Friday, October 5, 2007

Cepatnya masa berlalu

Masa berlalu begitu pastas sekali. Ramadan sudah hampir kepenghujungnya. Esok pagi (6 Okt) kami akan balik ke kampung Melaka seterusnya akan balik ke Selayang menyambut lebaran Aidil fitri hari pertama di Selayang. Kemudian pada hari berikutnya kami akan balik ke Melaka pula. Itulah perancangan kami.

Mengenai masa, aku masih terasa berada di alam tadika, bermain dgn kawan dgn pelbagai permainan yg lasak. Semua itu telah menjadi kenangan yg indah. Esok ( 6 Okt) umurku akan melangkah ke angka 30 thn. huh.. sepjg umur aku ini..tertanya2 didlm hati kecil ku..apakah yg telah ku capai???? kerjaya??...sampai hari ni pun aku tidak mempunyai kerjaya..berbanding kawan2 aku masing2 telah berjaya dgn kerjaya masing2. Bukan menyesal menjadi surirumah..tetapi bila mengenangkan nasib diri sedih pun ada kerana bagiku, sepatutnya dgn usia ku begini aku sudahpun mempunyai kerjaya yg kukuh. Walaubagaimanapun aku bersyukur kerana mempunyai keluarga sendiri, berbanding kawan2ku yang masih hidup bersendirian.

Aku berharap dengan pertambahan umurku ini, aku mempunyai kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, segala perjalanan hidup baik di dunia dan akhirat dipermudahkan, kasih sayang antara aku dan keluarga dipereratkan lagi.

Kepada semua, semperna menyambut lebaran ini, saya memohon sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa dan menyinggung perasaan..

Selamat hari raya..

No comments: