Saturday, November 20, 2010

Alhamdulillah.

Memperkenalkan ahli terbaru dalam Famili Azlis dan Hamisah; Ariz Safiyy B. Mohd Azlis Sani



Arissa dan Ariz Safiyy


Ariz Safiyy -closed up


Alhamdulillah, tanggal 15 Nov 2010, aku selamat melahirkan seorang putera bernama Ariz Safiyy. Alhamdulillah proses kelahiran agak cepat berbanding Arissa. Kalau diikutkan tarikh, sebenarnya Ariz Safiyy telah pun post due (doktor anggarkan due date 13 nov).

Bermula pukul 6 pagi, 15 nov, aku seperti biasa bangun utk solat subuh. Lepas itu, dalam bersiap-siap nak menyediakan sarapan pagi, aku mula berasa sakit, tetapi shadow tak de lagi.

Pukul 7 pagi pula, contraction semakin kuat, tetapi air mentuban belum pecah lagi. Aku mula muntah-muntah. Segala apa yg aku makan semasa sarapan semuanya keluar. Arissa pula, hubby hantar ke rumah jiran sebelah. Nasib baik Arissa tidak meragam, kerana dia tidak pernah ditinggalkan pada sesiapa.

Pukul 8 pagi pula, kami bertolak ke Hospital Selayang. Dalam pukul 8.15pg, kami sampai di hospital. Selepas semua urusan di kaunter pendaftaran dan menunggu hubby parking kereta, dalam pukul 8.30pg aku dimasukkan di bilik menunggu bersalin, untuk diperiksa. Semasa di bilik menunggu, OS telah 4cm. Semasa masuk ke bilik menunggu, kaki aku dah lembik-lembik, aku nak berjalan pun dah tak boleh. Doktor-doktor dan nurse terpaksa memapah aku.

Pukul 10.20 pagi, bukaan telah pun 9cm, dan doktor menghantar aku ke kamar bersalin. Semasa di kamar bersalin, terdengar suara staff nurse memanggil hubby. Kali ini adalah kali pertama hubby meneman aku dikamar bersalin. Alhamdulillah pukul 10.47 pg, aku selamat bersalinkan Ariz Safiyy yg seberat 3.05kg. Selepas proses menjahit dan kerja-kerja membersih, nurse memberi aku minum milo panas. Terasa segar selepas minum.

dalam pukul 12.30 tghari, aku dihantar ke wad. Aku ditempatkan di wad kelas 3 kerana wad kelas 2 telah pun penuh. Kalau diikutkan sekiranya guna GL hubby entitled dapat wad kelas 1, tetapi di hospital selayang utk kes O&G, hanya ada wad kelas 2 dan kelas 3 sahaja. Tetapi aku tak kisah, kerana layanan diberikan amat memuaskan.

Petang, jam 5.30ptg, aku ditukarkan ke wad kelas 2, kerana ada kekosongan. Tiada bnyk beza antara kelas 3 dan kelas 2, cuma kalau di wad kelas 3, 1 bilik ada 6 katil dan 1 bilik air. tetapi kalau wad kelas 2, 1 bilik 4 katil dan 2 bilik air. Selesa kerana ruangnya yg besar. Apa-apa pun, semua kemudahan serta layanan yg diberikan boleh berpuas hati., ( Tetapi kalau dibandingkan dgn Hospital Melaka;- Hospital Melaka lebih baik dari semua segi. semuanya tip top)

16 hb Nov, aku dibenarkan pulang kerana ibu dan anak sihat dan tiada masalah.

Terima kasih buat suami tersayang kerana banyak memberi sokongan dan bantuan selama aku mengandungkan Ariz Safiyy sehingga aku melahirkannya. Buat suami tersayang, terima kasih atas kasih sayang sepenuhnya. Semoga Allah memberikan kelapangan buat abang menjalankan segala tanggung jawab dengan mudah dan diberikan rezeki yang lebih buat kita sekeluarga.

Semoga kehadiran Ariz Safiyy menambahkan lagi keceriaan dalam keluarga kami. Semoga Ariz Safiyy diberikan kesihatan yang baik, menjadi anak yang soleh, cemerlang di dunia dan di akhirat. Aminnn...

9 comments:

Dr Ezura said...

tahniah!!.

happy breastfeeding...semoga mama n baby sihat...

Ajzie said...

Tahniah dari kami sekeluarga. Moga Misah dah Aariz Syafii sihat.

Kamalia said...

tahniah akak n family..smoga sihat selalu..:D

misah said...

Dr. Ezura, thanx. Alhamdulillah, sekarang ni enjoying breastfeeding. Harap2 boleh breastfeed hingga Ariz Safiyy 2 thn.

Ajzie... Terima kasih.

Kamalia: terima kasih.

Idayu said...

congrates! taking care mama n baby..

misah said...

terima kasih ayu.

Unknown said...

To Misah n Azlis,

Tahniah sekali lagi atas kelahiran Ariz Safiyy. Arissa pun nampak sangat happy dapat adik kan..:)

misah said...

yus.. terima kasih kerana sudi datang menziarah kami bersama mak ngan ayah yus sekali.

Anonymous said...

Alhamdulillah... Tahniah Misah....!! tumpang gembira...