Tuesday, January 30, 2007

Sesudah banjir

Sudah hampir 3 minggu aku tak update blog. Almaklumla aku pun dipindahkan walaupun rumah kami tak dinaiki air. Tempat pemindahan banjir punyala jauh sampai kat Hutan Percha(rumah in law aku). Sebabnya mudah saja, kalau tetiba banjir.. aku dan Arissa sudah ada tempar yang selesa, tak perlu duduk kat pusat pemindahan banjir seperti kat sekolah2..Selain dr tu, abah ngan mak mertua balik dr haji pada 17 Januari 2007. Jadi tinggal kejap kat hutan percha tu buat seminggu.

Bila banjir mula reda di Parit Raja ni, hubby bawa aku balik semula ke rumah kami. Bila dah balik rumah sendiri macam-macam perkara nak dibuat. maklumla dah tinggalkan rumah berminggu2. Banyak website a.k.a sawang yang bertebaran kat umah. Fuhhhhh...banyak keje kene buat, tapi tak siap2. Kalau nak buat house keeping kene tunggu Arissa tido. Dalam 2 hari ni ingat kalau Arissa tido nak la buat house keeping, tapi kita swkali yg tido ngan Arissa.

Arissa sekarang ni dah pandai meniarap ngan mengundur sebaik saja mak ngan abah mertua balik dari haji. Pada mulanya mak mertua aku punyala risau cucunya tak meniarap lagi. Akhirnya kitorang dapat tau kenapa Arissa tak mau meniarap, salah satunya dia asyik dipegang. Bibik Achik dia yg selalu dukong masa duk kat sini. Now Arissa plak yg rindu bibik dia, kalau waktu siang nak bg tido kene tidokan dia ngan kain bibik dia, baru dia tido.

5 comments:

Ajzie said...

wah wah..dah pandai meniarap..nanti Alya balik dah boleh main sama2 lah..

d.O.n.A.t said...

wah.. rindu kt Arissa la.. bibik aja nak tgk Arissa meniarap..

misazlissa said...

azjie...silap2 hari bulan kalau alya balik agaknya pintu rumah kite terbuka sampai malam kot, coz arissa ngan alya keluar masuk main kejar2..heheh

Ajzie said...

hihihihi. jgn mamaalya berbual dgn mamaarissa sampai mlm dah ler eik?? Nanti ada kena leacturer dengan AJ & ASJ..hihihi.

desilza said...

takpe... AJ & ASJ gi ngeteh...