Tuesday, November 25, 2008

Beramai-ramai konvoi ke majlis konvo

Diam tak diam sudah masuk minggu ke empat aku di Melaka ini. Minggu lepas 20hb aku telah balik ke parit raja kerana meraikan adik bongsuku ke majlis penyampaian ijazah di UTM (oleh kerana pogram yg adik aku ambil adalah francais dari UTM maka tidak disebut hari konvokasyen). Lepas juga rinduku pada rumah aku (walaupun takde perabot) dan juga rindu kepada suami tersayang. Aku ke sana dibawa oleh adik bongsu yg singgah di Melaka semasa perjalanan ke Skudai. Aku di Parit Raja selama 2 mlm sahaja. Kak long dan famili, odi dan famili juga datang ke parit raja. Cuma kak Ita saja yg tak datang kerana ada hal yg tidak dpt dielakkan.



Berbalik kepada majlis penyampaian ijazah adik bongsuku itu, ada beberapa ketidak puasan hati para ibu bapa dan keluarga terhadap pengurusan A**A sekarang yang dikenali sbg UP*M kerana memberi cuti kepada graduan selama 2 1/2 hari. 1 hari perjalanan ke UTM untuk mengambil jubah dah 1 hari lagi untuk konvokasyen. Itu pun mereka kene balik ke akademi pukul 10 mlm selepas habis penyampaian ijazah. Majlis penyampaian ijazah selesai lebih kurang pukul 12.00 tghari dan mereka kene pulangkan jubah sebelum pukul 2.00 ptg dan kene terus bertolak ke K.L sebelum pukul 10.00 mlm. Yang membuatkan seluruh ahli keluarga terkilan kerana para graduan kene tiba di kem sebelum pukul 10.00mlm hari yg sama tetapi pada keesokkannya mereka diber outing dr pukul 10 pagi ke 10 mlm. Kami lihat seperti tidak kene dengan pentadbiran kem, apa salahnya kalau mereka memberi cuti sehingga keesokkan harinya sehingga 12.00tghari keesokkannya kerana keesokannya adalah hari minggu.



Oleh kerana itu, kami ahli keluarga terburu-buru ke Tmn. Universiti mencari kedai gambar. dah le tak biasa dgn tempat di situ. Walaubagaimanapun kami jumpa juga kedai gambar untuk menangkap gambar untuk dibuat kenangan. Lebih kurang pukul 3 petang selesai sudah aktiviti bergambar di studio, dan Iman pergi memulangkan jubahnya di uni. Sayang juga gambar di sekitar uni tidak dapat diambil. Tidak seperti zaman kami (kak Ita, aku dan Odi) dapat pegang jubah samapai seminggu dan dapat berposing di seluruh uni. Ada juga kawan-kawan yang bawa balik jubah untuk berposing di kampung halaman. Heheheh.....kerana jubah itu merupakan kemegahan.

Kalau nak diikutkan apa la sangat jubah dah majlis penyampaian anugerah kan... kalau nak dibandingkan berapa tahun berhempas pulas study di universiti. Naik pentas tak sampai pun 3 minit (ibu bapa dan keluarga terpaksa menunggu berjam-jam giliran kita naik pentas). Walaupun tak sampai 3 minit naik pentas untuk mendapatkan scroll (wlaupun didalam scroll tu kosong) itulah tanda kemuncak kejayaan.

P/s: teringat masa konvo kat Stadium Bukit Jalil (masa tu konvo tak jadi dalam uni kerana dewan censelori terbakar) tetapi sempat pergi keliling uni amik gambar pakai jubah, terutama skali gambar kat depan lambang uni. Ingatkan masa tu dekat uni tak de orang sangat untuk bergambar memandangkan majlis konvo tidak buat di uni. Rupa-rupanya ramai dah beratur untuk tunggu giliran bergambar depan lambang uni.

Apa-apa pun al-Fatihah kepada Arwahyarham Prof. Ghani (arwah pernah berkata apa salahnya uni buat majlis konvo kat mana-mana hutan or stadium or jauh dari uni kerana setiap kali majlis konvo je mesti uni jemmed dan tak de tempat parking kereta. Dan pada tahun itu kami pun konvo di Stadium Bukit Jalil).

5 comments:

zino said...

tahniah kepada adik bongsu.. misah.. teringat masa zino konvo dulu di teman ayah mak isteri dan dua anak kecil hehe..

sekarang kami juga dah hadir ke majlis konvo mereka berdua selang beberapa bulan je satu di UITM satu di UM dan dua2 pun dan kawin hehe..

misah said...

thanx bro zino.. tapi masa konvo adik saya takde pesta konvo la. heheh..masa zaman saya dulu konvo kat stadium bukit jalil pun seronok gak, ada pesta even kat uni pun ada gak pesta sikit2...heheh seronok plak bila terkenang bila nak konvo.

dak wan ... said...

lama tak menjenguk di sini..
orang hutan percha apa khabar kah?

misah said...

kak wan, org hutan percha dah jadi org batu caves la..kami sini sumer sihat2

pencacai tua said...

ni study kat um la yek..adik belajar kat utm gak ker..rindunyer kat utm..tempat belajar course enginring kat ctu..