Saturday, February 17, 2007

Dinner Asasi

Baru2 ni aku dpat e-mail dr. kawan aku Saz tentang dinner Asasi semperna 30 thn penubuhannya. Kalau korang nak tau ni la announcement dia :

Untuk makluman, Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Lama Asasi Sains (PLAS) akan menganjurkan Majlis Makan Malam Sambutan 30 Tahun Asasi Sains Universiti Malaya yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 20 April 2007
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Tun Razak 1, PWTC


Dengan ini amatlah dialu-alukan kesemua bekas pelajar asasi sains universiti malaya dari tahun 1977 hingga 2006 untuk sama-sama memeriahkan majlis makan malam ini.

Bayaran untuk majlis makan malam ini adalah seperti yang dilampirkan dan diharapkan agar saudara/i mengisi borang yang terlampir dan hantarkan beserta bayaran sebelum 28 Februari 2007.

Untuk maklumat lanjut saudara/i boleh menghubungi ahli jawatankuasa seperti yang terlampir.

Semoga dengan kehadiran saudara/i akan menyerikan lagi majlis ini.

Sekian, terima kasih.

p/s: Tolong forwardkan email ini kepada kawan2 yang dikenali. Kerjasama saudara/i amatlah diharapkan.


Yang benar,
Nik Masmiati bt Nik Pa
b/p Persatuan Pelajar Lama Asasi Sains
No.Tel: 012-2701470
Email: nmasmiati@yahoo.com


Kalau ikutkan hati mmg aku nk pegi dinner asasi tu leh la aku dapat jumpa kawan2 masa study asasi 12 thn yg lepas. pejam celik kejap je masa berlalu. Aku masih terasa masa belajar kat asasi kelas start kul 8.00pg till 5 ptg. Itu lah rutin aku setiap hari. Kalau member2 aku yg lain yg terrer english tu kelas dorang dlm seminggu cuma ada 3 kali je kelas sampai kul 5..itu pun sbb ada lab. Aku lak terlebih terror english kene la amik extra 6 jam seminggu utk kelas english.

Aku rasa untuk aku pergi dinner tu agak susah bila mengenangkan si kecil Arissa coz dia still breastfeed terutama bila nak tido malam. Kalau aku nak tinggalkan dia kat mak aku di selayang tu mmg boleh tapi bila dia nak menyusu tu yg problem sket. Nampak gayanya kene ajar dia tido tanpa menyusu...Hmmm kejam lak rasanya...
Heheheh... betul kata mak aku bila dah beranak semuanya pikir pasal anak..pasal diri sendiri dah jatuh no 2-3.

2 comments:

desilza said...

takpelah, nanti kalau arissa dah besar sikit, ada dinner lain kita gi lah.. :)

misazlissa said...

Dinner Asasi thn ni yg grand punya. kalau nak tunggu lain dinner agaknye kene tunggu ulang thn yg ke 50.