Tuesday, March 27, 2007

Donut

Pagi semalam semasa aku meyusukan Arissa, tetiba Achik menanya resepi donut dan popia basah yg selalu aku buat. Kebiasaannya kalau aku membuat kuih Achik tengok macam tu je, ada juga aku panggil nak tunjuk kat dia cam mana nak buat donut ngan popia, tetapi dia tak berminat cuma tgk2 gitu je. So semalam dia mintak resepi kerana semasa mak mertua aku datang, Achik ada bgtau kat mak mertua aku yg dia nak terap donut tu saja tetapi bancuhannya mak mertua aku yg bancuh, tetapi mak mertua aku kata dia nak rasa Achik yg buat dr A-Z.

Setelah selesai menyalin resepi, dia menayakan kepada aku macam-macam. Sampai aku tak larat nak layan, so aku pun cakap, petang ni jugak Achik kene buat praktikal.. Heheheh..cam cikgu ERT (Ekonomi Rumah Tangga) lak aku ni. Maka petang semlam, Achik mengeluarkan bahan2 untuk membuat donat. Semasa sesi kelas membuat donat..suara aku menjadi tinggi kerana Achik seperti ragu2 menyukat bahan2. Semasa menyukat ramuan,


Achik : kakak, tepung ni cukup tak?
Aku dgn selamba menjawab,
Aku: Dlm resepi tu berapa yg nak, ko kira berapa?
Achik: 7 sudu besar tepung. Achik kira 7 sudu dah.
Aku: Camne?? sama tak ngan resepi tu??
Achik: sama.

habis cerita.

Semasa menerap,
Aku: tau tak camne nak ukur tebal tepung tu??
Achik: letak tgn atas tepung.
Aku: bukan
Achik: betul la..
Aku: kalau letak atas tgn atas tepung camne nak tau tebal dia, mungkin nipis mungkin tebal.
Achik: ??????
Aku: camni senang2 ambil tutup botol ni ukur sama tak tebal tepung tu ngan tinggi tutup botol tu.
Achik: kenapa nak guna tutup botol tu??
Aku: sbbnya tebal tepung tu yg nak diterap sama dgn tinggi tutup botol tu.
Sebenarnya aku saja bg tutup botol tu sbg "jig" utk menentukan tebal tepung tu.

Setelah selesai menerap tepung, dan dibiarkan tepung itu kembang, Achik menggoreng donut dan membuat minuman untuk minum petang.

Sebenarnya Achik tu mmg boleh buat kalu dia berkehendak, donut yg dibuat menjadi walaupun 1st try.

Heheh... sebenarnya semasa mengajar Achik tu, tak tau le aku menjadi kurang sabar. heheheeh panas baran aku mula menjadi. Hmmm.... agaknya mmg ditakdirkan aku tak boleh menjadi seorang guru, kerana kurang sabar...heheh. So semalam secara tak langsung aku "bercuti" menyediakan minum petang kerana Achik telah menyiapkannya.

Inilah hasil tangan Achik, donut sedap dimakan bersama air teh.

7 comments:

Ajzie said...

Bravo Achik.
Garang eik cikgu Achik tuh. Takut lah kak azi nak minta resepi lah mcm nih..hihihi..

P.s
Nampak sedap...

misazlissa said...

ajzie;
donut tu mmg sedap walaupun dah sejuk masih lembut, tak keras. heheh...cikgu y7g ngajar achik ni bukannya garang tapi panas baran..heheh

Ajzie said...

Hahaha..sabar aje lah...
Misah kasi reseipi lah.. mana tahu lain dengan azi punya reseipi.
Boleh cuba misah punya reseipi pula..

misazlissa said...

Ajzie;
resepi tu camni utk 2-3 org;

Bahan A:
7 sudu besar tepung gandum,
1 sudu besar susu tepung
sedikit garam
3 sudu besar minyak masak

Bahan B:
1/2 sudu kecil yis serbuk/segera
1/2 cawan air suam
( yis di larut bersama air suam)

cara2nya:
tepung garam dan susu tepung di gaul rata, kemudian masukkan minyak masak kedalam campuran tepung gaul sampai sebati. kemudian masukkan larutan yis kedalam campuran tepung tersebut.
uli sehingga menjadi doh. Setelah itu canaikan tepung dan terapkan menggunakan donut cutter atau guna gelas dan penutup botol ( ni cara org desperate buat..heheh).
Ajzie, air tu tak semestinya 1/2 cawan coz kadang2 tepung tu boleh terlembik atau terkeras. kene tgk keadaan tepung tu.

heheh.. inilah resepi donut segera.

Ajzie said...

ok.. lebih kurang sama dengan azi punya reseipi, tp azi guna butter bukan minyak.. Sukatan air 210ml kalau tak silapnya...


Anyway thanks for sharing.. Dah ada idea jika azi kehabisan butter boleh guna minyak kan...

Thanks Misah...

desilza said...

enak dimakan begitu sahaja.. ooo.. donut.. heheheh

yus said...

yus pun biasa guna butter. Lain kali bolehlah guna minyak pulak. Biasa kalau buat karipap yus guna minyak masak gak.