Tuesday, August 4, 2009

Alhamdulillah dan terima kasih semua.

Salam... Hari Rabu lepas aku mendapat short notice dari salah seorang ajk koperasi wanita selayang untuk menyertai karnival 1 malaysia di stadium MPS Bandar Baru selayang. Jadi untuk tidak melepaskan peluang, aku pun terus mendaftarkan diri untuk membuka booth Bantalkabu. Bayangkanlah tanpa membuat apa-apa persiapan dan strategi jualan, aku main redah saja. Pada hari Khamis petang, aku baru mencari-cari rak untuk buat display dan bunting yang ada.

Pada hari Jumaat pagi-pagi lagi aku meminta pertolongan abah aku untuk menganggkut bantal-bantal untuk ke tapak ekspo (nasib baik abah ada van , kerana matrix kami cuma muat beberapa biji bantal sahaja). Hari Jumaat ni lah hari pertama kami. Suasana tidak sibuk, tidak ramai pengunjung, yang ramai adalah peserta pesta. Selepas bersiap2 mengemas, kami duduk menunggu pelanggan-pelanggan datang ke booth kami. Sedih juga mulanya sebab hari pertama langsung tiada sambutan. Bukan gerai aku aja, malah gerai yg lain2 pun sama juga. Mungkin sebab Jumaat orang masih bekerja. Hari pertama kami balik dgn penatnya..huhuuh..penat menunggu org beli bantal kami takde.

Di Karnival 1 Malaysia @ Stadium MPS, Selayang


Pada hari kedua(Sabtu), Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. ramai juga pelanggan yang datang ke booth kami. Pengunjung ramai yang hadir selepas kehadiran menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna dan koperasi Dato Sri Ismail Sabri b. Yaakob merasmikan tapak ekspo dan pertubuhan koperasi wanita selayang. Seronok juga, masa ni tak menang tangan melayan pengunjung, terutama pada sebelah malam. Malam, kami balik rumah kemas sikit-sikit barang2 dah tido dgn keletihan.

Di karnival 1 Malaysia @Stadium MPS, Selayang


Pada hari Ahad, kami menyertai carboot sale di zoo negara.

Carboot kat Zoo Negara


Alhamdulillah, dengan menyertai karnival dan carboot sale ni dapat juga aku menjalinkan rangkaian homebiz aku yang baru setahun jagung ini. Ada juga yg memberi nasihat bagaimana untuk memperkembangkan bisness serta strategi permasaran dan lain2.


Terima kasih buat hubby yang sentiasa memberi semangat dan dorongan untuk aku meneruskan bisness aku secara kecil-kecilan. Tak lupa juga mak dan abah. Terima kasih buat abah kerana sudi bersusah payah menolong kami setup gerai dan menyediakan kenderaan ubtuk kami. Buat mak juga terima kasih kerana bersusah payah tapaukan lunch untuk kami di booth karnival. Serta buat pelanggan yg membeli barangan kami, jutaan terima kasih. Buat Arissa tersayang, terima kasih kerana memberi kerjasama semasa mama sedang sibuk berniaga. Terima kasih buat koperasi wanita selayang kerana memberi peluang kepada kami untuk memperkenalkan produk kami.

Terima kasih sekali lagi....

6 comments:

Idayu said...

gud luck, moga success bisness ek!

misah said...

thanx idayu..

Maizura said...

Salam,

Hai...dah sampai BBS tak singgah rumah akak ye...akak mmg dah lama tak pergi karnival-karnival kat situ kalau takde tujuan. Selalu sgt berkarnival dah... tapi kalau tau misah ada sure akak nak gi...

Sepelaung jer rumah dari tapak karnival tu...

Kak Zura

misah said...

kak zura, sorry la. kami sebenarnya join ni pun terkejut tergempar... dok sibuk2 kat karnival tu.

misah said...

kak zura, sorry la. kami sebenarnya join ni pun terkejut tergempar... dok sibuk2 kat karnival tu.

masdiana said...

alahai...nape lah tak perasan. Ahad pagi, mas bawak anak2 breakfast kat kedai pak tam. Jalan2 jugak ler tapi banyak gerai yang belum buka...kalo tak sure jumpa. mas memang minat dengan barang kekabu ni. Bantal...tilam anak2 semua buat sendiri...