Saturday, February 7, 2009

New Update: Tahun baru hijrah dan tahun baru masihi.

Tidak terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru hijrah dan tahun baru masihi (walaupun dah masuk 2bln stgh). Sejak akhir-akhir ini aku tidak kesampaian untuk meng”update” blog ini kerana sibuk berpindah ke rumah baru. Alhamdulillah pada 1 Muharram kami selamat tiba ke rumah baru kami. Kami dijangkakan tinggal di sini selama 3 thn (bergantung kepada kerja-kerja phD suami tersayang), dan diharap beliau akan menghabiskan phDnya pada waktu yg telah ditetapkan. Dan aku akan menemani si kecil Arissa dgn phDcnya.



antara tanaman di belakang rumah kami


Pandangan sisi rumah sewa baru kami



Pandangan belakang rumah kami (pandangan hadapan tak ambil )


Wah..lamanye aku tidak mengupdate blog ni (ayat biasa...hehehe) sebenarnya bnyk peristiwa yg berlaku sebelum masuk thn baru, antara tarikh2 penting sepanjang Disember 2008 adalah:
1) 3 Dec :- Alhamdulillah genaplah 3 thn pernikahan aku dan suami tercinta. Buat suami tersayang, terima kasih buat segalanya, kerana menjadi suami dan kawan yg terbaik buat diriku yang serba kekurangan. Kehadiranmu melengkapkan segala kekurang yang ada pada diri ini. Terima kasih juga hadiah laptop yang baru ni ye...(terima kasih daun keladi).
2) 28 Dec:- Kami berpindah ke rumah baru, yang berhampiran dgn rumah mak aku ( 2-3 minit jrak masa)


Hmmm..apa lagi ye yang tertinggal???? Rasa2nya 2 perkara besar dalam bulan Disember ni, yang lain seperti biasa, menerima dan menghantar tempahan muffin dan bantal kekabu.
Alhamdulillah, Arissa dapat menyesuaikan diri dgn rumah baru kami (rumah sewa je), di sini dia ada kawan seperti kak Aina, Kakak Milo (nama sebenarnya ialah Nik Fara; Milo adalah nama kucing kesayangan Fara)



Alhamdulillah, semenjak kami tinggal disini ramai pulak tetamu yg datang (org kata kalau ada tetamu murah rezeki; harap2nya begitulah). Baru 2 minggu kami disini macam2 aktiviti yg kami lakukan antaranya makan2 (lunch ngan bbq:- yg selalu meramaikan majlis, sape lagi kalu tak adik-beradik aku).


itu baru bab makan2, belum lg bab berkebun lak tu. mak dan abah mertua org kuat yg buatkan kebun kat belakng umah tu. siap bawa tanah baja dr kg lagik tu. hehehehe kalu nk tunggu aku tanam ni ntah2 tak mula2 lagi. antara tanaman yg ditanam, serai, kunyit, temu lawak , lengkuas, pokok pandan (dah mati: agaknye tanah tak sesuai kot), kacang pjg, bendi, terung dan sawi (ingatkan sawi rupa2nya bayam sbb kat label benih tu tulis sawi dan telah pun di tuai...bnyk juga yg dapat siap leh bg jiran2 aku dan jiran tetangga mak aku).

Hmmm...minggu depan Arissa akan menemui dunia baru, dimana dia akan dihantar ke TASKA or playschool. Sebenarnya aku tak mahu nak hantar Arissa ke sana kerana masih kecil dan aku boleh mengajar dia benda2 yang basic dan aku tidak mahu dia jemu apabila dia ke sekolah kelak kerana jemu belajar benda yg sama. Tetapi apa kan daya, aku terpaksa melihat Arissa yg sukar untuk bergaul dan berkongsi membuatkan aku dan hubby mengambil keputusan menghantarnya, dengan harapan dia akan boleh develop social skill disana.

Susah juga nak cari playschool yg boleh mengikut kemampuan kami dr segi RM, pada mulanya kami survey salah sebuah playschool kat BBS ni, aktivitinya mmg ok, tp yurannye mahal mengalahkan yuran ijazah je, yuran tahunan pun mencecah hampir RM2,700 setahun, belum lagi yuran bulanan dan yuran term. Alhamdulillah, kawan hubby ada recomended playschool yg tak jauh dr rumah kami (5 min perjalanan), yuran pun lebih murah dan guru2nya terdiri daripada lulusan sekurang2nya diploma pendidikan awal kanak2 dan juga diploma psikologi kanak2, tambahan pula pengasas skolah tu pun mempunyai Degree dan Master dlm Early Chilhood. Pengetua skolah tu pun ada master dlam psikologi kanak2.



Banyak plak aku membebel kali ni..

7 comments:

rizza said...

wa.. dah selamat pindah...

misah said...

thanx, heheh..masih lagi berkemas, tak habis2..

zino said...

selamat berpindah ke rumah baru.. rumah sewa ya.. dan selamat bermusafir tiga tahun lagi.. semuga semua nya berjalan lancar.. amin..

misah said...

thanx bro zino, harap2nya segalanya berjalan lancar.

fireflies said...

salams, w berkebun ek belakang rumah. bgus tu... siap ada yg bagi tanah baja lagi tu yg best ehe.. saya pun ada tanamgak ke tepi rumah ni tapi dan nak bertukar musim lak rasanya tak sempat nak hidup pokok-pokok tu...

chilun @ cik pau @ bibimie said...

salam misah
wah... dah pindah umah baru. syok laa dapat dok dekat2 ngan famili.

interested ngan CD tu ker? insert nyer tu bukan lampin biasa tapi 3 layer microfiber. satu set cd tu ada 2 keping insert. siang guna sekeping insert dan malam bleh letak 2 keping insert dalam pocket diapers tu.

nak test kat arissa ker atau adik arissa?

misah said...

chilun, aku nak test kat arissa dulu ler. adik arissa???? in pogress ler..ahaks!!!!