) sebenarnya bnyk peristiwa yg berlaku sebelum masuk thn baru, antara tarikh2 penting sepanjang Disember 2008 adalah:
1) 3 Dec :- Alhamdulillah genaplah 3 thn pernikahan aku dan suami tercinta. Buat suami tersayang, terima kasih buat segalanya, kerana menjadi suami dan kawan yg terbaik buat diriku yang serba kekurangan. Kehadiranmu melengkapkan segala kekurang yang ada pada diri ini. Terima kasih juga hadiah laptop yang baru ni ye...(terima kasih daun keladi).
2) 28 Dec:- Kami berpindah ke rumah baru, yang berhampiran dgn rumah mak aku ( 2-3 minit jrak masa)


Hmmm..apa lagi ye yang tertinggal???? Rasa2nya 2 perkara besar dalam bulan Disember ni, yang lain seperti biasa, menerima dan menghantar tempahan muffin dan bantal kekabu.
Alhamdulillah, Arissa dapat menyesuaikan diri dgn rumah baru kami (rumah sewa je), di sini dia ada kawan seperti kak Aina, Kakak Milo (nama sebenarnya ialah Nik Fara; Milo adalah nama kucing kesayangan Fara)



Alhamdulillah, semenjak kami tinggal disini ramai pulak tetamu yg datang (org kata kalau ada tetamu murah rezeki; harap2nya begitulah). Baru 2 minggu kami disini macam2 aktiviti yg kami lakukan antaranya makan2 (lunch ngan bbq:- yg selalu meramaikan majlis, sape lagi kalu tak adik-beradik aku).


itu baru bab makan2, belum lg bab berkebun lak tu. mak dan abah mertua org kuat yg buatkan kebun kat belakng umah tu. siap bawa tanah baja dr kg lagik tu. hehehehe kalu nk tunggu aku tanam ni ntah2 tak mula2 lagi. antara tanaman yg ditanam, serai, kunyit, temu lawak , lengkuas, pokok pandan (dah mati: agaknye tanah tak sesuai kot), kacang pjg, bendi, terung dan sawi (ingatkan sawi rupa2nya bayam sbb kat label benih tu tulis sawi dan telah pun di tuai...bnyk juga yg dapat siap leh bg jiran2 aku dan jiran tetangga mak aku).

Hmmm...minggu depan Arissa akan menemui dunia baru, dimana dia akan dihantar ke TASKA or playschool. Sebenarnya aku tak mahu nak hantar Arissa ke sana kerana masih kecil dan aku boleh mengajar dia benda2 yang basic dan aku tidak mahu dia jemu apabila dia ke sekolah kelak kerana jemu belajar benda yg sama. Tetapi apa kan daya, aku terpaksa melihat Arissa yg sukar untuk bergaul dan berkongsi membuatkan aku dan hubby mengambil keputusan menghantarnya, dengan harapan dia akan boleh develop social skill disana.

Susah juga nak cari playschool yg boleh mengikut kemampuan kami dr segi RM, pada mulanya kami survey salah sebuah playschool kat BBS ni, aktivitinya mmg ok, tp yurannye mahal mengalahkan yuran ijazah je, yuran tahunan pun mencecah hampir RM2,700 setahun, belum lagi yuran bulanan dan yuran term. Alhamdulillah, kawan hubby ada recomended playschool yg tak jauh dr rumah kami (5 min perjalanan), yuran pun lebih murah dan guru2nya terdiri daripada lulusan sekurang2nya diploma pendidikan awal kanak2 dan juga diploma psikologi kanak2, tambahan pula pengasas skolah tu pun mempunyai Degree dan Master dlm Early Chilhood. Pengetua skolah tu pun ada master dlam psikologi kanak2.



Banyak plak aku membebel kali ni..