Saturday, March 3, 2007

Banyaknye cerita

Khamis 22 Febuari lebih kurang pukul 5.45 ptg kami berangkat pulang ke Hutan Percha kerana suami aku ada kerja di kulim pada hari Jumaat. Jadi kami 2 beranak ditinggalkan di kampung kerana suami aku risau utuk meninggalkan kami 2 beranak di parit raja ni.

Sabtu 24 Feb, Aku dan Arissa mengikut atuk dan nenek Arissa pergi ke Sg.Petani..tetapi pada mlm tu kami tak terus ke Sg. Petani sebaliknya kami tidur di Kulim kerana suamiku telah booked bilik di hotel Seri Malaysia. Semasa perjlnan ke Seri Malaysia, kami dah tersilap jalan sehingga tersasar ke hospitak baru kulim. Dengan bantuan ex student mak mertua aku dan org tempatan akhirnya kami jumpa jugak Seri Malaysia tu. Menurut suami aku signboard Seri Malaysia ada di pekan Kulim tu ttp kami tak nampakpun. Dulu lebih kurang 2 thn lepas masa Seri Malaysia tu baru bukak aku penah sampai sbb ada rombongan ke kawasan Kulim hitech technology park. Masa pergi dulu landmark yg penah aku nampak ialah Pelita Nasi Kandar. Semasa abah mertua aku bawa..aku tak nampak pun Kedai Pelita Nasi Kandar tu. Rupa2nya kami melalui jln lain.
Pada malam tu Arissa tak berapa sihat (demam), seperti biasa aku berikannya Uphamol for infant kepada Arissa utk melegakan demamnya.

Keesokkannya 25 Feb kami ke Sg.Petani. Rumah yg kami tuju rumah Pak Ngjang (abg mak mertua aku). Arissa masih lagi dedar demamnya. Semasa di rumah Pak Ngjang, Mak Ngjang sediakan laksa pd tgh hari tu. Aku makan tersekat2 sbb Arissa tak mau duduk. Mlm tu kami ke rumah Pak Ndak plak. Cik Ina jiran lama mak aku dulu dtg mencari aku ker rumah pak Ndak semata2 utk bertemu dgn aku dan famili. Cik Ina ni mmg baik, semasa menjadi jiran aku semasa di selayang, Cik Ina dan famili sangat mengambil berat ttg jiran2nya baik senang atuapun susah(bkn jg tepi kain org). Satu yg bagus ttg Cik Ina ni dia tak pernah nak buruk2kan jiran2 yg lain atau menyampaikan gosip2 liar dan boleh simpan rahsia. Tetapi malangnya aku tak sempat nak layan Cik Ina kerana Arissa "mengamuk" pada malam tu. Tak sempat aku nak berbual pjg, cuma dapat bertanya khabar saja. Mlm tu lebih kurang pukul 11.45mlm suami dan mak mertua aku keluar ke pekan Sg. Petani mencari klinik 24jam untuk mencari ubat Arissa, sbb Arissa sakit perut mlm tu. Pada pukul 12 tgh mlm Arissa pun tido sehingga pagi.

Hari Isnin 26 Feb bapak mertua aku cadang kami balik ke Melaka memandangkan Arissa tak sihat. Risaukan Arissa tak biasa ngan suasana disana. Kiranya rumah sepupu my hubby ( dekat tikam batu kat ngan rumah org tua datuk K ) yg kami planned tak jadi pergi. Seterusnya kami pergi singgah rumah mak wan, rumah mak aku kat selayang tu. Tido barang semalam kat sana.

Esoknya Selasa dalam pukul 10 pagi kami pun bertolak ke Melaka, tido sana semalam.

28 hb feb, pagi dlm pukul 7.45pg, kami bertolak ke parit raja bawak skali achik untuk temankan Arissa masa aku nak sambung balik tulis thesis yg berkurun tersepuk kat dlm pc. Elok sampai depan rumah, my hubby kata Dr.Borhan tipon dia pasal Dr. Mona nak jumpa pasal projek PO-PBL dia. tapi bila balik my hubby muka dia sedih coz kete MMR dia tu dah kene condem. nak wat camne aku cuma leh soh dia bersabar la. Kita leh la soh dia bersabar, tapi dia yg bertungkus lumus menjayakan MMR tu, alih2 kete2 tu dah kene jd besi buruk.

1 Mac, aku ingat leh la buat kerja2 aku yg terbengkalai tu, ttp. Arissa lak buat hal, bila petang dia tak mo duduk ngan bibik dia. dlm pukul 3 petang je dia dah mula merengek, mula nak didokong. bila didokong dia pegang macam rindukan kita sesangat pada hal biarkan dia ngan bibik dia cuma bbrp jam saja.

Achik pulak, bila tinggal di parit raja selalu tak sihat, ni pun dia batuk dan selsema. Terpaksa la aku buat kerja perlahan2. Kesian lak achik tu, may be dia rindu kat mak mertua aku kat kampung kot..heheheh.

ok lah buat kali ni, nak sambung baca dan tulis apa2 yg patut.

2 comments:

Anonymous said...

Arissa nak dapat adik ker...deman2 tuh..or Arissa nak pandai menyelar dan merangkak kot.... Bibik kenapa deman..sawang rumah sebelah punya pasal ker? Kesiannya..

Anonymous said...

Adik????heheheh..nanti2 le dulu tunggu Arissa pandai pakai baju sendiri. Arissa demam maybe dia nak menyulur kedapan sekali gus dia nak merangkak kot.